Monday, November 11, 2013

25 Rasul Pembawa Rahmat


Dah lama nak belikan buku untuk Irfan. Irfan plak selalu tengok TV al-Hijrah dengan nenek. Jadi memang Irfan dah expose dengan cerita Nabi2 ni. Irfan tau cerita Nabi Nuh dengan kapal, Nabi Yunus dengan ikan paus, dan lain2. Kadang2 Irfan tanya mama, mama sendiri yang lupa. Buat malu je. Jadi mama cari buku cerita Nabi2 untuk Irfan dan untuk mama ingatkan balik diri mama ni. Dalam banyak2 buku, mama dengan abah berkenan dengan buku ni sebab colourful, tebal, dan banyak gamba. Memang menarik perhatian kanak2 dan mama kanak2 juga. Kanak2 bukan suka buku yang tulisan banyak2 ni. Mama yang jadi tukang cerita pun boring je nanti..

Memang colourful dan tebal kan? Dan harga memang berbaloi dengan kualiti buku. rm29.90 je. Ada buku lain mama jumpa jauh lebih nipis tapi harga rm30+. Sebab tu terus grab yang ni.

Penceritaannya pun sangat simple. Tak banyak tulisan tapi lebih kepada gamba. Alhamdulillah Irfan memang sukakan buku ni. Selalu bawa kat mama dengan abah suruh bacakan untuk dia. Kalau tak baca pun dia tunjuk gamba2 dalam buku tu dan tanya macam2. Harap2 Irfan terus sukakan buku ni sampai la satu hari nanti Irfan dah pandai baca sendiri. AMIN :)

3 comments: