Wednesday, January 29, 2014

Ini Adalah SCAM!


Ni macam taktik scam terbaru. I'm not so sure actually. Dan saya bukanlah pernah jadi mangsa scam pun. Tapi sebab 1st time saya jumpa taktik macam ni, kira 'baru' la bagi saya. The story line lain sikit but the klimaks is almost the same. It happened to someone who is close to me.

Mangsa kenal pemangsa dari facebook. (Dah macam belajar biologi plak guna word mangsa dengan pemangsa. Ceh...). Saya tak sure berapa lama they knew each other tapi kira agak rapat la. Pemangsa konon2 nya seorang doktor beragama Islam, berbangsa Alabama dan mempunyai bisnes sendiri.

Tibe2... Jeng jeng jeng...
Jerangkap samar mula di pasang.

Pemangsa berada di atas kapal mewah sedang dalam perjalanan ke England tetapi stranded di kepulauan Ireland. Pemangsa mendengar berita kapal tersebut akan di hijack oleh sekumpulan rebel (penggunaan English yang tak tepat di situ). Jadi pemangsa meminta mangsa, iaitu orang yang dipercayainya untuk menyimpan barang2 berharga miliknya iaitu cek, dokumen penting dan cash money USD 250,000. 



Barang2 tersebut akan dihantar melalui 'sea rescue team' ke negara mangsa dan akan sampai dalam masa 24 jam. Apabila barang tersebut sampai, pemangsa meminta mangsa menyimpan barang itu sehingga pemangsa sendiri tiba di negara ini dan mengambil barang tersebut daripada mangsa. Pemangsa tidak percaya pada orang lain termasuk pihak polis. Pemangsa juga ada menyuruh mangsa menelefon ibunya untuk memaklumkan keadaannya di tengah laut. Tetapi pemangsa bgtau ibunya sangat tua dan tinggal bersama maid. Pemangsa meminta mangsa bercakap dengan maid ibunya. Mangsa yang pada mulanya mempercayai taktik pemangsa telah memberikan alamat untuk penghantaran barang tersebut. Tidak sampai 24 jam, mangsa menerima satu panggilan telefon (dari no HP) oleh seorang yang mengaku sebagai kastam bernama 'Mariam' memaklumkan ada barang dialamatkan kepada mangsa tetapi mangsa perlu membayar 4 ribu sebagai cukai yang dikenakan ke atas barang tersebut sebelum mengambilnya.

Klimaks dia memang sama kan??

Apa yang meragukan di sini ya.... Persoalan demi persoalan..

1. Apa pemangsa buat naik kapal? Biasa orang sekarang naik kapal terbang je. Cepat sampai kalau nak ke mana2 pun. Kalau kita dengar cerita orang naik kapal mewah ni kalau bercuti ke. Tapi takde plak pemangsa bgtau dia sedang bercuti.

2. Kalau betul kapal yang dinaikinya akan dihijack oleh rebel (pelik plak guna word tak betul ni), kenapa tak dengar apa2 pun kat berita? Ni kes besar OK.

3. Kalau betul kapal nak kena hijack, kenapa sibuk nak selamatkan dokumen duit cek bagai? Kan lebih penting selamatkan nyawa masing2 daripada itu semua?

4. Kenapa pemangsa boleh mempercayai mangsa yang hanya dikenalinya di facebook untuk menerima barang2 'berharga' tersebut? Takkan pemangsa takde ahli keluarga atau sahabat handai yang lain? Atau bodyguard ke.. Almaklumlah orang yang ada cash money banyak2 ni mesti bukan calang2 orang kan?

5. Kalau betul ada 'sea rescue team' yang bunyinya macam hebat sangat, takkan senang2 nak hantar barang direct kepada perseorangan? Atau bukan ke lebih selamat hantar pada ambassy?

6. Hebatnya 'sea rescue team' dapat hantar barang kurang dari 24 jam dari kepulauan Ireland ke Malaysia. Ni guna jet kuasa apa la ntah nya kan..

7. Kenapa nak suruh simpan barang berharga kat rumah? Bukan ke ini boleh bahayakan nyawa mangsa? Dah la mangsa pun bukan sape2 pada pemangsa kan? Berani sangat la pemangsa nak percaya sangat pada mangsa 110%.

8. Pemangsa nak minta simpati lagi minta tolong mangsa call ibunya. Boleh plak ibunya sangat tua dan perlu cakap dengan maid. Tak dapat cari orang tua untuk berlakon sebagai ibu la tu. Pui.. Memang boleh jadi jugak ibunya sangat tua. Tapi sebab dah banyak sangat benda yang meragukan, semua benda kita akan teliti setelitinya. Lagipun pemangsa bagi no phone luar negara tapi bila cek, tu bukan kod telefon untuk Alabama walaupun pemangsa bgtau dia adalah orang Alabama.

9. Mangsa dapat call dari 'kastam'. Bila sampai part ni mangsa memang hampir2 percaya yang barang tu wujud. Tapi panggilan tu dibuat dari no HP dan after office hours. Baiknya kastam buat amal jariah call customer guna HP sendiri. Atau takkan kastam takde telefon ofis kot? Dan rajinnya kastam buat overtime. Dan sangat efficient kastam sampai barang terus call customer. Setahu saya kalau betul ada barang sangkut di kastam, kastam akan keluarkan surat 'tahanan' dahulu.

10. Pemangsa bgtau barang itu mengandungi cash money, cek dan dokumen penting. Barang2 ni bukannya barang yang bercukai. Jadi kenapa pulak boleh sangkut di kastam dan perlu bayar cukai. Lagi satu, mana boleh bawa masuk cash money sebegitu banyak?

11. Kalau betul barang perlu bayar cukai, tak pernah ada dalam law kastam beri acc no untuk transfer duit. Barang2 yang sangkut di kastam perlu bayar kepada kastam dengan cek (kalau tak silap) atas nama pengarah kastam sendiri. Bukan mana2 staff seperti 'Mariam' boleh terima duit tu.

12. Ni personal view dari saya. Kau kata kau doktor. Siap ada bisnes berbillion2. Tapi English pun tak betul. APA HAL kan? Yela sebab selalunya dalang sindiket penipuan macam ni ialah warga asing yang Englishnya tidak begitu membersngsangkan.

Too many why why why... Tapi kenapa ramai orang masih terpedaya walaupun dah banyak jadi kes macam ni? I believed it is because sebelum pemangsa menjalankan taktik untuk memerangkap mangsa, pemangsa dah pastikan mangsa betul2 mempercayainya dan mereka berkawan dengan ikhlas. Sampai kadang2 dah ada elemen 'bermain dengan perasaan' mangsa di situ. Sebab itu la.

So kalau jadi, apa perlu buat?

1. Buat dono saje. Hehe. Believe me. This is SCAM. Tak payah nak buang masa. Barang tu memang tak wujud. Mereka boleh upah sesiapa sahaja untuk mengaku sebagai kastam.

2. Buat laporan pada polis. Ni kalau anda rajin. So, polis boleh siasat kes ini dan kalau dapat berkas sindiket ni lagi bagus. Anda pun dapat pahala menyelamatkan orang lain daripada terpedaya.

3. Kalau nak puaskan hati sendiri jugak dan anda rajin sangat, sila pergi ke kastam sendiri untuk berjumpa sendiri pegawai kastam yang call anda dan periksa betul ke barang tersebut ada di sana. INGAT! Kalau anda nak berjumpa pegawai kastam tersebut, aturkan perjumpaan di pejabat kastam sendiri. Tengok dia berani mai ke tidak haa...

4. Kalau terima call memaklumkan ada barang ditahan di kastam, minta no. surat rujukan tahanan dan staff ID pegawai kastam yang call anda. Lepas tu cek la sendiri dengan kastam ye samada maklumat ni benar atau tidak.

Sekian saja sharing2 kita. Pesanan saya, AWAS!! Jangan biarkan diri anda DITIPU!

Tuesday, January 21, 2014

FIFFY.. baju selesa untuk si manjaku

Dulu masa beli baju baby, apa y saya cari adalah baju berwarna-warni.
Sebab masa Irfan dulu asek pakai baju putih je.
Last2 mama dia y boring tgk anak sendiri. Hehe.

Untuk Ihsan ni, dlm byk2 baju y beli saya perasan baju brand Fiffy ni kain dia sgt la lembut.
Senang kata mesti selesa untuk kulit baby y sememangnya nipis dan sensitif.

Harga pun berpatutan. Takde la mahal sgt.
Walaupun tak colourful mcm y saya nak, tapi sgt puas hati okay....

Design pun kire okay la..


FIFFY.... Quality Wear Durability


For mommies out there, kalau nak beli baju make sure cari y selesa u anak kita pakai.
Bukan berdasarkan corak/ warna semata2. Hihi.
Dari baju/ seluar/ mitten & booties/ barut/ towel, sila la pilih Fiffy.

Paling saya suka kelembutannya ialah baju seluar dan barut.
Sayang Fiffy. Sayang anak mama, si baby Fiffy ku. Hihi.


Sunday, January 19, 2014

Early Childhood Caries (ECC)


Tiap kali orang tengok gigi Irfan, mesti cakap, 
"Ewww.... gigi rongak. Ni mesti suka makan gula2."
No. It is not Irfan suka makan gula2 or aiskrim.
Memang Irfan sampai sekarang pun dia bukan pandai sangat makan gula2/ coklat.
Selalunya gula2 atau coklat tu dia jilat sikit2 je. 
Bila dah melekit dia akan hulur pada mama yang akan suruh dia bagi pada abah plak. Hehe.
Tapi aiskrim tu sekarang baru dia pandai makan. Tu pun bukan tiap2 hari.

So, kenapa gigi Irfan jadi macam tu?
It is fully my fault. Salah saya yang tak cukup ilmu keibubapaan ni :'(

Selingan. PEACE YO!!!


Ceritanya macam ni.
Dulu Irfan kecik2, dia tumbuh gigi awal. 5 bulan dah start tumbuh gigi.
Masa tu saya dok pikir2 bila nak start gosok gigi Irfan ni.
Sebab macam awal sangat saya pun tangguh2 nak beli berus gigi.
Sampai la tiba2 saya pun dah tak ingat masa tu Irfan umur berapa, gigi atas Irfan dah start kuning2, baru saya cuak beli berus gigi untuk Irfan.
Tapi tu semua dah terlambat. Isk... Isk...
Gigi Irfan makin lama makin kuning dan last sekali mereput jadi macam sekarang.

Untuk yang tak tahu, condition ni dipanggil rotten teeth @ early childhood caries @ baby bottle caries.
Asal-usul kejadian & sebab musabab semuanya ada sangkut paut pada nama tu sendiri.

Rotten teeth = gigi yang reput
Early childhood caries (ECC) = caries yang berlaku pada usia awal kanak2
Baby bottle caries = caries pada baby disebabkan oleh penggunaan susu botol (selalunya)


HOW IT HAPPENED???
Pengambilan minuman manis, eg. susu, jus, soda -> minuman melekat pada permukaan gigi -> bakteria dalam mulut akan gunakan gula tersebut sebagai makanan -> bakteria hasilkan asid -> asid bertindak pada permukaan gigi -> proses pereputan gigi berlaku.

Paham tak? Saya dah guna ayat paling sempoi ni.
Kalau tengok gamba sempoi bawah ni agak2 boleh lagi paham tak?



So boleh la imagine dengan tidak menggosok gigi Irfan seawal yang mungkin, Irfan terus menyusu dari saban hari ke hari, tambah minum air2 manis, makan lagi... bakteria pun terus membiak dan menghasilkan asid yang semakin banyak dan banyak dari satu hari ke hari2 berikutnya yang kemudian telah menghancurkan permukaan gigi Irfan. 


HOW TO PREVENT?

Paling penting, jangan buat apa yang saya buat. Hehe =p

Selain tu, boleh ikut tips2 kat bawah ni:

1. Start gosok gigi anak anda bila gigi dah mula tumbuh. Gosok 2x sehari guna berus yang lembut dan ubat gigi berflourida. Untuk umur <2 tahun, sapukan ubat gigi nipis je atas berus gigi. Umur >2 tahun, guna ubat gigi sebesar saiz kacang pea. Kalau tak guna berus gigi pun, kalau rasa cam leceh, orang dulu2 selalu bersihkan gigi anak2 dengan kain yang dibasahkan. Janji sisa2 minuman/ makanan tu dibersihkan sebersih2nya.



2. Lepas habis menyusu, terus ambil botol dari mereka. Kan ada budak2 suka simpan botol susu dalam mulut lepas menyusu. This is not good as well as not comel tau.



3. Kalau boleh after 1 year old stop kan penggunaan botol susu. Tukar dengan cawan ye. Kan banyak cawan comey2 belaka untuk budak2 sekarang. Kalau boleh la. Saya pun belum stop kan Irfan botol susu lagi. Huhu. ECC dan penggunaan botol ni sangat berkait rapat.

*pernah tak terfikir kenapa selalunya ECC jadi kat gigi atas? padehal gigi bawah yang tumbuh dulu kan. ni sebab bila baring sambil isap susu atau apa2 air yang diisi dalam botol tu, minuman tu akan terkumpul di bahagian atas mulut, so gigi atas la yang kena. tu ikut imaginasi saya. ntah betul ntah tak. sori tau kalau bagi ajaran sesat. hihi.

4. Jangan biasakan anak2 minum air manis. Minum air masak kan lebih menyihatkan. Good.

5. Jangan guna pacifier. Kalau nak guna jugak pastikan bersih. Basuh tiap2 kali nak sumbat kat mulut anak. Macam susah je kan? Selalunya je saya tengok lepas pacifier tu jatuh dari mulut anak kena lantai yang ada ntah ape2, tanpa segan silu terus je disumbat balik dalam mulut anak tersebut. Habis la segala kotoran pada lantai melekat pada pacifier kemudian masuk dalam mulut anak. Ewww... Nak senang jangan ajar guna terus ye.



6. Bawa anak jumpa dentist seawal usia 2 tahun dan tiap2 6 bulan seterusnya. Saya dah buat. Walaupun gigi anak2 tak bermasalah, step ni penting untuk biasakan anak2 jumpa dentist. Takde la bila betul2 perlu jumpa dentist baru nak bawa. Ha mula la anak2 seriau nak jumpa dentist.



Akhir kata, saya dapat pengajaran atas apa yang berlaku pada Irfan.
Untuk Ihsan, saya janji tak kan ulangi kesilapan yang sama.
Untuk Irfan, mama mintak maaf kalau Irfan malu kena ejek dengan orang sebab gigi Irfan rongak (mama betul2 menyesal). Tapi mama janji nanti Irfan tumbuh gigi kekal mama akan pastikan gigi Irfan tu sihat dan cantik semuanya. Selain 4 batang gigi Irfan yang rosak tu, gigi Irfan yang lain semuanya sihat.

Tuesday, January 14, 2014

This is how Irfan tells that he misses his mom :)

Ihsan delivered on 25th Dec 2013.
Believe it or not, starting from that day abah cuti till yesterday. It is 20 days plus.
Bertuah la dapat boss macam boss abah.
Malang la boss dapat pekerja macam abah. Hihi.
Eh, tak2. Saya tau abah pun dalam hati mesti terdetik rasa rindu nak masuk kerja balik.
Dalam pada cuti2 ni pun 2 hari abah pergi ofis setelkan beberapa kerja.

Because I always believe, if we love our job, kita akan suka bekerja.
Cuti lama2 buat kita rindu nak masuk kerja.
In opposite with, kalau tak minat dengan keje, tempat kerja depan rumah pun malas nak gi.
Huhu. Ni pengalaman sendiri ye =p

Kenapa boleh cuti lama sgt?
Cuti ehsan (eh, sama plak dengan nama anak) 7 hari.
Tambah dengan cuti tahun yang tak habis.
Tambah lagi dengan cuti Maulidur Rasul semalam.

So hari ni, kul 7 as usual abah dah keluar rumah.
Mama la yang kena amek alih nak mandikan Irfan sebab 7.30 Irfan dah kena naik van.
Kalau sebelum ni pagi2 abah yang sibuk2 buatkan susu Irfan, mandikan dan akhir sekali anta Irfan naik van. Mama sambung buat taik mata la. Hihi. Sebab Ihsan kacau mama tido malam2.

Ni Irfan dah balik tadika.
Tadi Irfan yak dan mama ajak Irfan nak basuh.

Irfan, "Kenapa mama basuh yak Irfan. Selalu kan abah basuh."
Mama, "Abah tak de. Mama la basuh."
Irfan, "Kalau abah ade?"
Mama, "Kalau abah ade, abah la basuh."
Irfan, "Kalau abah ade pun mama la basuh. Irfan nak mama basuh."
Mama, "La... kenapa plak?"

I still don't get it. (lembab)

Time to sleep after yak.
Irfan ajak mama tido dalam bilik sebab kalau tido kat depan TV nanti mama tak bagi Irfan cakap kuat2. (sebab Ihsan tido kat depan TV)

Mama, "Irfan tido sorang2 dalam bilik, mama tido kat depan boleh?"
Irfan, "Irfan nak tido dengan mama."
Mama, "Nanti adik nangis cane?"
Irfan, "Adik tak nangis pun. Adik tido saje."

By that time, I realized that he missed me :(

Budak kecik tak pandai bermain kata2.
Tapi ni la salah satu cara mereka tunjuk yang mereka rindukan kita.
Kita sebagai parents kena la aware dengan emosi mereka. 

Eh, betul ke Irfan rindu mama?
Sekali irfan jawab, "Tak pun....". Wat malu saje. Hihi.

Memang selama ni dah la mama dok sibuk belek adik.
Irfan mama serah bulat2 kat abah.
Kalau Irfan datang main dekat2 selalunya kena marah dengan mama je sebab buat bising adik nak tido. Kesian anak mama.

Last2 lepas tido kan Irfan dalam bilik, mama yang tak tido.
Mama duduk sebelah Irfan temankan Irfan tido sambil blogging dan intai kot2 adik terjaga kat luar.
Teringat mama pada satu tulisan yang masa kita spend dengan anak2, tak kisahlah time mandi kan anak, basuh yak anak, apa lagi time main2 dengan anak, semua tu quality time untuk kita dan anak2.

Untuk anak2 mama, mama loves both of you!!! 


Macam mana la kalau dah ada 3 orang anak nanti?
Memang kena pandai bahagi kasih sayang ni....

Kisah Saya & Tungku Besi

Alkisah...

Saya dah mentioned yang diri ni sangat degil nak beli jugak tungku besi.
Walaupun mak dah syorkan guna bahan2 semulajadi je kan...
Dah la murah. Tambah2 plak di zaman kenaikan harga barang ni.

Tapi saya tak menyesal.
Sebab saya berjaya menungkukan diri. Yahu!
Dan guna tungku sangat best OK.
Perut rasa suam2 sedap dan paling penting ada efek perut jadi kempis lepas bertungku. Hihi.

This is my tungku besi + sarung herba. Beli dari mypermatahati.com.


Senang je nak guna.
Panaskan atas dapur dengan api sederhana dalam 10-15 minit.
Then masukkan dalam sarung.
Bila rasa panas tungku tu dah sampai ke luar sarung, boleh la start golek2 kan atas perut.

Ingat ye. Panaskan dalm 10-15 minit je.
Sebab kalau lebih masa nnt jadi citer lain plak.

Ni la yang nak bgtau sebenarnya...

Satu hari saya tinggal sorang kat rumah.
Eh, tinggal ber2 dgn Ihsan.
Saya panaskan tungku atas dapur pastu Ihsan plak merengek.
Lepas tu tau lah ape jadi kan...
Tak ingat bape lama saya pujuk Ihsan, baru la teringat tungku atas dapur tu.
Naseb bek dapur tak meletop. Buat cuak je.
Lepas tutup api dapur terus masukkan tungku dalam sarung.
Tak lama lepas tu nampak asap berkepul2 dari sarung. (exaggerate)

OMG! OMG!

Apa dah jadi??? Ni la hasilnya. Haha.


Dah berlubang sampai boleh main teropong2 tau. Hihi.
Mak balik tanya, "Kenapa rumah bau hangit ni?" ^_^

Sekian untuk kali ni.

Thursday, January 9, 2014

Minyak Kelapa Dara Terbaik lah!!

Pelbagai jenama minyak kelapa dara di pasaran??
Tak tahu nak pilih yang mana?

Jom saya tolong buat review.
Saya start guna minyak kelapa dara @ virgin coconut oil ni masa saya mengandung.
Then bila baca banyak kegunaannya, saya pun continue pakai after bersalin.
Selain pakai untuk saya, saya gunakan untuk sapu pada kulit baby juga.


Antara khasiat minyak kelapa dara:

Khasiat minyak kelapa dara untuk meningkatkan daya tahan tubuh antaranya

ialah:

  • Membantu fungsi system daya tahan pada tubuh, melindungi tubuh daripada kanser payudara, kanser kolon dan kanser rahim.
  • Berfungsi sebagai antioksidan dan mengurangkan radang kronis.
  • Melindungi tubuh dari radikal bebas yang meningkatkan tahap penuaan dan penyakit degeneratif.
  • Meredakan gejala gejala yang dihubungkan dengan pembesaran prostate.
  • Mengurangkan tekanan epileptis dan membantu melindungi tubuh kita dari penyakit ginjal dan infeksi pundi kencing.
  • Membantu mencegah sakit liver dan memiliki kandungan kalori yang lebih rendah berbanding lemak lemak yang lain.

Kebaikkan minyak kelapa dara dalam hubungan suami isteri

  • Menyegarkan dan merawat sel kulit menjadi lebih tegang (elastic).
  • Memperbaiki kandungan asid dalam rahim dan bertindak sebagai agen pelincir alami (natural).
  • Membunuh kulat, bakteria dan virus atau sakit kulit pada kemaluan (keputihan).
  • Amat baik bagi mengatasi masalah monopos wanita.

Kebaikan dan khasiat minyak kelapa dara untuk kesihatan dalaman.

  • Meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal dan mental.
  • Memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin vitamin dan asid amino.
  • Melancarkan sekresi insulin dan pengaliran glukosa dalam darah serta mengurangkan risiko kencing manis.
  • Mengurangkan stress pada pankeas dan sistem system enzim dalam tubuh.
  • Meningkatkan penyerapan kalsium dan magnesium untuk tulang dan gigi yang kuat serat melindungi diri daripada serangan osteoprosis.
  • Mencegah risiko sakit jantung.
  • Minyak kelapa dara juga dapat mencegah atherosclerosis dan strok serta membantu menurunkan tekanan darah tinggi.

Kebaikan dan khasiat minyak kelapa dara untuk kecantikan luaran.

  • Membantu mengurangkan berat badan dengan meningkatkan angka metabolik.
  • Menghasilkan tenaga dengan segera.
  • Jika di sapu minyak kelapa dara akan membantu membentuk hambatan kimia pada kulit. untuk mengurangkan infeksi dan mencegah garis garis halus.
  • Mengurangkan gejala psoriasis, eksim dan dermatitis.
  • Melembut dan mengurangkan kekeringan serat kekenduran pada kulit.
  • Memberi perlindungan dari sinaran ultraviolet

Kebaikan minyak kelapa dara sebagai pembunuh virus, bakteria dan kulat.

Minyak kelapa dara juga mempunyai kebaikan untuk membunuh virus yang menyebabkan :
  • Mononucleosis
  • Influenza
  • Hepatitis C
  • Cacar air
  • Herpes.
Membunuh bakteria yang menyebabkan:
  • Pneumonia
  • Sakit telinga
  • Infeksi kerongkong
  • Gigi berlubang
  • Keracunan makanan
  • Infeksi saluran kencing
  • Meningitis
  • Gonorrhea.
Membunuh kulat yang menyebabkan:
  • Candida
  • Jock itch
  • Kadas dan infeksi lain
  • Membunuh cacing pita
  • Lice
  • Giardia
  • Parasit

Saya paham banyak sangat produk berasaskan virgin coconut oil ni sekarang.
Tak tahu nak pilih brand apa?
Jom saya share pengalaman guna 2 jenis virgin coconut oil.


Tanamera Virgin Coconut Oil.

1. Lebih pekat.
2. Lebih berkesan.
3. Lebih busuk. Eh, penggunaan perkataan yang tak sesuai. Sebenarnya bau lebih kuat.
4. Lebih mahal. 

Banding dengan Treenea Virgin Coconut Oil, compare dari segi kuantiti & harga, Tanamera 1 botol 100mL rm34, Treenea 1 botol 180mL rm40. Walaupun harga sebotol Tanamera lebih murah daripada Treenea, tapi kuantitinya lagi sikit. So, technically Tanamera lebih mahal la.. Tapi still affordable kan?

Tentang kepekatan tu, ya memang Tanamera lagi pekat so lagi berkesan dan bau lagi kuat. Kalau suami memang dia kata bau minyak kelapa dara ni busuk. Ye la... kau ingat ni perfume ke nak wangi2 bagai. Tapi kalau ada orang yang suka bau minyak kelapa dara, mmg best la dapat guna Tanamera. Dan yang saya perasan Tanamera lebih pekat, saya pernah bawa minyak tu masa oncall. Oncall kat labour room tu sangat la sejuk air-con semua. Beria la saya nak konsisten pakai minyak kelapa dara tu. Tibe2 dek kerana kesejukan melampau di malam hari tiba2 minyak kelapa dara ku beku. Wah... Memang kalau minyak asli ni boleh beku kalau sejuk. Jenuh la saya jemur bagi minyak tu cair balik. Nasib baik berkesan. Hehehehehe....

So lepas ni memang saya beli Tanamera lah! Sebab dia memang yang terbaik lah!  (n_n)

Tapi ada lagi satu brand, catalyst. Ada orang dah try and nk buat review? 
Boleh kita sharing2 & caring. Heeee......