Thursday, March 27, 2014

Solat Sambil Dukung Bayi

ISLAM itu indah...
Tiada alasan untuk tidak bersolat.


Macam2 kemudahan disediakan.
Terpulang pada kita untuk mendalami atau mempelajarinya atau tidak..

Ingat, solat itu tiang agama ^_^

Monday, March 24, 2014

Back To Work


After 90 days of maternity leave, now it is the time for..


Promise myself to..


- BECAUSE -


Always be missing my babies..


Thursday, March 20, 2014

Jom TSUNAMI BAJU

Baju dah terlebih?
Banyak baju tak pakai?
Almari dah penuh?
Boring tengok baju2 lama?

OK, ni alasan yang saya paling suka.. ^_^

Nak beli baju baru tapi tak de alasan nak bagi kat suami sebab baju lame banyak sangat? HEE.....

It's time for spring cleaning ;)


Moh kita ramai2 ke Bukit Damansara. JOM JOM!!

Tuesday, March 18, 2014

Jom Buat Duit Dengan e-Filling


Ini bende wajib. Dulu memang tak pernah tahu. Naseb baik ade suami yang bagi guide untuk segala2nya. Kalau tak mesti terumbang-ambing tengah laut sorang2. Heee...

Untuk yang tak tahu, untuk semua especially pembayar cukai semua, e-Filling ni adalah sejenis borang online untuk declare pendapatan kita. OK tak paham tak apa. Janji buat. Sebab kalau buat ada rezeki dapat duit. Kalau tak buat, kompom tak dapat duit. Bukan dapat duit free macam tu je. Duit tu adalah duit daripada potongan cukai kita tiap2 bulan. Kalau after declare harta, disahkan kita terlebih bayar cukai, kita akan dapat balik duit tersebut.

Itu aja yang saya paham dan harap boleh buat orang semua paham.

Let's get started. Ni untuk mereka yang nak buat online. 
Kalau dapat pergi LHDN buat terus lagi baik.

Mula2 kena pergi laman web rasmi LHDN.


Bila sampai kat skrin ni, pilih e-Filling.
Then akan sampai kat sini plak.


Kat sini pilih 'Login e-Borang'. Ni untuk orang yang dah pernah buat e-Filling sebelum ni. Kalau baru first time nak buat kena klik 'Login Kali Pertama'.

Berbalik tadi, untuk orang yang dah pernah buat tapi kadang2 terlupa (saya la tu), lepas tu pilih 'e-BE' = Individu Bermastatutin - Tiada Punca Pendapatan Perniagaan. Ni untuk orang Malaysia yang tak berniaga macam saya. 


Lepas tu boleh login dengan masukkan no IC & kata laluan.


Lepas tu, bermula la proses pengisian borang. Untuk dapat balik duit cukai yang kena potong dulu, boleh tulis semua barang2 yang dibeli sepanjang tahun tu macam buku, perubatan, zakat, insurans etc. Dan jangan lupa simpan semua resit2 atas pembelian barang2 tu. Kang tiba2 kena audit tak pasal2 kena tindakan undang2 sebab dikatakan menipu plak kan. OK.

Simpan resit macam ni :)


Mule kan daripada sekarang ye!

Puisi Buat Kapten Zaharie - MH370




Dah masuk hari ke 11.
MH370 masih belum ditemui... :(

Adakah semua ini satu konspirasi? 
Saya tak tahu dan saya tak mampu untuk membincangkannya dengan lebih lanjut.

Where are you.... MH370



Kapten Zaharie...
Saya mungkin tidak kenal tuan 
tetapi saya tahu, tuan sudah lakukan yang terbaik
saya mungkin tidak tahu pandu pesawat
tetapi saya tetap tahu tuan akan lakukan terbaik
saya mungkin sedih dengan hilangnya MH370
tetapi saya tahu keluarga tuan lebih sedih dari saya
kami sedih kehilangan MH370
tetapi saya tahu tuan, jiwa tuan lebih cedera dari kami semua

MH370...
Selagi mereka belum temui rangka kamu
kami di seluruh dunia berharap kamu akan kembali dengan selamat.
kalau ada orang jahat larikan kamu
Kami merayu, kembalikan MH370 ke KLIA
atau terbangkan kamu ke Beijing
seluruh dunia menanti khabar kamu.
Saya harap kamu baik-baik sahaja

Kita mungkin tidak pernah bertemu wahai MH370
tetapi hari ini semua orang mencari-cari kamu
hari ini semua orang menanti kamu
hari ni dunia risaukan kamu
hari ini semua orang sebut kamu

Muncullah MH370
ada jiwa yang menanti anaknya
ada jiwa menanti suaminya
ada jiwa menanti kakaknya abangnya adiknya
ada jiwa menanti isterinya
ada jiwa menanti ibunya
ada jiwa menanti ayahnya
ada jiwa menantikan anaknya

Jiwa kami dan jiwa mereka tidak sama
Kami sedih tetapi tidak akan ada yang lebih sedih dari mereka
Mereka dan kami mungkin bukan sebangsa, seagama
tetapi darah kami sama
merah pekat warnanya

Kasih sayang kami sama
Tuhan, dengan cinta dan rahmatMU
temuikan MH370 segera.
Kami sudah sedia
Kami sudah redha
Kami tahu KAU ada
Kau menentukan segalanya...

Manusia aneh-aneh jiwanya
kalau kamu tidak ada yang baik untuk kamu berkata-kata
sudi kiranya kamu diam sahaja

Manusia aneh-aneh jiwanya
kalau kamu tidak ada yang baik untuk kamu berkata-kata
sudi kiranya tadahkan tanganmu berdoa

Manusia aneh-aneh jiwanya
Kalau kamu tidak ada yang baik untuk kamu berkata-kata
sudi kiranya kamu tutup mata dan telinga.

Manusia aneh-aneh jiwanya
Walau siapa pun mereka, apa bangsa mereka
Kita tetapi mengalirkan darah yang sama
baik kalian diam dan bacalah cuma.

MH370 muncullah kamu segera
kami semua akan bersedia
 

- NORLIDA ABDULLAH -



Lari dari topik kejap - Sekarang ni suami gie Sarawak dari Isnin-Khamis. Baru 2 hari kena tinggal hati dah tak keruan. Macam mana lah perasaan ahli keluarga penumpang & krew MH370..

Ya ALLAH ya TUHANKU.... Tabah kan lah hati mereka. AMIN.

Beachgoers walk past a sand sculpture made by Indian sand artist Sudersan Pattnaik with a message of prayers for the missing Malaysian Airlines flight MH370 - which vanished from radar early on March 8 with ongoing search operations mounted by multiple nations taking place in the South China Sea, the Malacca Strait, and the Andaman Sea - at Puri beach, some 65 kilometers away from Bhubaneswar, on March 14, 2014. - AFP

Credit to Indian sand artist Sudersan Pattnaik at Puri beach.



Tuesday, March 11, 2014

Iklan TERLAMPAU


Saya tak pernah banned jamu2 tradisional secara terang2an.
Tak ada kelulusan KKM. Tak ada kajian saintifik jangka panjang.
Cuma bermodalkan testimoni2 pengguna untuk penggunaan jangka masa pendek.
Itu pun entah betul ntah tidak. Kot2 berlakon je. NTAH.

Dan tak kisah lah kau nak guna testimoni menggelikan sekalipun.
Walaupun saya rasa, malu sungguh tunjuk muka lepas tu bagi testimoni macam tu.
Cakap pasal miss V la, payudara anjal la, makin ketat la hape la.


Iklan atas tu belum apa2 lagi ye. Kire boleh tahan lagi.
Banyak lagi yang ntah apa2 tapi malas nak cari.

Tapi bila ada produk guna testimoni berbaur lucah, SAYA SANGAT GERAM!
GERAM TERAMAT2 SANGAT!!!
(kan dah caps lock semua. dah lama tak geram kat blog)


Saya jumpa iklan produk ni kat Facebook.
Ye, facebook yang rata2 semua orang ada. Tak mengira tua muda tanpa mengenal usia.
Jadi, semua orang pun boleh baca iklan TERLAMPAU ni.

Mungkin ada orang nak kata saya kolot, tak open-minded semua la.
Tapi bagi saya iklan sebegini sedikit sebanyak akan merosakkan pemikiran especially anak2 muda.  
Tau2... Kalau bukan iklan ni pun, ramai je tengok video lucah ape ke bende kan?
Memang la. Tapi kenapa kita nak tambah kan lagi?
Macam iklan ni. Saya tak cari pun tapi boleh terpampang depan mata.

Cuba pikir kalau budak2 yang tak paham baca.
Terpancut ape ye??? Apa yang sedap ye???
Hish... Apa nak jawab kalau anak2 tanye? MALU2.

Kalau budak muda mudi yang dah paham plak, tak semena2 nak cuba produk ni.

Sudah2 la tu kot iye pun nak laris kan produk.
Ni macam iklan terdesak nak suruh orang beli je.
Memang berniaga tu sunnah Rasullullah. Tapi kena la pada tempatnya.
Kalau guna jalan yang tak elok, tetap juga tak dapat keredhaan ALLAH.

Saturday, March 8, 2014

Pray For MH370


Photo: Pray for Mh370

Kehilangan pesawat MH370 pada 08/03/2014 menggemparkan dunia.
Saat ini dah lebih 24 jam pesawat MAS MH370 hilang tanpa sebarang berita, tanpa sebarang petanda :(
(Terus lenyap gosip Hanez Suraya yang sebelum ni memenuhi FB)
Pesawat yang baru 2 jam berlepas dari KLIA tidak dapat dihubungi secara tiba2.
Pesawat tersebut dijadualkan tiba di Beijing pada jan 0630 H.

Pelbagai spekulasi timbul -

1. Terhempas.

Kesan tumpahan minyak sepanjang 15km dijumpai selari dengan pergerakan perjalan MH370. Namun tiada sebarang serpihan atau bangkai pesawat dijumpai di kawasan berkenaan. 

Kata mereka, tiada sebab untuk pesawat ini terhempas - Dipandu oleh seorang juruterbang yang sangat berpengalaman. Pesawat yang diiktiraf antara pesawat yang tercanggih & terselamat. Tiada sebarang isyarat kecemasan dibuat kepada pusat kawalan. Cuaca baik.  

Namun, jika ALLAH telah menjanjikannya, maka, itulah yang akan terjadi - Kun Faya Kun.

2. Serangan pengganas.

Setelah senarai penuh MH370 dikeluarkan, terdapat 2 daripada penumpang didapati menggunakan passport palsu. Manakala lagi 2 orang yang disenaraikan, identiti mereka masih dalam siasatan. Lagipun agak menghairankan bagaimana pesawat ini tidak dapat dikesan daripada menara kawalan secara tiba2.

Apa2 pun, hanya ALLAH dan mereka yang berada di dalam pesawat tersebut yang tahu apa yang terjadi.
Apa yang kita dapat lakukan di sini adalah terus berdoa...
Berilah petunjukmu Ya ALLAH...



Semoga semua ahli keluarga penumpang & krew pesawat ini sentiasa tabah.



Be strong girl! BE STRONG!!! The WORLD is behind you :(

Thursday, March 6, 2014

F R I D A Y


It's Friday.... 
Kalau keje, yippie.... esok cuti.
Tengah cuti ni yippie la jugak sebab esok husband cuti. Hihi.

Tapi sebelum bercuti, jom kita sama2 mulikan hari Jumaat :)

Wednesday, March 5, 2014

Rezeki Tak Terduga

Ding dong...

Abang posmen ku. Saya memang tak keruan kalau tak jumpa abang posmen. Bukan sebab dah jatuh chenta dengan abang posmen tu. Tapi kalau abang posmen tak datang, maknanya saya tak de la baju/ tudung/ atau ape2 barang baru yang dibeli online. Heee.....

Tapi pelik sikit sebab saya tak order apa2 barang dalam masa terdekat ni. Pelik pelik sungguh... Sungguh sungguh pelik... Dapat je parcel terus tak sabar nak buka. Eh, dari Faliyana Enterprise. Aikk?? Sebenanrnya saya jadi dropship syarikat ni. Risau plak takut HQ salah anta order customer ke address saya. 

Jadi dropship ni sekadar suka2. Sebab utama sekali saya nak beli barang2 jual kat sini dengan harga murah. Hehe. Dalam pada tu boleh bisnes2 sket. Ntah kenapa saya minat bisnes. Tapi malas nak cari & simpan stok. So, jadi agen dropship memang sangat sesuai lah kan...

Bukak parcel ada bungkusan hadiah kemas.


Tibe2 teringat satu iklan di group.


Rupanya nama saya tersenarai tempat ke20. Nampak jelas tak? Hihi. 


Tak kisahlah tempat keberapa pun. Tak pernah mengahrap pun sebab semua ni sekadar suka suki. Tapi yang paling excited sebab dapat present la... Dah lama tak dapat present gini. TQ Faliyana Enterprise. Sesiapa nak beli barang2 di Faliyana Enterprise boleh dapatkan dari saya di sini

Owh... Nak tau apa hadiahnye? Tada...


Nanti saya wat review pasal The Milk Story Chocolate Drink ni. Sangat best OK.