Thursday, October 3, 2013

Kenapa Rezeki Susah Nak Masuk?

Jom muhasabah diri...


Kadang2 kita selalu mengeluh kenapa kita tidak dimurahkan rezeki... Tapi pernah tak kita fikir yang skop rezeki tu sangat luas. Tapi kebanyakan orang samakan rezeki = duit. Tapi sebenarnya rezeki tu bukan setakat duit. Rezeki kebahagiaan, rezeki masa, rezeki ketenangan dll. 

Contoh yang simple saja:

1. Orang kaya harta benda tapi jiwa tak tenang sebab takut pencuri datang curi harta dia.
2. Orang miskin harta tapi jiwa tenang sebab tak pernah pikir ada pencuri nak masuk rumah dia.

Jadi, orang yang kaya tu walaupun ada rezeki harta, tapi tiada rezeki ketenangan. Orang miskin pula sebaliknya. Ada rezeki ketenangan walaupun kurang rezeki harta.

Kesimpulannya, ALLAH Maha Adil. Kita sebagai hambaNya perlu sentiasa bersyukur dengan rezeki dan nikmat yang dikurniakannya. AMIN.

No comments:

Post a Comment