Tuesday, October 8, 2013

Ectopic Pregnancy (Kandungan Luar Rahim)


Sebelum memahami tajuk ini, anda perlu kenal pada sistem peranakan wanita yang terdiri daripada uterus (rahim), 2 ovary (kilang telur), 2 fallopian tubes (tiub fallopian), dan vagina. 

















Normal Pregnancy

Setelah telur & sperma disenyawakan, embryo akan terbentuklah. Embryo kemudian akan menempal di dinding uterus yang dipanggil endometrium, kemudiann akan terus membesar. 

Ectopic Pregnancy (kandungan luar rahim)

Ectopic pregnancy terjadi apabila embyo menempel pada tempat selain daripada dinding rahim. Dalam 99% kes, kandungan luar rahim berlaku di tiub fallopian. Ia juga boleh menempel dibahagian2 lain seperti di ovary, cervix (pangkal rahim), atau di dinding abdomen (perut).

Gambar di bawah tunjuk bila embry menempel di tiub fallopion, ovary dan peritoneum/ abdomen.



















Lagi tempat di mana embryo tersebut boleh menempel.




















Bahaya ectopic pregnancy ini kerana embryo tidak dapat membesar dengan normal serta semakin kandungan membesar, organ di mana embryo tersebut menempal boleh pecah dan menyebabkan pendarahan dalaman. Ini kerana organ2 lain selain uterus tidak mempunyai keupayaan untuk menampung pembesaran embry tersebut. 

ECTOPIC PREGNANCY RISK FACTORS
Strong risk factors

  • Tiub fallopian yang tidak normal
  • Sejarah ectopic pregnancy
  • Pengambilan diethylstilbestrol (DES)
 Moderate risk factors
  • Sejarah jangkitan organ pelvis
  • Kemandulan
  • Pasangan sexual lebih daripada satu
Other risk factors
  • Persenyawaan in vitro fertilization (IVF)
  • Tubal sterilization/ ligation
  • Penggunaan alat dalam rahim  
TANDA2 ECTOPIC PREGNANCY
  • Sakit perut
  • Lambat dating period
  • Pendarahan dari rahim
  • Tanda2 mengandung
Namun, lebih 50% pesakit tidak mengalami apa2 tanda sehinggalah tiub fallopian pecah dan akhirnya akan menyebabkan pesakit mengalami sakit perut yang sangat teruk dan pendarahan dari rahim. Pesakit pada awalnya boleh mengalami pening, diikuti dengan penurunan tekanan darah, pitam, dan shock.


ECTOPIC PREGNANCY DIAGNOSIS

  • Ultrasound – Transvaginal ultrasound dapat detect kehamilan seawall 5-6 minggu.
  • Level hCG – Ectopic pregnancy disyaki sekiranya level hCG lebih daripada 1500 - 2000 mIU/mL, tetapi kehamilan tidak dapat dilihat melalui ultrasound. Namun jika level hCG rendah daripada 1500 - 2000 mIU/mL dan kehamilan tidak dapat dilihat melalui ultrasound, ia menandakan ectopic pregnancy  ataupun kehamilan dalam rahim yang awal.  
ECTOPIC PREGNANCY TREATMENT

Medical management — Menggunakan methotrexate untuk memberhentikan pembesaran embryo (namun setakat ini kaedah ini tidak dipraktikkan di Malaysia). 

Surgical management (Pembedahan) — Dilakukan secara laparoscopic atau secara pembedahan biasa (open surgery). Bergantung kepada keadaan, kadangkala embryo dapat dikeluarkan daripada tiub fallopian, kemudiannya tiub tersebut akan dibaiki (salpingostomy). Namun, ada keadaan dimana tiub terlibat terpaksa dipotong dan tidak dapat dibaiki semula (salpingectomy).

*source : uptodate


 

No comments:

Post a Comment