Showing posts with label rumahku syurgaku. Show all posts
Showing posts with label rumahku syurgaku. Show all posts

Monday, October 12, 2015

Home Deco : Tepi Tangga


Ruang tepi tangga ni penting untuk dipenuhkan. Sebab bila kosong, ia nampak kosong. Tak berseri. Lagi satu masalah, nanti tepi tangga jadi tempat permainan anak2 tersayang. 

Saksikan kebenarannya.


Dan pernah sekali aku tengah leka tengok TV, si kecik tu panjat sampai atas ikut bahagian tepi tangga tu je. Dasar budak tak tahu erti BAHAYA. Tak guna mamanya pasang pagar. 


Ni pernah jadi salah satu idea yang aku pernah cuba. Aku gabungkan 3 rak ikea kat situ. (Abaikan laundry basket dan storage basket on both side of the cabinet). Aku selang seli rak putih dengan hitam (konon kretip la sangat). Hasilnya, semak?? Yes, you are right. Atas tu pulak aku penuhkan dengan barang2 yang dah lama bersemadi dalam kotak. Ingatkan jadi cantek. Sekali, makin sakit mata dibuatnya. Hati pun sakit jugak. Sebab duit dah habis beli rak. Bila ada idea kau beli apa barang kau nak. Sekali test idea kau tak hebat rupanya. Malah HUDUH (malu nak mengaku).

Sampai satu hari ternampak gambar ni dari insta ikeausa. SMART & RINGKAS. I LIKE. Yang tak like nya, sebab, tak kan nak beli rak tu pulak. Rak lama kau nak buang mana? Nanti kalau tak sesuai pulak, mana pulak nak letak rak yang baru? Pikir punya pikir, bila compare saiz rak dalam gambar ni dengan rak sedia ada, tak jauh beza. Malah kecik sikit. Dulu aku ingatkan sebab rak yang aku letak tu besar lah, jadi semak. Tapi sebenarnya aku yang tak pandai susun. Haha.


Setelah buat beberapa adjustment, tada.... 


Sama tak? OK. Tau. Memang tak sama langsung. Tapi aku puas hati. Sebab, 1- Tak payah beli rak baru. 2- Nampak kemas sebab aku dah minimize kan barang. Kalau dulu semua aku nak letak. 3- Aku berjaya letak beberapa barang yang berwarna ceria nak bagi kontra dengan rak yang putih. 

Tapi ni belum finalize. Ada beberapa bende yang aku nak adjust. 1- Insert ikea merah tu nak tukar dengan hitam untuk seraga,. Ni aku guna mana yang ada dulu. 2. Frame nak cari yang baru ala2 dalam gamba insta ikeausa tuu.... Tapi buat masa ni cukup la apa yang ada. Bajet pun kena pikir jugak.

Ok. Nanti kita tunjuk projek deko bahagian lain plak. Ada orang tanya tak, mana lagi 1 rak ikea hitam tu? Nanti aku story mana aku letak. K. Babai.


Monday, September 14, 2015

Pagar Baru


Dulu before kami pindah, one of the long term plan is to pecahkan tembok rumah dan besarkan bukaan pagar. Supaya senang nak masuk-keluar 2 biji kereta. Almaklum, kami ni pakai kereta ala bapak2 yang besar gedabak. HUHU. Nak pecah terus, fulus tak cukup. Kuikuikui.

Tapi disebabkan beberapa problem, long term plan itu telah di'short' term plan kan :)

Mula2 kami parking dua2 kereta kat dalam. Tapi bila nak guna 2nd car, kena keluarkan main car dulu. Apehal kan? Buat leceh je. Tapi kalau 2nd car tak guna pun tak boleh jugak. Jadi husband parking 2nd car kat tepi lorong. Tiba2 pulak kereta tu kena calar. Walaupun kereta lama, tapi still kena jaga beb. Sebab ada sentimental value. Kereta zaman dating dolu2 =) Jadi terpaksalah masukkan balik dua2 kereta kat dalam. Tapi sebab 2nd car memang jarang guna, selalu la bateri kong. Itu la problem yang menyebabkan  long term plan telah di'short' term plan kan.

Kami guna khidmat kontraktor lama yang renovate rumah ni jugak. Sebab dah percaya dahn tau hasil kerja mereka.

So, this is it.

Works in progress.


Pagar dan tembok baru kami.


Basically, tembok ni sama je design dengan yang lama. Kami tak minat fancy2 berbagai. Cukup sekadar yang simple2 sahaja. Saiz kelebaran sama je dengan tembok yang asal cuma kedalaman kami kurangkan. Kami bukan banyak sampah pun nak isi. Lagipun lori sampah datang setiap selang sehari untuk kutip sampah.

Kerja2 renovate pagar dan tembok ni amek masa seminggu je dan hasil cukup memuaskan. Thumbs up!


Monday, December 8, 2014

How To Design My Dreamt House

Selepas dapat kunci, the next move is how to design my dreamt house. TV kat mane? Sofa kat mane? Meja makan kat mane etc. Kalau ikut setting rumah asal, masuk2 pintu akan nampak living hall + dining hall. Macam kat bawah ni.



Lepas tu baru ada divider panel untuk pisahkan kedua2 hall dengan dry & wet kitchen. Divider panel itu idea yang akan digunakan sebab tak nak orang masuk rumah terus nampak dapur. Almaklumlah kat dapur kan nk buat kerja2 renyah jadi kalau lah tak sempat kemas daput at least dapat la sorok sikit daripada pandangan mata tetamu. Tapi yang tak berapa berkenan sebab living hall tu macam sekali dengan dining hall dan dah takde ruang lain untuk budak2 main. 

Finally, setelah beberapa fasa berdiskusi dengan suami, kami pun decide untuk design rumah macam kat bawah ni. Ni gambar lukisan arkitek tak bertauliah ye =p


Living hall asal kami kekalkan. Dining hall kami satukan dengan living hall yang asal. Tujuannya sebab nak living hall yang luas. Boleh la tahan walaupun tak seluas rumah kuarters lama. Dry kitchen asal kami jadikan dining hall. Setakat nak makan je tak perlu la luas2. 

Wet kitchen asal, kami robohkan dinding+grill belakang dan extend terus habis ke belakang yang setakat 2-3 kaki tu je dan naikkan dinding. Maid's room yang ala2 macam stor kecik tu pun kami robohkan dan ruang tu kami satukan dengan dapur. Biar dapur besar. Selasa nak memasak. Macam la rajin sangat kan. Divider panel yang saya minat sangat2 kat rumah show unit tu, tak jadi nak tiru sebab kami tak nak ruang makan nanti tertutup macam dalam satu bilik. So kami gantikan dengan kayu partition. Antara dining area dengan dapur kami nak letak glass partition dan tinggalkan ruang hanya sebesar pintu untuk ke dapur. Plan asal nak buat sliding door tak jadi sebab takut nanti budak2 main plak.

Pintu dapur yang asalnya di tengah kami tolak ke hujung sebab saya nak table top dalam bentuk L. Sebelah pintu kami letak sink dan tingkap 2 panel. Setentang dengan pintu kami letak washing machine. Fridge kami letak di hujung table tob bersebelahan dengan glass partition. Di jalan nak masuk ke dapur saya nak satu kaunter bar untuk duduk makan2 ringan di dapur. Saya teringin sangat nak kaunter bar di rumah sendiri :)

That's it. Semoga berjaya dengan proses renovation nanti :)

Tuesday, November 25, 2014

Dapat Kunci Rumah


Akhirnya after puas menunggu, in Dec 2013 kami pun dapat kunci kediaman kami. Masa tu memang excited. Tapi tak berapa nak excited sebab tengah pantang. Sabo jela kan... Jadi suami yang pergi tengok rumah dulu. Tak adil betul.

So, this is it....

- Bahagian luar rumah - 




- The hall (living + dining) -

Dari sini nampak pintu stor bawah tangga on left side. On the right side is dry kitchen yang asal dengan sinki kat situ. Pintu tu untuk keluar ke wet kitchen. Kiri kanan pintu half dinding batu dengan tingkap kat atas untuk divide dry kitchen dengan wet kitchen. Sebelah sinki tu ada toilet dan sebelah toilet tu ada bilik.


- Wet kitchen (belum siap) -


- Wet kitchen (dah siap) -

Kat wet kitchen ni ada bilik kecil yang asalnya dilabel as maid's room. Tapi macam nak masuk katil pun tak muat. Ni nak mendera maid ke ape. Saya rasa sesuai buat stor dapur je kot. 

Yang paling tak berkenan is the gril ni. Dinding belakang wet kitchen ni divided to 2. Half semua gril and another half is separuh batu dan atas gril. Why I did not like it? 1. Kena pakai tudung full attire kalau nak masak kat luar ni. Bukan la bermaksud kita masak tak pakai baju kan... Tapi kesimpulannya is TAK BEST. 2. Nanti masuk sekali tikus atau binatang2 yang tak berkenaan ke kawasan ni. Kau bukak kabinet cari periuk sekali jumpa bende lain. Oh my.... So, cannot OK. We need to do something about this.


Belakang rumah ada tanah dalam 2-3 feet macam tu dan kawasan rumah ditutup dengan pagar dawai.



- Tangga -


Rumah ni tak ada hall. Sila REDHA. Ni gamba dari dalam master bedroom. Depan tu another room. On the right side pun another room. On the left side tu tangga.


- Toilet master bedroom -


- Toilet 2nd & 3rd bedrooms -


OK. Start la kerja untuk merenovate rumah after ni.

Tuesday, November 18, 2014

Construction In Progress

Bila dah beli rumah, of course tak sabar2 tunggu rumah siap. Jadi selalu la paksa husband intai2 construction site sebab masa tu I was working in Perak. One more thing, takut sangat kalau2 jadi projek yang terbengkalai. Nauzubillah. Minta dijauhkan.

Alhamdulillah.... nampaknya proses pembinaan berjalan sangat lancar. Good job mahumas.

Rangka perumahan.


Dah simen.


Dah letak warna, gate dan tiles depan rumah.




Sekarang untuk pembinaan jalan. 


Tiang letrik siap tercacak. Jalan pun dah diratakan.


Jalan siap ditar.


Jalan yang sudah ditar & dilukis pembahagi jalan (punya la skema ayat).



Wahhhh...... Tak sabar sangat nak masuk rumah.

Monday, November 3, 2014

Aveda 6 - The Show Unit

One day, we went to the show unit which is located in phase 4, Taman Desa Mas. 
Our house will be at phase 6.

Design - same.
Size - slightly bigger.


Phase 6 will be in grey colour. But this colour also quite nice.


Living hall with built in TV cabinet & side cabinet.



Dining hall. I love the wooden panel so much.



The dry kitchen with kitchen cabinet. And the wet kitchen outside.


Small room beside the dry kitchen.


Master bedroom which is so roomy. Actually can accommodate 2 queen beds.



Room 2.



Room 3.




Both rooms 2&3 are of same size and have their own bathrooms. 
The master bedroom also have its own bathroom as usual.

There was also a very small room (shud I called it a room or a store) beside the wet kitchen and a store beneath the stairs.

So in total this house got :
- 1 living hall
- 1 dining hall
- 1 dry kitchen
- 1 wet kitchen
- 4+1 rooms
- 4 bathrooms

Can wait to decorate my house like this :)

Monday, October 20, 2014

Journey To Own A House

Semua orang nak rumah sendiri. Lagi2 bila bayar sewa rm550/ month dan dapat rumah kecik. Kalau rm550 tu bayar rumah sendiri alangkah baiknya. As a goverment servant, initially I planned to use the government's loan to buy a house. Murah la sikit interest. But, thanks a lot to PT yang sangat rajin, 2 years plus in service pun x sah2 jawatan lagi. So, end of 2012, before transferred to Perak I decided to buy a house. By hook or by crook. 

House hunting pun bermula. Start cari area Sungai Buloh. Sebab dah selesa duduk area ni. Nak balik kampung pun senang dua2 menghala ke utara. Tapi xde pulak projek baru. Ada jumpa semi-d kat Taman Villa Putra. Tapi over bajet. Masa tu dalam rm600k plus. Sekaang dah 1million. Waa...

Next destination kami jalan2 di Damansara Damai. Tapi banyak rumah flat. Dah serik naik tangga dan rumah xde tanah. Boring bangat. Next next.... Rawang. Ternyata rezeki kat situ.

Projek ni fasa 6 oleh Desa Mahumas. Takut jugak beli rumah x siap. Maklumlah banyak jugak dengar cerita projek rumah terbengkalai. Tapi bila tengok dari fasa 1 ke fasa 5 progress OK je, ada sedikit keyakinan di situ. Harga rm298k. 20'x65'. Kira murah la yang kami dapat pada masa tu.
Sebenarnya masa survey tu, selain projek ni, Glomac pun ada projek baru nak launch kat Saujana Rawang. Dekat je dengan Taman Desa Mas. 22'x70'. Lagi besar. Wowww. Finishing memang lagi cantek. Wowww. Tapi ofcos lagi mahal. Rm398k. Memang la mampu. Tapi nanti xde duit pulak nak shopping. Kuang kuang kuang... . Cancel habis. Hihi.

Finally, this is it.... AVEDA 6. Taman Desa Mas, Rawang.