Wednesday, August 26, 2015

Doktor Berselfie Tak Beretika


Nak komen jugak. Tak kire. Haha. Memandangkan kejadian berlaku di tempat yang tiap2 hari aku bekerja, jadi kite wajib komen. Hihi. Gambar tersebut tak perlu aku post kat sini. Rata2 yang tahu kes ni dah tengok. Dan dah keluar di berita pun. For me, it is simple. If one of my houseman do that, siap la kau ye. Kuikuikui. Kes emergency macam tu, kau boleh plak nak berselfie bagai.

Sama je mereka semua, tak berfikir panjang.
1. Orang yang di dalam gambar (gembira siap posing bagai)
2. Orang yang mengambil gambar (perlu ke weh?)
3. Orang yang sebarkan gambar (kau tak tahu kuasa 'dunia tanpa sempadan' ke?')

Jangan lupa etika seorang doktor.
Jaga MARUAH pesakit.
Di situ bererti seorang doktor itu menjaga MARUAH dirinya sendiri.

Satu benda yang aku sendiri pernah buat tanpa memikirkan akibatnya. Kadang2 untuk lihat jelas di bahagian dalam alat sulit pesakit, kami perlu gunakan torchlight. Dan kadang2 nak tunggu torchlight sampai, punya berjam2 (exaggerate lebih). So, saya guna aplikasi 'torch' dari handphone canggih2 zaman sekarang. Sampai la satu hari, one of my specialist tegur, 'Don't do that. You might not know if patient sue you'. Oh ya! Betul jugak, Kita sua hp untuk guna torchlight. Mana pesakit tahu. Dia ingat kita ambil gambar alat sulit dia plak. Since that, I never do that again.

Ada pernah sekali, aku ambil gambar alat sulit baby yang aku sendiri tak sure ape masalahnya. Ibu baby tu memang nampak teragak2 tapi aku tekankan yang aku nak tunjuk kepada pakar untuk dapatkan kepastian. Lepas selesai, aku delete gambar tu depan ibu baby tersebut.

So please please please, for me as well, think before you do anything.
Harap kes ni jadi pengajaran untuk kite semua.

p/s nak selfie sangat, selfie muka sendiri je. BYE.


eyebag masih ada sebab kena bangun pagi nak kejar OT.

SKJ 1991-1996


Kenangan lama hadir kembali =)
Baru2 ni dapat invitation join WA group sekolah rendah.

BEST =)
Ingat balik kenangan lama.
Pegi sekolah naik basikal -> geng basikal sekolah.
Main kawen2 kat hujung padang -> aku bukan pasangan yang dikawenkan =p
Petang2 main rounders -> balik rumah kena kunci pintu dengan mak.
Ponteng sekolah agama sebab nak sokong team bola sepak masuk final daerah -> kantoi dengan mak dan sah2 kena marah.
Banyak lagi.

Dan tak sangka plak ada orang nak post gambar lama.

OMG!!! Which one is me?


Ada orang kata, tengok mata memang boleh kenal.
Ramai kata aku buat muka ketat dalam gambar ni.
Ni bukan muka ketat. Ni MACHO beb. Haha.

Aku mengaku dulu memang kekwat sikit.
Bukan sombong tapi PEMALU ^_^ (la sangat kan...) hahaha.
Minta maaf banyak2 kepada kawan2 yang aku tak pernah tegur dulu.
Ditekankan sekali lagi di sini, aku memang PEMALU.
Tapi sekarang aku dah peramah OK. Kikiki.
So, lepas ni siapa yang jumpa aku jangan la tak tegur. 

Kita K.A.W.A.N kan?
Friendship forever & ever. Kikikiki.

Sunday, August 9, 2015

Baik & BURUK Beronline Shopping


Siapa yang tak pernah online shopping?
Sangatlah katak bawah tempurung. KIKIKI.
Saya dah lama terjebak dengan online shopping ni.

Points yang saya SUKE tentang online shopping.
1. Jimat masa.
2. Jimat tenaga.

Tengah boring2 boleh usha barang2 nak beli dari laptop/ smartphone. 
Order dan buat payment.
Dalam beberapa hari, barang pun sampai.
Wahh... kan menarik tu.
Tak perlu bersesak2 dengan orang ramai (lagi2 time sale).
Nak cari parking lagi.
Nak beratur kat kaunter lagi.
Nak bergaduh dengan anak2 lagi.
Nak kejar masa lagi.

So, the solution to this is >>> ONLINE SHOPPING.

There are also points yang TAK BEST tentang online shopping.

1. If we buy cloth or shawl from online ofcos tak dapat rasa material barang2 tu and tak dapat nak cuba try test. Untuk benda2 yang dipakai ni penting kita nak rasa sendiri material sebab kita nak rasa selesa bila memakainya. Sebab tu kalau beli barang online tiba2 material tak best, redha ja. Siapa suruh beli online. Kan? Lagi satu kasut. Kalau salah saiz or bila pakai rasa tak selesa memang susah la. Sebab tu saya tak kan beli kasut online sebab saya memang particular pasal pemilihan kasut yang selesa.

2. Selain material, kadang2 apa yang diiklankan tak sama dengan rupa barang sebenar. Contohnya dari segi colour. Memang selalunya ada inform, 'colour can be slightly different from the picture'. Tapi hari tu saya dah hangin sekali sebab for me the colour is totally different. Memang saya sound seller dan bagitau kalau slightly different pun mesti dalam 80-90% sama. Not la almost totally different.



Tengok. Adakah saya sorang je yang kabur mata? It is totally DIFFERENT.

3. Most of the seller will inform 'penghantaran dalam 2-3 hari bekerja' gitu. And bagi pembeli online tegar, memang dah tahu if guna poslaju, the next day dah boleh sampai barang. Ada la incident yang mana saya nak sangat satu kaler shawl ni tak jumpa2. Nak pakai hari Sabtu. Rabu malam tu saya contact seller tanya ada stok tak dan boleh ke pos pada esok hari (Khamis) dan mungkin boleh sampai hari Jumaat. Seller beria2 janji dengan saya boleh pos. Tapi rupanya dia hanya dapat pos pada hari Jumaat. Dan dia tak maklumkan kepada saya. Kalau dah pos Khamis kalau still tak sampai Jumaat tak pe la. At least seller dah buat apa yang termampu dan seterusnya bergantung pada incik abg posmen. Saya sangat la terkilan sebab kalau dia bagitau at least saya ada back-up cari shawl dari mana2 kedai lain. I hope next time she will not repeat it again. Kalau dia minta maaf dan bagitau saya tak dapat pos pada hari Khamis pun mungkin saya tak terkilan macam ni. Jangan sebab nak cepat kaya, kita jadi tak jujur dalam berniaga. (OK. LUAHAN PERASAAN NAMPAK =P). The point here is, beronline shopping kita tak dapat barang here and there. Lain dengan beli kat kedai yang automatik dapat la tu jugak.

Tu belum lagi kes2 penipuan ramai yang dah kena dengan online shopping ni.
Alhamdulillah saya masih selamat lagi.
Apa2 pun saya still suka online shopping, MUDAH + JIMAT MASA & TENAGA.


Monday, August 3, 2015

Homemade Products By Yayah


I heard on these products in Safiyya TV9.
Syabas anak Malaysia. Syabas bangsaku.
Saya kagum with people yang berbisnes.
What can I do is supporting them.



I bought these 3 products and gonna put on my reviews on them.

1. Lip Scrub.
I dun like my lips to be dry after using wrong lipsticks. I am no longer rajin to apply lipbalm before applying any lipstick even though I knew it gonna help my lips to stay moist. Sungguh malas walaupun saya tau nak cantik perlukan kerajinan. Haha. So this is my solution. These were my 1st ever lip scrubs. I bought peach and grape flavour. I love both flavours. When using the scrubs, I could tasted the kemanisan scrub itu. Then memang my lips jadi lembut & moist. But I dun think it really works for me. Even though I use it everyday pun macam sama saje. But anyway, I really love the smell & flavour. Memang rasa nak makan je scrub tu. Hehe.

2. Face Mist.
Memang mengade je nak beli. I am not really sure what it is for or when to use it. Rasanya to keep your face moist and segar bugar gitu. I bought jasmine flavour and I love the smell so much. Now I use it to replace my toner bila malas nak sapu toner dengan face cotton. Sebab easier main spray2 gitu. Boleh ke? Kadang2 tibe2 nak spray pun boleh sebab I really love the smell. So soft. Yes, your face kalau tengah dry memang rasa segar after you use the face mist.

3. Body Scrub.
Actually I was looking for this from the beginning. Sedang mencari2 body scrub yang best dan murah. Among the flavours available I choose green tea coz I preferred bau2 natural or herba2 ni. When using it, memang I love how it rubbed onto my skin. Rasa macam kotoran & daki2 badan tu semua hilang dan kulit rasa lembut je 2-3 hari macam tu. Basically I was satisfied with this product. But one thing yang I dun like is for me it is too oily & greasy. Lepas mandi can see the bathroom floor macam kena simbah oil and sticky. I understand that the purpose of the oily material is to keep your skin stay moisture, but I just dun like it. To overcome this, I use the body scrub first followed by normal shower foam. Next I am thinking of trying the coffee body scrub. Maybe the texture is not as greasy as this body scrub. I hope so.  

 Anyone wanna try these products?
Check their IG - homemadebyyayah & FB - Homemade By Yayah.

Banyak lagi other products like lipbalm, masker face scrub, serum and all of them are naturally made.




White Screen / Raya Photoshoot At Mojo Studio 2o15


On o2.o8.2o15 all of us went to a photoshoot.
Memang gatai la nak berphotoshoot bagai.
Sebab saya suka bergambar cantek2.
Nampak pulak iklan promo photoshoot raya di Mojo Studio.
Terus ajak suami. Price rm100/hour. 

Set date &buat payment, pagi tu kami bersiap2 ke studio.
Memang pilih nak photoshoot pagi sebab takut dah tengahari anak2 penat kang buat perangai.

Dapatlah bergamba riang ria dalam setengah jam pertama.
After 30 minutes Ihsan dah started cranky. Waa....

Anyway, TQ bebanyak ye Mojo Studio ambilkan gambar kami.
Cuma saya rasa prop yang disediakan kurang banyak.
Ataupun sebenarnya prop dah cukup banyak tapi kami yang tak pandai memanfaatkan sepenuhnya. Cewah.
Kami ni segan dan tak pandai bergambar.
Harap kalau posing kat sini lagi pihak Mojo Studio dapat ajar pose2 yang menarik ye.

Dari photoshoot ni dapat saya fikirkan idea untuk dapat gambar2 yang lebih menarik ketika berphotoshoot pada masa akan datang.

TO DO LIST for next photoshoot (tak tau bila):
1. Tanya apa prop yang ada kat studio.
2. Fikirkan pose2 yang dapat dilakukan dengan prop2 sedia ada.
3. Kalau nak buat pose2 kreatip lain yang dapat difikirkan, bawa sendiri prop2 yang diperlukan.
4. Susun atur masa untuk seisi photoshoot eg. 1st 15min ambil gambar anak pertama, 2nd 15min ambil gambar anak ke2, 3rd 15min ambil gambar anak2 ber2 ETC. So anak tak de la penat sangat terpaksa bergambar sepanjang 1 hour.

Lastly, meh belanja sikit gamba photoshoot.








Ni address Mojo Studio.

Mojo Studio,
No. 21-1B, Jalan 2/4C,
Desa Melawati,
53100 Ulu Kelang,
Kuala Lumpur.

Landmark - Restoran Nasi Kandar Awwal Maju & Klinik Pakar Kanak2 Dr Hasmawati.

Boleh tengok IG @mojo.studio untuk gambar2 dan sebarang promotion.

SELAMAT BERPHOTOSHOOT.