Saturday, March 8, 2014

Pray For MH370


Photo: Pray for Mh370

Kehilangan pesawat MH370 pada 08/03/2014 menggemparkan dunia.
Saat ini dah lebih 24 jam pesawat MAS MH370 hilang tanpa sebarang berita, tanpa sebarang petanda :(
(Terus lenyap gosip Hanez Suraya yang sebelum ni memenuhi FB)
Pesawat yang baru 2 jam berlepas dari KLIA tidak dapat dihubungi secara tiba2.
Pesawat tersebut dijadualkan tiba di Beijing pada jan 0630 H.

Pelbagai spekulasi timbul -

1. Terhempas.

Kesan tumpahan minyak sepanjang 15km dijumpai selari dengan pergerakan perjalan MH370. Namun tiada sebarang serpihan atau bangkai pesawat dijumpai di kawasan berkenaan. 

Kata mereka, tiada sebab untuk pesawat ini terhempas - Dipandu oleh seorang juruterbang yang sangat berpengalaman. Pesawat yang diiktiraf antara pesawat yang tercanggih & terselamat. Tiada sebarang isyarat kecemasan dibuat kepada pusat kawalan. Cuaca baik.  

Namun, jika ALLAH telah menjanjikannya, maka, itulah yang akan terjadi - Kun Faya Kun.

2. Serangan pengganas.

Setelah senarai penuh MH370 dikeluarkan, terdapat 2 daripada penumpang didapati menggunakan passport palsu. Manakala lagi 2 orang yang disenaraikan, identiti mereka masih dalam siasatan. Lagipun agak menghairankan bagaimana pesawat ini tidak dapat dikesan daripada menara kawalan secara tiba2.

Apa2 pun, hanya ALLAH dan mereka yang berada di dalam pesawat tersebut yang tahu apa yang terjadi.
Apa yang kita dapat lakukan di sini adalah terus berdoa...
Berilah petunjukmu Ya ALLAH...



Semoga semua ahli keluarga penumpang & krew pesawat ini sentiasa tabah.



Be strong girl! BE STRONG!!! The WORLD is behind you :(

No comments:

Post a Comment