Showing posts with label hotel. Show all posts
Showing posts with label hotel. Show all posts

Friday, November 13, 2015

Hotel Review : Lexis, Port Dickson


Wahhh... Inilah entry yang dinanti2. Sebenarnya aku sendiri excited nak tulis pasal entry ni. Sebab ni antara hotel termahal yang kami sekeluarga pernah pergi >>> LEXIS, PORT DICKSON. Hotel ni antara salah satu hotel yang menawarkan chalet atas air di PD selain Grand Lexis, Lexis Hibiscus dan Avilion. Lexis, Grand Lexis dan Lexis Hibiscus ni semuanya bawah satu syarikat. Bezanya, Lexis tak de private pool macam Grand Lexis dan Lexis Hibiscus. Tapi Lexis still ada jacuzi so boleh berendam cuma tak boleh berenang banding kalau ada private pool sendiri. Lagi satu kalau tak salah, Lexis Hibiscus private pool tu mengadap ke laut tapi Grand Lexis tidak. 

So, lepas penat main dekat PD Ostrich Farm dan posing banyak2 dekat Muzium Tentera, Lukut, semua pun dah kepenatan. Kami terus ke hotel ingatkan check-in pukul 2. Rupanya pukul 4 lor.. Mak aiii... Lama lagi nak tunggu ni. Kami tunggu kat lobi, tapi alhamdulillah dalam masa setengah jam bilik kami pun siap. Dan kami terus dibawa naik buggy ke water chalet. Bilik yang kami pilih, Deluxe Water Chalet.

Ni gambar dari website Lexis. Nanti aku tunjuk gambar yang aku ambil.


Bilik kami no 095. Cuba tengok dalam map tu kedudukan bilik kami. Ha, strategik kan? Dan jauh. Kalau tak naik buggy pergi bilik memang boleh kurus.


Masuk je ke bilik, jumpa bilik air dulu. Dalam kawasan ni ada beberapa bahagian. Korang imagine korang berdiri tegak depan pintu masuk ye. On the right side of the pintu masuk ke chalet is toilet sendirian berhad. Aku suke sebab dia tak sekali dengan tempat mandi so ko boleh privacy sangat sorang2 dalam nih. 


Sebelah toilet tu plak is the jacuzi. Ruang dia tak besar sangat tapi muat la 3 beranak berendam dalam tu T_T. Yang pintu bertutup tu toilet yang dah mention tadi.


Then, yang opposite dengan pintu masuk adalah pintu masuk ke bilik. On the left side of the pintu masuk ke bilik ada cermin. Siap sekali dengan hair dryer yang aku LIKE sangat ;)



On the right side of the pintu masuk ke bilik is the shower area. Kira tempat shower ni opposite dengan jacuzi la. 


Ni ruang antara shower dengan jacuzi. 


And at the center point diletakkan panel glass ni. Aku dok pikir apehal la glass panel dalam bilik air. Ingatkan dalam bilik so boleh anak-beranak sama2 menikmati keindahan laut. Tapi tak jernih pun air masa ni. Bila malam2 tengok bawah laut rasa ngeri plak takut ternampak bende2 yang tak sepatutnya. Kuang kuang kuang.


Masuk ke bilik, this is the bed.


Setelah diduduki.


Ni gambar dari opposite pintu masuk ke bilik tadi. 


On the right side of the bed, ada macam katil bujang ke sofa ke tempat lepak2 tepi tingkap yang mengadap laut. Budak2 2 orang ni memang excited sangat sampai tempat tu memang jadi favourite spot diorang. Tapi bahaya kena dok perhati je takut tiba2 ada orang bukak tingkap tu plak.


Opposite of the bed, TV, meja, cermin. (Abaikan barang2 yang bersepah).


Paling hujung on the right side of the TV is the cupboard. Saya suke. Saya suke. Sebab dalam cupboard ni dah provide iron and iron board sekali. Tak suka tiap2 kali pergi hotel kena mintak iron. Bagus hotel ni memahami semua perempuan yang pentingkan kekemasan =) Sebab almari ni besar, ia pun jadi tempat budak2 bermain jugak.



Ni plak gambar di balkoni. Ada sediakan lazy chair dan meja untuk berehat menikmati angin sepoi2 bahasa dan melihat keindahan laut. 


Sebenarnya masa pergi ni pemandangan tak indah langsung sebab tengah jerebu. Waaaa!!!! Nah ambik kau pemandangan yang 'INDAH' le sangat, Kikikikiki.



Cukup review buat masa ni. Next entry nak tunjuk gambar kami lepak luar chalet plak.

Gambar selingan.


Biasa la budak kecik ni punya perangai. 


Thursday, November 28, 2013

Best Western Prima Inland Sea Resort Review

Last week, TINM ada buat family day. Jadi kami pun tumpang cuti2 Malaysia ke Best Western Prima Inland Sea Resort, Port Dickson. Sebenanrnya PD ni mmg saya tak pernah sampai. Malu je. Bukannya jauh mana pun. Hehe. So, on 23th November 2013, here we were..

Best Western Prima Inland Sea Resort ni dulunya dikenali sebagai Tiara Beach Resort. Tukar nama sebab company lain amek alih kot...

The External View


Nampak cantek kan... 1st impression kena bagus beb!

Jom intai dalam bilik plak. Kami dapat bilik Studio Deluxe (kalau tak silap la), Blok A. Ke Studio Premier?? MAcam Studio Premier. Xsure la... Kalau Studio Deluxe rate dalam rm200+.
Studio Premier plak rm300-400.  

Ada ruang tamu kecil untuk menonton. Almari semua kat sini. Actually tak perlu pun ruang besar2 macam ni sebab bukan nak duduk lama pun. Tapi kalau ada tu kira bonus point la.. Paling kurang boleh letak barang. Tak perlu sesak2 letak barang celah2 katil dan dapat solat di ruang yang selesa.

Kayu jati gitu perabotnya....




Mini dapur (bukan mini bar) :) Bawah almari tu ada fridge kecik jugak.



Lebih selesa dengan 2 katil. Sebab Irfan dah besar. Tido pun lasak. Kalau share bertiga alamat memang kaki Irfan naik atas muka mamanya. Saba jela. Ha, TV tu boleh pusing. Lagi best tengok TV sambil bersantai atas katil dari duduk kat perabot kayu jati tu kan? Tengok Irfan sampai buat gaya apa ntah masa tengok TV.


Toilet cukup2 makan. Bath tub takde ye. Jangan berangan.



Ni plak gamba waterpark kat resort ni. Did I mentioned it before? Macam tak je... Hmmm.... rasanya satu2 tarikan kat sini ialah resort ni ada waterpark. So sangat sesuai dijadikan tempat percutian keluarga. Saya memang prefer bawak Irfan mandi waterpark dari pantai. Ridau sebab tak boleh nak jangka air pantai ni. Yela sebab saya tak pandai berenang. Huhu.

Kids Paradise


Ni la gelongsor yang Irfan dengan abah sakan main. Saya pun teringin sangat sebenarnya. Waaa...



Kids Pool


 Map of this resort


So, how do I rate this resort?? First of all, bilik kami OK. Sebab? Kami dengar orang lain bilik banyak problem. Ada yang sampai baiki aircon sendiri, palang bilik air tercabut, TV tak dapat siaran, toilet rosak dan sebagainya.

Secondly, hati saya kuat menyatakan bilik kami adalah Studio Premier (berdasarkan saiznya) dan bagi saya rate rm300-400 adalah sangat mahal. Patut boleh dapat bilik mewah tahap dewa (OK terlampau). Kalau bilik rm300-400 saya expect bilik macam kat Gold Coast Morib (walaupun tak pernah ke sana). 

Then, tempat ni jauh dengan pantai (bagi sesapa yang nak ke pantai) dan jauh dari kedai2 makan. Tambahan pula (ayat skema BM) makanan dalam resort ni tak sedap. Ouchh!

Cuma yang paling best kat sini dapat bawa Irfan mandi sepuas2nya. Owh, lagi satu gelang mandi tak included dengan bilik. Kena beli separate. Adult rm55. Child saya dah tak ingat. Dan saya terpikir kalau la kami duduk sini 2D1N lepas tu nak mandi untuk dua2 hari dah sorang adult kena rm110 kan? Gilos.... Nasib baik la percutian kali ni ditaja khas oleh TINM.

So, conclusion, husband kata, "tak best pun Best Western Prima Inland Sea Resort ni..".
Saya setuju abg!

 

Gamba selingan budak penat bangun tido tapi nak pergi mandi kolam lagi.



Friday, November 1, 2013

A Famosa Hotel Review


Dah lama tak buat hotel review. Coz since moving back to Selangor, kalau mama tak sibuk, abah plak sibuk. Begitulah sebaliknya. But recently, on Irfan's special day, we managed to spend quality of family time together. We went to A Famosa Theme Park, thus we chose to stay in A Famosa Hotel. Sebab, lepas penat2 malas nak cari hotel jauh2 dan rasa hotel ni macam best.

- A Famosa Hotel -


- The Room -

bedding
sofa

window
floor
tea & coffee set
fridge

Please focus on the price. Giloss... 
I would rather drive 5km away to find good local food with less less price :)

- The Bathroom -

sink
bath foam & shampoo
hair dryer
 

bath tub
toilet bowl
shower
 


 What I liked about this hotel are:

1) The furniture which were made from kayu-kayan ala2 kampung yang bagi saya rasa cam duduk dalam villa instead of hotel.
2) The floor yang tak licin. So tak risau Irfan jatuh lari2 lepas keluar toilet.
3) Shower yang bagi hujan lebat selebat2nya. Sungguh puas mandi.
4) Shampoo berbau herba sket2 bila pakai rambut lembut bangat.
5) Lagi2 ada hair dryer. Mudah sungguh nak keringkan rambut lepas mandi.


And what I disliked about this hotel:

1) Happy tengok bath tub. But then, kenapa bath tub ni takde penahan air? Macam mana saya nak berendam? I asked for it. They gave me penahan air yang guna kat sinki tu. Last2 masuk terus dalam lubang bath tub sebab kecik kan.. Lagi satu, bath tub ni kecik je. Saya yang tak berapa nak tinggi ni pun tak dapat berendam dengan selesa. Hmmm...

2) Takkan takde free Wifi kot? Hotel2 bajet pun sekarang banyak provide free Wifi. Memang takde. Kat lobi siap ada satu komputer table kalau nak guna internet bayar rm10/hour. Tapi kat lobi ada free Wifi rasanya.

3) Room rate excluding breakfast. Wah... naseb baik banyak gerai2 kampung nearby.


In conclusion, comparing the room price which is >rm300 and the quality of this hotel, sadly to say, we were dissapointed (except Irfan yang hanya tau gembira melompat2 atas katil hotel). Kalau harga <rm200 with this quality, saya terima kot. Maybe the price is quite high sebab it is the resort hotel. Next time, if we are coming here again, kita balik hari dah la. Sejam je pun dari Sungai Buloh pun.