Thursday, November 28, 2013

Best Western Prima Inland Sea Resort Review

Last week, TINM ada buat family day. Jadi kami pun tumpang cuti2 Malaysia ke Best Western Prima Inland Sea Resort, Port Dickson. Sebenanrnya PD ni mmg saya tak pernah sampai. Malu je. Bukannya jauh mana pun. Hehe. So, on 23th November 2013, here we were..

Best Western Prima Inland Sea Resort ni dulunya dikenali sebagai Tiara Beach Resort. Tukar nama sebab company lain amek alih kot...

The External View


Nampak cantek kan... 1st impression kena bagus beb!

Jom intai dalam bilik plak. Kami dapat bilik Studio Deluxe (kalau tak silap la), Blok A. Ke Studio Premier?? MAcam Studio Premier. Xsure la... Kalau Studio Deluxe rate dalam rm200+.
Studio Premier plak rm300-400.  

Ada ruang tamu kecil untuk menonton. Almari semua kat sini. Actually tak perlu pun ruang besar2 macam ni sebab bukan nak duduk lama pun. Tapi kalau ada tu kira bonus point la.. Paling kurang boleh letak barang. Tak perlu sesak2 letak barang celah2 katil dan dapat solat di ruang yang selesa.

Kayu jati gitu perabotnya....




Mini dapur (bukan mini bar) :) Bawah almari tu ada fridge kecik jugak.



Lebih selesa dengan 2 katil. Sebab Irfan dah besar. Tido pun lasak. Kalau share bertiga alamat memang kaki Irfan naik atas muka mamanya. Saba jela. Ha, TV tu boleh pusing. Lagi best tengok TV sambil bersantai atas katil dari duduk kat perabot kayu jati tu kan? Tengok Irfan sampai buat gaya apa ntah masa tengok TV.


Toilet cukup2 makan. Bath tub takde ye. Jangan berangan.



Ni plak gamba waterpark kat resort ni. Did I mentioned it before? Macam tak je... Hmmm.... rasanya satu2 tarikan kat sini ialah resort ni ada waterpark. So sangat sesuai dijadikan tempat percutian keluarga. Saya memang prefer bawak Irfan mandi waterpark dari pantai. Ridau sebab tak boleh nak jangka air pantai ni. Yela sebab saya tak pandai berenang. Huhu.

Kids Paradise


Ni la gelongsor yang Irfan dengan abah sakan main. Saya pun teringin sangat sebenarnya. Waaa...



Kids Pool


 Map of this resort


So, how do I rate this resort?? First of all, bilik kami OK. Sebab? Kami dengar orang lain bilik banyak problem. Ada yang sampai baiki aircon sendiri, palang bilik air tercabut, TV tak dapat siaran, toilet rosak dan sebagainya.

Secondly, hati saya kuat menyatakan bilik kami adalah Studio Premier (berdasarkan saiznya) dan bagi saya rate rm300-400 adalah sangat mahal. Patut boleh dapat bilik mewah tahap dewa (OK terlampau). Kalau bilik rm300-400 saya expect bilik macam kat Gold Coast Morib (walaupun tak pernah ke sana). 

Then, tempat ni jauh dengan pantai (bagi sesapa yang nak ke pantai) dan jauh dari kedai2 makan. Tambahan pula (ayat skema BM) makanan dalam resort ni tak sedap. Ouchh!

Cuma yang paling best kat sini dapat bawa Irfan mandi sepuas2nya. Owh, lagi satu gelang mandi tak included dengan bilik. Kena beli separate. Adult rm55. Child saya dah tak ingat. Dan saya terpikir kalau la kami duduk sini 2D1N lepas tu nak mandi untuk dua2 hari dah sorang adult kena rm110 kan? Gilos.... Nasib baik la percutian kali ni ditaja khas oleh TINM.

So, conclusion, husband kata, "tak best pun Best Western Prima Inland Sea Resort ni..".
Saya setuju abg!

 

Gamba selingan budak penat bangun tido tapi nak pergi mandi kolam lagi.



Thursday, November 21, 2013

VALENTINE Datang Lagi Dan Pergi by Ahadiat Akashah

 

Saya adalah die hard fan of Ahadiat Akashah. Zaman remaja saya dipenuhi dengan membaca karya2 tulisan beliau diselangi dengan buku2 rujukan sekolah (konon!). Ingat lagi tiap kali ke Puduraya samada nak balik ke Sabak Bernam atau balik semula ke sekolah di Kajang, wajib singgah kedai India yang banyak jual kat situ. Masa tu novel Ahadiat Akashah antara yang paling top dan tak banyak pun penulis novel rasanya berbanding sekarang. Tapi masa tu kalau novel Lagenda Budak Setan atau Hikayat Cindarella, mampu tengok jela. Ataupun dah usha berbulan2 lepas berjaya kumpul duit baru dapat beli.

Tak ingat bila, tapi lepas tu Ahadiat Akashah menyepi dan tak keluarkan novel2 baru lagi. Rupanya dia ada kes. Sampai la baru2 ni sangat excited bila nampak novel baru tulisannya. Bukan baru sangat pun. Novel tahun lepas. Dah lama nak beli tapi tak terbeli2. Aritu gie Popular ada harga runtuh untuk kebanyakan novel Ahadiat Akashah. Tak laku ke? Saya je suka baca tulisan beliau kot :)

Untuk novel ni what can I say is, Ahadiat Akashah never disappoint me. Sayay habiskan novel ni tak sampai setengah hari pun. Sampai boleh tinggalkan HP. Takde la nak ber FB/ whatsapp/ candy crush sepanjang masa. Tapi bernovel sepanjang masa la. Hehe.

Apa yang buat saya paling suka baca novel Ahadiat Akashah sebab I can never predict the storyline. That will haunting me to keep on reading till the last page. Tak macam typical novel/ drama yang kita boleh predict apa nak jadi tapi still baca or tengok sebab nak tau ending je. Walaupun kadang2 beliau suka buat sad ending (macam cerita Hikayat Cindarella), tapi novel ni happy ending.

Ada orang tak suka gaya penulisan Ahadiat Akashah yang lebih santai. Tapi saya suke! Ayatnya tak terlampau berbunga atau dalam erti kata lain, jiwang karat. Lain orang lain selera. LAgi satu, Ahadiat Akashah suka tampilkan hero yang sangat good looking/ kaya/ baik, pendek kata, complete pakage, yang akan buat pembaca terbuai, "seronoknya kalau dapat mamat macam ni..". Tapi yang tak bestnya plak, heroin mesti jelita ya amat dan jadi kegilaan ramai. Lepas tu si pembaca yang tak berapa nak jelita ni pun frust menonggeng. "Wa... patut la heroin dapat hero tu". Huhu.

 

Akhir kata, terima kasih Ahadiat Akashah. Cepat la keluarkan novel lagi. Saya antara pembaca setia novel anda. Nanti dekat rumah saya akan adakan bookshelf khas untuk letak koleksi novel Ahadiat Akashah yang saya ada :)



Wednesday, November 20, 2013

Misi Mencari Taska Untuk Irfan

Sebenarnya bukanlah misi mane pun. Konon bunyi ala2 mission impossible gitu..
Mula2 tak plan pun nak anta Irfan sekolah sebab pikir kot2 tahun depan nak pindah Rawang. Pikir cane plak nak anta sekolah kat sini. Jauh. Mak pun takde transport.
Tapi tiba2 nampak iklan LittleCaliphs nak bukak kat TSB, Sg Buloh. Kebetulan ada kawan yang nak anta anak sekali dan bgtau ada van untuk anta-amek student. OK. Menarik.

Dan Irfan pun sebenarnya sangat excited kalau cakap pasal sekolah... Ternyata anak saya dah besar. Saya je yang kurang sedar atau buat2 tak sedar. Belum betul2 bersedia nak lepaskan Irfan ke dunia luar. Takut tak dapat nak monitor Irfan. Maklumlah.. sekarang ni budak2 advance bangat! Takut menengoknye..

So... this is it!


Time ni gie hari Sabtu. Komfiden tempat ni bukak. Sekali tutup. Irfan sedih sangat sebab dia dah terlebih excited nak jumpa cikgu. Last2 melencong gie shopping untuk hilangkan kesedihan Irfan. 

 But on the next Tuesday saya bertemankan mak bawak Irfan ke sini. Masa tu saya dah call awal2 nak datang. 2nd time datang Irfan tanya, "Sekolah bukak ke mama?". Saya jawab, "Bukak.. Mama dah call cikgu awal2". Then Irfan cakap, "Kenapa aritu mama tak call cikgu dulu? Kesian Irfan..". Iyela sayang. Mama salah..

Lepas dengar penerangan dari Puan Akasyah, penyelia branch LittleCaliph ni, saya terus bayar duit booking yang sepatutnya rm100 tapi sebab saya ada rm60 je dalam wallet, bayar la rm50 dulu. Wat malu je. Ishk.. ishk..


Total payment upon registration rm800+. Bayarn bulana rm250. Again, saya tak boleh nak komen mahal or murah sebab saya tak pernah survey bayaran kat tempat lain. Tapi buat masa ni, bayaran tu affordable. So, saya proceed.

Saya terus setuju nak anta Irfan kat sini sebab tak banyak choice lain pun. Saya tak sempat pun nak survey taska banyak2. Tapi antara yang saya berkenan dan pernah survey dalam internet ialah:

1. Brainy Bunch

http://www.brainybunch.com/

2. Genius Aulad

http://www.geniusaulad.com.my/

3. Little Caliphs


Ketiga2 taska ni saya minat sebab guna pendekatan Islamic + English. Lagipun program yang digunakan selaras dan dah establish. Rasanya la. Taska lain yang biasa2 saya tak sure silibus apa dorang guna sebab tak survey pun. Huhu. Saya pilih LittleCaliphs sebab tu antara yang saya memang pernah pikir nak anta Irfan dan ini je yang ada dekat Sg Buloh ni antara ketiga2 yang mama pernah buat internet survey. Tu pun baru nak bukak. Tapi baru2 ni ada nampak banner BrainyBunch pun nk bukak kat kawasan TSB tu. Lambat sket je. Kalau tak boleh survey dua tempat sekurang2nya lepas tu buat perbandingan. Takpe la. Dah lepas. 

OK. Tak sabar nak pakaikan Irfan uniform sekolah dan hantar Irfan pada hari pertama Irfan ke sekolah. Tapi masa tu saya macam dalam pantang je. Huhu.

Monday, November 18, 2013

Jalan2 Ke Aquaria

 Dah lama kami tak berjalan2. Dengan perut mama yang makin besar & abah yang sentiasa sibuk. Baru2 aritu abah outstation ke Kuching seminggu. Rindu betul Irfan pada abah. Mula2 weekend tu takde plak plan nak ke mana2. Takut abah penat. Tapi sebab abah pun nak spend quality time dengan family kot. Abah ajak jalan2 naik Thomas&Friends. Alang2 naik Thomas&Friends, mama pun ajak abah ke Aquaria KLCC. Kebetulan mama jumpa voucher Aquaria dari Living Social. Murah la sket banding beli kat kaunter. Diskaun rm10 for adult & rm6 for child.

Mula2 kami naik tren dari KTM Sg Buloh. Ramai betul manusia. Kebetulan hari tu cuti Deepavali. Dah jangka ramai warga asing akan membanjiri KL. Tapi lega jugak tengok kat KTM tu bukan lah kami je warganegara Malaysia. Ramai lagi orang lain. Ternyata masih ramai yang nak gunakan kemudahan awam ni. Tapi sebab terlalu ramai orang, kesian Irfan tak selesa walaupun ada saja orang yang bagi kami duduk bila tengok mama mengandung dan abah plak dukung budak kecik yangagak2 dah nak besar ni. Terima kasih semua :)


 Muka sombong giler bila buat PEACE!

Dari KTM Sg Buloh kami ke KL Sentral untuk naik Putra LRT ke KLCC. Ni memang selesa banyak empty sit. Tapi dalam banyak2 sit yang kosong tu, Irfan pilih nak duduk sit paling special. Kat depan tu ha.... Puas hati dia dapat tengok pemandangan semua dan dapat feel ala2 bawak Thomas&Friend gitu.


Dah sampai pun Aquaria...


Piranha. Ikan yang gigit2 manusia tu. Buruk rupanya dia. Hehe.

 

Starfish. Kecik je yang ada kat sini.


Butterfly. Ni semua awet punya. Irfan siap tanya lagi kenapa orang matikan rama2 tu.


Gecko. Mama tak boleh tahan tengok species reptilia ni. Ular pun banyak tapi tak sanggup nak tangkap gamba. Mama memang geli pada reptilia. Maaf.


Arapaima. Ni mama memang kenal.


Lionfish. Antara ikan yang mama minat. Agak2 satu hari nanti kita boleh bela ikan ni dalam akuarium rumah kita tak abah??


Ni apa nama dia, mama dah lupa. Walau rupamu buruk tetapi tetap unik dan menarik perhatianku.


Jellyfish. Irfan suka tengtok obor2 ni. Kat aquaria ni ada 2 species.



Seahorse.


Sebenarnya banyak lagi ikan2 kat Aquaria ni especially masa dalam terowong. Dapat tengok turtle, shark, whiptail stigray (ikan pari) dan lain. Tapi ikan tanya mana ikan kembung dengan ikan kerisi. Sebab kat rumah tu la 2 jenis ikan yang dia selalu makan. Yang tu takde sayang. Kena cari kat laut dalam.

Last pic on the way dari Suria KLCC ke Aquaria. Cantik pemandangan. Jom kita capture!


Tak sabak nak jalan2 family lagi macam ni...


Thursday, November 14, 2013

The True Happiness


Salam pagi Jumaat semua...
Sedikit tazkirah di pagi Jumaat, penghulu sekalian hari ini.

 

Jadi, ucapkanlah ALHAMDULILLAH.

1) ALHAMDULILLAH saya masih bernyawa pada pagi ni.
2) ALHAMDULILLAH saya masih bertenaga meneruskan kerja.
3) ALHAMDULILLAH kandungan saya sihat dan sudah aktif pagi2 ni.
4) ALHAMDULILLAH saya dikurniakan keluarga yang bahagia.
5) ALHAMDULILLAH saya dikurniakan suami yang penyayang.
6) ALHAMDULILLAH saya dikurniakana anak yang sihat, aktif dan bijak.
7) ALHAMDULILLAH saya dikurniakan pekerjaan yang mulia.
8) ALHAMDULILLAH saya & keluarga masih lagi seorang Muslim.
9) ALHAMDULILLAH saya dikurniakan rakan2 kerja yang memahami san sedia membantu.
10) ALHAMDULILLAH diatas segala rezeki dan limpah dari ALLAH.

Monday, November 11, 2013

25 Rasul Pembawa Rahmat


Dah lama nak belikan buku untuk Irfan. Irfan plak selalu tengok TV al-Hijrah dengan nenek. Jadi memang Irfan dah expose dengan cerita Nabi2 ni. Irfan tau cerita Nabi Nuh dengan kapal, Nabi Yunus dengan ikan paus, dan lain2. Kadang2 Irfan tanya mama, mama sendiri yang lupa. Buat malu je. Jadi mama cari buku cerita Nabi2 untuk Irfan dan untuk mama ingatkan balik diri mama ni. Dalam banyak2 buku, mama dengan abah berkenan dengan buku ni sebab colourful, tebal, dan banyak gamba. Memang menarik perhatian kanak2 dan mama kanak2 juga. Kanak2 bukan suka buku yang tulisan banyak2 ni. Mama yang jadi tukang cerita pun boring je nanti..

Memang colourful dan tebal kan? Dan harga memang berbaloi dengan kualiti buku. rm29.90 je. Ada buku lain mama jumpa jauh lebih nipis tapi harga rm30+. Sebab tu terus grab yang ni.

Penceritaannya pun sangat simple. Tak banyak tulisan tapi lebih kepada gamba. Alhamdulillah Irfan memang sukakan buku ni. Selalu bawa kat mama dengan abah suruh bacakan untuk dia. Kalau tak baca pun dia tunjuk gamba2 dalam buku tu dan tanya macam2. Harap2 Irfan terus sukakan buku ni sampai la satu hari nanti Irfan dah pandai baca sendiri. AMIN :)

Sunday, November 10, 2013

It Is My 3rd Trimester



Means my pregnancy dah masuk 8 bulan lebih, 35 weeks to be exact. Things I realize...

1. Baby bump semakin ketara. Dulu ramai tegur, "Eh tak nampak pun perut...". Baru2 ni sorang staff nurse tegur, "Doc ni nampak dah sama dgn patient". Well.. Betul la tu coz tak lama lagi saya pun akan jadi patient di tempat kerja sendiri. Irfan plak ckp, "Perut mama dah gemuk la". Syg, dalam perut mama ni adik tau. Bukan mama gemuk ;) Dan sekarang tiap2 kali jumpa patient kat klinik, patient akan tegur, "Doc pun pregnant jugak?". Tak dapat disembunyikan lagi.

2. Badan makin berisi. I gained 12kg so far. Byk baju kurung dah kena lipat simpan dalam cupboard. Tapi masih byk jugak yang boleh pakai lg (nak jugak bgtau kan).Cewah.. Tak lama lagi kena start pakai blouse yang longgar2.

3. Semakin susah nak tukar position dari baring/duduk dan kembali berdiri. Especially time solat. Sampai dah kena solat duduk. Malu plak pada Yang Maha Esa. Kalau dulu sampai bersalin boleh solat berdiri.

4. Perut sentiasa lapar dan semakin lapar. Tapi masalahnya dah tak boleh nak makan banyak sekali hadap. Maklumlah... Space makin terhad akibat ruang untuk perut mengembang telah diambil alih oleh rahim yang mengandungi baby yang semakin sihat membesar.

5. Baby yang semakin membesar pun semakin aktif dlm perut mama. Kadang2 sampai sakit dibuatnya. Kuat betul menendang semua. Sihat anak mama. Kalau bergerak kadang2 tertekan urat saraf sampai sakit kejang kaki dibuatnya. Perut pun makin ketat. Ai... ada lagi ke space baby nak membesar dalam perut ni..

6. Tak dapat berjalan laju macam dulu. Dulu selalu cakap yang saya ni tak pandai jalan slow. So sekarang ni la nak practice jalan slow macam perempuan Melayu terakhir. Semoga berkekalan dan jadi mama yang ayu lepas ni. Hihi.

7. Toilet menjdai tempat kunjungan utama. Dah tak terkira dah... Malam je dah lebih 5x kena gie toilet. Maybe sebab before tido memang saya amek segelas susu+oat. Time biasa tak boleh cakap lah. Mau 20-30 pergi toilet sehari. Malas nak kira. Dah lost count pun. Tapi paling tak best kalau gie jalan2. Terpaksa tahan dari tak minum banyak2. Nanti susah nak carik toilet. Dan susah nak cari toilet yang bersih.... Kalau kat rumah lain la. Pergi toilet banyak kali pun takpe. Masa ni la jugak nak pastikan toilet sentiasa bersih dan kemas. Sebersih dan semekas bilik tidur...

During my 1st pregnancy, I remembered that I experienced all these only at term, 37 weeks onwards. But for this current pregnancy, nak masuk 32 weeks dah rasa macam2. Walaupun tak nak mengaku tapi terpaksa terima. It is an ageing process. Ni yang kena tambah baby awal2. Nanti umur makin meningkat nak pregnant lagi la payah...

Dalam segala kepayahan ni, saya selalu ingat ada orang bgtau, semua sakit yang seorang wanita hamil lalui adalah pahala bagi mereka. Lebih2 lagi 2 rakaat solat wanita yang hamil tu lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.  Untungnya saya... Senang dapat pahala. Terima kasih ALLAH.


Among the latest pics of mine. Dedicated for those yang before this asek tanya, "mana perut? mana perut?". Tu dia perut sudah nampak :)

Thursday, November 7, 2013

Greatest Blessings


Ofcos.... Saya sangat bersyukur dapat suami sepertinya. Dikala saya tak balik rumah sebab oncall, dia sendiri jaga, tidokan Irfan & bangun buat susu untuk Irfan. Dikala saya penat balik kerja atau buat kerja rumah, dia akan sentiasa layan Irfan. Tak salahlah kalau Irfan lebih rapat dengannya. Dikala saya malas masak, kadangkala dia sendiri ke dapur cipta resepi sendiri untuk kami berdua makan. Dikala saya kepenatan, dia sendiri akan tolong saya basuh baju. Dikala saya mengadu dimarahi emak sebab tak kemas bilik, dia sendiri akan tolong kemaskan. 

Banyak sangat kebaikannya yang tak dapat saya kongsikan lagi di sini. Apa2 pun, saya berdua semoga hubungan kami berdua berkekalan ke akhir hayat. AMIN.

Anda bagaimana? Jangan lupa sentiasa imbau kembali segala kebaikan suami, terutama ketika hendak marah. Bila ingat balik segala benda baik yang dibuat untuk kita, mesti marah tu sedikit akan reda :)

Wednesday, November 6, 2013

Love You Mr. Arrogant


Seriously citer ni sangat berhantu. Bukan saya sorang je yang layan. Suami & mak pun sama. Hehe.
Tak payah kot nak bagi sinopsis dia coz saya expected dah ramai tulis about this drama.

Things that attracted me to watch it day after day, week after week is... citer ni lawak (bagi saya la). Sebab heroin dia bawak watak lawak, cam budak2 tak matang gitu. Hero plak sombong but in the same time sebenarnya romantik tapi tak mau mengaku. Memang kelakar......... Dulu masa tengok iklan citer ni mula2, "eh, siapa heroin ni? tak kenal pun." Sekarang ternyata dah melekat je kat TV3 tiap2 Isnin-Khamis tiap2 pukul 7 sampai 8.

Bak kata seorang member, "bila citer ni nak habis?". Tak sabar nak tau ending dia. Saya kata, beli jela novel tu. Terus tau ending. Takde nak tertunggu2 lagi.

Sekali saya yang beli........... hahhahahahhahaha


Beli dari website karyaseni. Dapat diskaun rm3, tiada kos penghantaran. Saya beli dengan harga rm15 jela instead of rm18 yang kena keluar ke kedai buku (mainly yang besar2 sebab kat kedai2 kecik buku ni semua dah out of stock) dan beratur panjang nak bayar harga sebuah buku. Tapi buku masih teguh dalam plastik  ni.... Kuat betul iman. Masih menahan nafsu dari baca novel dulu sebelum drama tamat. Nasib bek arini episode last. Hehe.  Jangan lupa kita layan sama2 citer ni nanti T_T

Monday, November 4, 2013

Cuti2 Di A' Famosa Resort

Dear diary... it's family time. Soooo excited!

Plan asal nak g waterpark somewhere nearear. Ingatkan nak ke Gold Coast Morib or Hotsprings Sungkai. Tapi sebab plan di last2 minit. Kebetulan that weekend ramai orang amek cuti bersambung dari Raya Haji. So, both of that places dah fully booked.

Akhirnya kami ke sini, A' Famosa Theme Park.

Mama beli tiket pakej Animal World Safari + Water World (lunch provided). Mula2 kena masuk safari dulu. Actually ada truk berpagar yang boleh tgk animals dari jarang dekat. Tapi sorry. Pregnant women are not allowed. Mula2 mama suruh abah cover perut mama yang tak berapa nak nampak ni. Tapi abah kata mesti ada valid reason kenapa tak dibenarkan. So kami just jalan2 tengok binatang jinak la.


Memang jinak. Jalan2 datang sondol orang. Irfan pun tak takut.


Mula2 ingat ni patung batu ke apa. Real okay. Cuma semua tengah tido dalam position macam ni. Unik kan!



Mama takut nak dekat2 dengan ostrich ni. Leher panjang melepasi pagar.


Ni Irfan panggil, unta ALLAH.


Part yang Irfan paling suka. Menunggang pony. Senyum sampai ke telinga setiap masa.


Siap melambai2 lagi tu. Tak tahan...

Ni aktivit kemuncak. Mandi-manda di Water World. Memang dari kecik Irfan suka main air. So sempena hari istimewa Irfan ni mama dengan abah bawa la Irfan gie main air kat sini. Irfan dengan abah je mandi. Mama jadi photographer jer..

 Meluncur... Seronok main playground ada pancutan air.

 Ni last pic. Dah kecut2 jari Irfan. Kalau tak kena pujuk balik memang tak sah punya..



Orang dah puas bermandi-manda dah kepenatan. Yang sorang tu plak dah lapar. Satu hari tak ingat nak minum susu. Tau2 dia mintak aiskrim je.


Abah teringin nak naik tapi mahal sangat. Next time. Lagipuan kalau abah naik sorang2 nanti Irfan jeles... Tunggu la Irfan besar sikit ye.


It is time to go back... PEACE :) Perut mama dah nampak kan? Dah 8 bulan pun.


Bye2 A' Famosa Theme Park. We had fun here. Walaupun hotel agak sedikit tak best. This resort sebenarnya sangat besar. Nak sampai ke Safari & Water World punya la jauh dari main gate. Tapi Cowboy Town yang dekat je dengan pintu masuk nampak sangat happenings. Tapi that night hujan. So we just stayed in the hotel.Hope to come back here again T_T