Sunday, August 9, 2015

Baik & BURUK Beronline Shopping


Siapa yang tak pernah online shopping?
Sangatlah katak bawah tempurung. KIKIKI.
Saya dah lama terjebak dengan online shopping ni.

Points yang saya SUKE tentang online shopping.
1. Jimat masa.
2. Jimat tenaga.

Tengah boring2 boleh usha barang2 nak beli dari laptop/ smartphone. 
Order dan buat payment.
Dalam beberapa hari, barang pun sampai.
Wahh... kan menarik tu.
Tak perlu bersesak2 dengan orang ramai (lagi2 time sale).
Nak cari parking lagi.
Nak beratur kat kaunter lagi.
Nak bergaduh dengan anak2 lagi.
Nak kejar masa lagi.

So, the solution to this is >>> ONLINE SHOPPING.

There are also points yang TAK BEST tentang online shopping.

1. If we buy cloth or shawl from online ofcos tak dapat rasa material barang2 tu and tak dapat nak cuba try test. Untuk benda2 yang dipakai ni penting kita nak rasa sendiri material sebab kita nak rasa selesa bila memakainya. Sebab tu kalau beli barang online tiba2 material tak best, redha ja. Siapa suruh beli online. Kan? Lagi satu kasut. Kalau salah saiz or bila pakai rasa tak selesa memang susah la. Sebab tu saya tak kan beli kasut online sebab saya memang particular pasal pemilihan kasut yang selesa.

2. Selain material, kadang2 apa yang diiklankan tak sama dengan rupa barang sebenar. Contohnya dari segi colour. Memang selalunya ada inform, 'colour can be slightly different from the picture'. Tapi hari tu saya dah hangin sekali sebab for me the colour is totally different. Memang saya sound seller dan bagitau kalau slightly different pun mesti dalam 80-90% sama. Not la almost totally different.



Tengok. Adakah saya sorang je yang kabur mata? It is totally DIFFERENT.

3. Most of the seller will inform 'penghantaran dalam 2-3 hari bekerja' gitu. And bagi pembeli online tegar, memang dah tahu if guna poslaju, the next day dah boleh sampai barang. Ada la incident yang mana saya nak sangat satu kaler shawl ni tak jumpa2. Nak pakai hari Sabtu. Rabu malam tu saya contact seller tanya ada stok tak dan boleh ke pos pada esok hari (Khamis) dan mungkin boleh sampai hari Jumaat. Seller beria2 janji dengan saya boleh pos. Tapi rupanya dia hanya dapat pos pada hari Jumaat. Dan dia tak maklumkan kepada saya. Kalau dah pos Khamis kalau still tak sampai Jumaat tak pe la. At least seller dah buat apa yang termampu dan seterusnya bergantung pada incik abg posmen. Saya sangat la terkilan sebab kalau dia bagitau at least saya ada back-up cari shawl dari mana2 kedai lain. I hope next time she will not repeat it again. Kalau dia minta maaf dan bagitau saya tak dapat pos pada hari Khamis pun mungkin saya tak terkilan macam ni. Jangan sebab nak cepat kaya, kita jadi tak jujur dalam berniaga. (OK. LUAHAN PERASAAN NAMPAK =P). The point here is, beronline shopping kita tak dapat barang here and there. Lain dengan beli kat kedai yang automatik dapat la tu jugak.

Tu belum lagi kes2 penipuan ramai yang dah kena dengan online shopping ni.
Alhamdulillah saya masih selamat lagi.
Apa2 pun saya still suka online shopping, MUDAH + JIMAT MASA & TENAGA.


No comments:

Post a Comment