Thursday, October 31, 2013

Rezeki Allah Itu Luas

Adakah kita sudah cukup bersyukur???
Cukup lah mengeluh dengan segala kekurangan dan cuba menerima segala apa yang kita ada seadanya.

Kerana, sesungguhnya REZEKI ALLAH ITU LUAS...


Bagi saya rezeki saya yang paling berharga adalah:
1. Tubuh badan yang sihat.
2. Suami yang memahami dan sentiasa sedia membantu.
3. Anak yang cergas, pintar & sihat.
4. Ibu yang sentiasa ada ketika saya memerlukan. Juga nenek yang baik untuk Irfan. Yang mengajar Irfan baca doa/ solat/ mengaji etc. Tiada pengasuh sebaik nenek sendiri.

Monday, October 28, 2013

Our Boy Is 3 Years Old

Untuk tatapan anak mama & abah, Muhammad Irfan Bin Mohd Syahrizal

19 October 2010

Masih segar di ingatan, pengalaman melahirkan Irfan ditemani abah 3 tahun lalu. Ingat lagi subuh2 pagi mama dah rasa contraction every 10min. Ni la baru betul2 dinamakan contraction. Bila ia datang menyerang, tergolek2 mama tahan sakit. Tapi mama still datang kerja. Masa tu mama still houseman kat Jabatan Kecemasan, HSB. Mama datang kerja, ikut morning round, tapi tiap2 10min mama kena take a break bila contraction datang. After round mama ke Dewan Bersalin (sebelah je dgn ED), cek os dah 4cm. Mama balik ED dan makan dengan banyaknya walaupun tengah sakit. Ni untuk bagi mama tenaga untuk keluarkan Irfan. Habis makan baru masuk ke dewan bersalin. Orang offer bilik, boleh refuse lagi. Nanti dah masuk kena ikat kat katil. Tak boleh jalan2 dah. Hampeh betul.

Sekali makin lama sakit pun makin kuat, mama berjalan2 melawat sekitar dewan bersalin sambil tahan kesakitan. Baru nak menyesal tadi orang offer masuk bilik bersalin terus mama tak nak. Bila dah dapat bilik, time pecahkan air ketuban os dah 6cm. "Doc nak epidural tak?". "Tak payahlah. Dah 6cm pun." Fuh... lagi satu ayat berlagak. "Ada orang dah 8cm pun amek epidural jugak". Sebenarnya refuse sebab konon2 nak rasa sakit bersalin. Hah, rasakan sangat penangannya. Memang rasa nak berguling2 atas katil. Kejap duduk kejap baring. Tak boleh nak describe. 

Akhirnya bila os dah fully (=10cm), mulalah proses meneran. Alhamdulillah, semua teknik meneran yang mama selalu ajar pada patient (basically kena teran macam meneran berak keras. bukan teran di muka) berjaya dipraktikkan pada diri sendiri. Tak sampai 30min meneran, kesayangan mama & abah ni pun lahir ke dunia. Semoga Allah mengampunkan dosa2 mama dalam mama merasa kesakitan melahirkan Irfan. AMIN.

Sekarang, nonet mama & abah ni dah 3 tahun. Mulut punya la banyak cakap. Macam2 tanya. Tak larat mama & abah nak jawab. Bijak anak mama & abah. 

Sorry sayang. Mama & abah tak adakan party besar2an untuk Irfan. Insyaallah nanti Irfan dah besar kita buat party best2 ye.

Birthday Boy



The Cake


Kek ni mam tempah dari ZAS Bakery Sweet Touch. TQ! Irfan sangat teruja tengok Cars atas kek tu. Sebab tu dia tak sabar2 nak potong kek.

The Present



Bantal ni mama tempah khas untuk Irfan dari Cutety Crafty. Irfan suka sangat. Ke mana2 cari bantal Cars & Angry Bird. Mama pun suka sebab jahitannya sangat kemas. TQ banyak2 tuan kedai!

Tak sabar Irfan nak tiup lilin...


Mulut habis muncung la...


Ni mama je lebih2 yang potong kek nya. TQ abah jadi photographer


Semoga Irfan jadi anak yang soleh, bijak & sihat. Mama & abah sayang sangat kat Irfan. 

Thursday, October 24, 2013

Doa2 Ketika Membasuh Anggota Wudhu

I found this is very complete and interesting as well....
It was located at one of the oldest and famous mosque in Malaysia.
Masih belum diamalkan tapi memang berhajat untuk mengamalkannya.


Bende yang baik macam ni marilah kita sebar2 kan dan amalkan bersama.
Semoga solat menjadi lebih kusyuk dan berkat. AMIN..

Thursday, October 10, 2013

Doa Pelembut Hati

Doa ni boleh digunakan untuk melembutkan hati seseorang dan juga diri sendiri.


 "Allahumma laiyinli qalbahu, laiyinta li Daudal hadid”

“Ya Allah, lembutkanlah hatinya sebagaimana Kamu melembutkan Daud (akan) besi”

Cara-cara : Baca doa di atas kemudian tiupkan ke dalam air.
 
Doa di atas boleh digunakan untuk semua orang yang keras hati, sentiasa melawan dan tidak menurut kata. Ini termasuklah untuk melembutkan hati untuk diri sendiri. Untuk kegunaan diri sendiri, letakkan tangan kanan di dada iaitu di bahagian hati dan baca doa di atas. Kemudian tarik nafas perlahan-lahan hingga habis dan lepaskan. Untuk kegunaan orang lain, ketika membaca doa, letakkan tangan kanan di dada iaitu di bahagian hati orang yang meminta pertolongan tadi. Bagi orang yang meminta doa pelembut hati melalui wakil, air diberikan untuk diminum.

p/s: sebelum lebutkan hati orang lain, baik kita lembutkan hati sendiri dulu :)

source: Belog Ana NabilaNabela

Tuesday, October 8, 2013

Ectopic Pregnancy (Kandungan Luar Rahim)


Sebelum memahami tajuk ini, anda perlu kenal pada sistem peranakan wanita yang terdiri daripada uterus (rahim), 2 ovary (kilang telur), 2 fallopian tubes (tiub fallopian), dan vagina. 

















Normal Pregnancy

Setelah telur & sperma disenyawakan, embryo akan terbentuklah. Embryo kemudian akan menempal di dinding uterus yang dipanggil endometrium, kemudiann akan terus membesar. 

Ectopic Pregnancy (kandungan luar rahim)

Ectopic pregnancy terjadi apabila embyo menempel pada tempat selain daripada dinding rahim. Dalam 99% kes, kandungan luar rahim berlaku di tiub fallopian. Ia juga boleh menempel dibahagian2 lain seperti di ovary, cervix (pangkal rahim), atau di dinding abdomen (perut).

Gambar di bawah tunjuk bila embry menempel di tiub fallopion, ovary dan peritoneum/ abdomen.



















Lagi tempat di mana embryo tersebut boleh menempel.




















Bahaya ectopic pregnancy ini kerana embryo tidak dapat membesar dengan normal serta semakin kandungan membesar, organ di mana embryo tersebut menempal boleh pecah dan menyebabkan pendarahan dalaman. Ini kerana organ2 lain selain uterus tidak mempunyai keupayaan untuk menampung pembesaran embry tersebut. 

ECTOPIC PREGNANCY RISK FACTORS
Strong risk factors

  • Tiub fallopian yang tidak normal
  • Sejarah ectopic pregnancy
  • Pengambilan diethylstilbestrol (DES)
 Moderate risk factors
  • Sejarah jangkitan organ pelvis
  • Kemandulan
  • Pasangan sexual lebih daripada satu
Other risk factors
  • Persenyawaan in vitro fertilization (IVF)
  • Tubal sterilization/ ligation
  • Penggunaan alat dalam rahim  
TANDA2 ECTOPIC PREGNANCY
  • Sakit perut
  • Lambat dating period
  • Pendarahan dari rahim
  • Tanda2 mengandung
Namun, lebih 50% pesakit tidak mengalami apa2 tanda sehinggalah tiub fallopian pecah dan akhirnya akan menyebabkan pesakit mengalami sakit perut yang sangat teruk dan pendarahan dari rahim. Pesakit pada awalnya boleh mengalami pening, diikuti dengan penurunan tekanan darah, pitam, dan shock.


ECTOPIC PREGNANCY DIAGNOSIS

  • Ultrasound – Transvaginal ultrasound dapat detect kehamilan seawall 5-6 minggu.
  • Level hCG – Ectopic pregnancy disyaki sekiranya level hCG lebih daripada 1500 - 2000 mIU/mL, tetapi kehamilan tidak dapat dilihat melalui ultrasound. Namun jika level hCG rendah daripada 1500 - 2000 mIU/mL dan kehamilan tidak dapat dilihat melalui ultrasound, ia menandakan ectopic pregnancy  ataupun kehamilan dalam rahim yang awal.  
ECTOPIC PREGNANCY TREATMENT

Medical management — Menggunakan methotrexate untuk memberhentikan pembesaran embryo (namun setakat ini kaedah ini tidak dipraktikkan di Malaysia). 

Surgical management (Pembedahan) — Dilakukan secara laparoscopic atau secara pembedahan biasa (open surgery). Bergantung kepada keadaan, kadangkala embryo dapat dikeluarkan daripada tiub fallopian, kemudiannya tiub tersebut akan dibaiki (salpingostomy). Namun, ada keadaan dimana tiub terlibat terpaksa dipotong dan tidak dapat dibaiki semula (salpingectomy).

*source : uptodate


 

Thursday, October 3, 2013

Kenapa Rezeki Susah Nak Masuk?

Jom muhasabah diri...


Kadang2 kita selalu mengeluh kenapa kita tidak dimurahkan rezeki... Tapi pernah tak kita fikir yang skop rezeki tu sangat luas. Tapi kebanyakan orang samakan rezeki = duit. Tapi sebenarnya rezeki tu bukan setakat duit. Rezeki kebahagiaan, rezeki masa, rezeki ketenangan dll. 

Contoh yang simple saja:

1. Orang kaya harta benda tapi jiwa tak tenang sebab takut pencuri datang curi harta dia.
2. Orang miskin harta tapi jiwa tenang sebab tak pernah pikir ada pencuri nak masuk rumah dia.

Jadi, orang yang kaya tu walaupun ada rezeki harta, tapi tiada rezeki ketenangan. Orang miskin pula sebaliknya. Ada rezeki ketenangan walaupun kurang rezeki harta.

Kesimpulannya, ALLAH Maha Adil. Kita sebagai hambaNya perlu sentiasa bersyukur dengan rezeki dan nikmat yang dikurniakannya. AMIN.