Monday, December 8, 2014

How To Design My Dreamt House

Selepas dapat kunci, the next move is how to design my dreamt house. TV kat mane? Sofa kat mane? Meja makan kat mane etc. Kalau ikut setting rumah asal, masuk2 pintu akan nampak living hall + dining hall. Macam kat bawah ni.



Lepas tu baru ada divider panel untuk pisahkan kedua2 hall dengan dry & wet kitchen. Divider panel itu idea yang akan digunakan sebab tak nak orang masuk rumah terus nampak dapur. Almaklumlah kat dapur kan nk buat kerja2 renyah jadi kalau lah tak sempat kemas daput at least dapat la sorok sikit daripada pandangan mata tetamu. Tapi yang tak berapa berkenan sebab living hall tu macam sekali dengan dining hall dan dah takde ruang lain untuk budak2 main. 

Finally, setelah beberapa fasa berdiskusi dengan suami, kami pun decide untuk design rumah macam kat bawah ni. Ni gambar lukisan arkitek tak bertauliah ye =p


Living hall asal kami kekalkan. Dining hall kami satukan dengan living hall yang asal. Tujuannya sebab nak living hall yang luas. Boleh la tahan walaupun tak seluas rumah kuarters lama. Dry kitchen asal kami jadikan dining hall. Setakat nak makan je tak perlu la luas2. 

Wet kitchen asal, kami robohkan dinding+grill belakang dan extend terus habis ke belakang yang setakat 2-3 kaki tu je dan naikkan dinding. Maid's room yang ala2 macam stor kecik tu pun kami robohkan dan ruang tu kami satukan dengan dapur. Biar dapur besar. Selasa nak memasak. Macam la rajin sangat kan. Divider panel yang saya minat sangat2 kat rumah show unit tu, tak jadi nak tiru sebab kami tak nak ruang makan nanti tertutup macam dalam satu bilik. So kami gantikan dengan kayu partition. Antara dining area dengan dapur kami nak letak glass partition dan tinggalkan ruang hanya sebesar pintu untuk ke dapur. Plan asal nak buat sliding door tak jadi sebab takut nanti budak2 main plak.

Pintu dapur yang asalnya di tengah kami tolak ke hujung sebab saya nak table top dalam bentuk L. Sebelah pintu kami letak sink dan tingkap 2 panel. Setentang dengan pintu kami letak washing machine. Fridge kami letak di hujung table tob bersebelahan dengan glass partition. Di jalan nak masuk ke dapur saya nak satu kaunter bar untuk duduk makan2 ringan di dapur. Saya teringin sangat nak kaunter bar di rumah sendiri :)

That's it. Semoga berjaya dengan proses renovation nanti :)

No comments:

Post a Comment