Wednesday, January 29, 2014

Ini Adalah SCAM!


Ni macam taktik scam terbaru. I'm not so sure actually. Dan saya bukanlah pernah jadi mangsa scam pun. Tapi sebab 1st time saya jumpa taktik macam ni, kira 'baru' la bagi saya. The story line lain sikit but the klimaks is almost the same. It happened to someone who is close to me.

Mangsa kenal pemangsa dari facebook. (Dah macam belajar biologi plak guna word mangsa dengan pemangsa. Ceh...). Saya tak sure berapa lama they knew each other tapi kira agak rapat la. Pemangsa konon2 nya seorang doktor beragama Islam, berbangsa Alabama dan mempunyai bisnes sendiri.

Tibe2... Jeng jeng jeng...
Jerangkap samar mula di pasang.

Pemangsa berada di atas kapal mewah sedang dalam perjalanan ke England tetapi stranded di kepulauan Ireland. Pemangsa mendengar berita kapal tersebut akan di hijack oleh sekumpulan rebel (penggunaan English yang tak tepat di situ). Jadi pemangsa meminta mangsa, iaitu orang yang dipercayainya untuk menyimpan barang2 berharga miliknya iaitu cek, dokumen penting dan cash money USD 250,000. 



Barang2 tersebut akan dihantar melalui 'sea rescue team' ke negara mangsa dan akan sampai dalam masa 24 jam. Apabila barang tersebut sampai, pemangsa meminta mangsa menyimpan barang itu sehingga pemangsa sendiri tiba di negara ini dan mengambil barang tersebut daripada mangsa. Pemangsa tidak percaya pada orang lain termasuk pihak polis. Pemangsa juga ada menyuruh mangsa menelefon ibunya untuk memaklumkan keadaannya di tengah laut. Tetapi pemangsa bgtau ibunya sangat tua dan tinggal bersama maid. Pemangsa meminta mangsa bercakap dengan maid ibunya. Mangsa yang pada mulanya mempercayai taktik pemangsa telah memberikan alamat untuk penghantaran barang tersebut. Tidak sampai 24 jam, mangsa menerima satu panggilan telefon (dari no HP) oleh seorang yang mengaku sebagai kastam bernama 'Mariam' memaklumkan ada barang dialamatkan kepada mangsa tetapi mangsa perlu membayar 4 ribu sebagai cukai yang dikenakan ke atas barang tersebut sebelum mengambilnya.

Klimaks dia memang sama kan??

Apa yang meragukan di sini ya.... Persoalan demi persoalan..

1. Apa pemangsa buat naik kapal? Biasa orang sekarang naik kapal terbang je. Cepat sampai kalau nak ke mana2 pun. Kalau kita dengar cerita orang naik kapal mewah ni kalau bercuti ke. Tapi takde plak pemangsa bgtau dia sedang bercuti.

2. Kalau betul kapal yang dinaikinya akan dihijack oleh rebel (pelik plak guna word tak betul ni), kenapa tak dengar apa2 pun kat berita? Ni kes besar OK.

3. Kalau betul kapal nak kena hijack, kenapa sibuk nak selamatkan dokumen duit cek bagai? Kan lebih penting selamatkan nyawa masing2 daripada itu semua?

4. Kenapa pemangsa boleh mempercayai mangsa yang hanya dikenalinya di facebook untuk menerima barang2 'berharga' tersebut? Takkan pemangsa takde ahli keluarga atau sahabat handai yang lain? Atau bodyguard ke.. Almaklumlah orang yang ada cash money banyak2 ni mesti bukan calang2 orang kan?

5. Kalau betul ada 'sea rescue team' yang bunyinya macam hebat sangat, takkan senang2 nak hantar barang direct kepada perseorangan? Atau bukan ke lebih selamat hantar pada ambassy?

6. Hebatnya 'sea rescue team' dapat hantar barang kurang dari 24 jam dari kepulauan Ireland ke Malaysia. Ni guna jet kuasa apa la ntah nya kan..

7. Kenapa nak suruh simpan barang berharga kat rumah? Bukan ke ini boleh bahayakan nyawa mangsa? Dah la mangsa pun bukan sape2 pada pemangsa kan? Berani sangat la pemangsa nak percaya sangat pada mangsa 110%.

8. Pemangsa nak minta simpati lagi minta tolong mangsa call ibunya. Boleh plak ibunya sangat tua dan perlu cakap dengan maid. Tak dapat cari orang tua untuk berlakon sebagai ibu la tu. Pui.. Memang boleh jadi jugak ibunya sangat tua. Tapi sebab dah banyak sangat benda yang meragukan, semua benda kita akan teliti setelitinya. Lagipun pemangsa bagi no phone luar negara tapi bila cek, tu bukan kod telefon untuk Alabama walaupun pemangsa bgtau dia adalah orang Alabama.

9. Mangsa dapat call dari 'kastam'. Bila sampai part ni mangsa memang hampir2 percaya yang barang tu wujud. Tapi panggilan tu dibuat dari no HP dan after office hours. Baiknya kastam buat amal jariah call customer guna HP sendiri. Atau takkan kastam takde telefon ofis kot? Dan rajinnya kastam buat overtime. Dan sangat efficient kastam sampai barang terus call customer. Setahu saya kalau betul ada barang sangkut di kastam, kastam akan keluarkan surat 'tahanan' dahulu.

10. Pemangsa bgtau barang itu mengandungi cash money, cek dan dokumen penting. Barang2 ni bukannya barang yang bercukai. Jadi kenapa pulak boleh sangkut di kastam dan perlu bayar cukai. Lagi satu, mana boleh bawa masuk cash money sebegitu banyak?

11. Kalau betul barang perlu bayar cukai, tak pernah ada dalam law kastam beri acc no untuk transfer duit. Barang2 yang sangkut di kastam perlu bayar kepada kastam dengan cek (kalau tak silap) atas nama pengarah kastam sendiri. Bukan mana2 staff seperti 'Mariam' boleh terima duit tu.

12. Ni personal view dari saya. Kau kata kau doktor. Siap ada bisnes berbillion2. Tapi English pun tak betul. APA HAL kan? Yela sebab selalunya dalang sindiket penipuan macam ni ialah warga asing yang Englishnya tidak begitu membersngsangkan.

Too many why why why... Tapi kenapa ramai orang masih terpedaya walaupun dah banyak jadi kes macam ni? I believed it is because sebelum pemangsa menjalankan taktik untuk memerangkap mangsa, pemangsa dah pastikan mangsa betul2 mempercayainya dan mereka berkawan dengan ikhlas. Sampai kadang2 dah ada elemen 'bermain dengan perasaan' mangsa di situ. Sebab itu la.

So kalau jadi, apa perlu buat?

1. Buat dono saje. Hehe. Believe me. This is SCAM. Tak payah nak buang masa. Barang tu memang tak wujud. Mereka boleh upah sesiapa sahaja untuk mengaku sebagai kastam.

2. Buat laporan pada polis. Ni kalau anda rajin. So, polis boleh siasat kes ini dan kalau dapat berkas sindiket ni lagi bagus. Anda pun dapat pahala menyelamatkan orang lain daripada terpedaya.

3. Kalau nak puaskan hati sendiri jugak dan anda rajin sangat, sila pergi ke kastam sendiri untuk berjumpa sendiri pegawai kastam yang call anda dan periksa betul ke barang tersebut ada di sana. INGAT! Kalau anda nak berjumpa pegawai kastam tersebut, aturkan perjumpaan di pejabat kastam sendiri. Tengok dia berani mai ke tidak haa...

4. Kalau terima call memaklumkan ada barang ditahan di kastam, minta no. surat rujukan tahanan dan staff ID pegawai kastam yang call anda. Lepas tu cek la sendiri dengan kastam ye samada maklumat ni benar atau tidak.

Sekian saja sharing2 kita. Pesanan saya, AWAS!! Jangan biarkan diri anda DITIPU!

No comments:

Post a Comment