Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Thursday, April 3, 2014

Potong Kuku Ikut Sunnah


Hari ni hari Jumaat, penghulu segala hari.
Cube tengok kuku2 kot ada yang tak sempat potong, boleh potong hari ni.

Potong kuku pun ada aturannya.
- ISLAM ITU SANGAT INDAH -


Senang kan nak dapat pahala dalam ISLAM ni.
Apalagi? Jom jom kejar pahala :)

Saya selalu ikut cara yang ke2 -- Pendapat IMAM GHAZALI.

   ----> mengejar PALAHA ;)

Thursday, March 6, 2014

F R I D A Y


It's Friday.... 
Kalau keje, yippie.... esok cuti.
Tengah cuti ni yippie la jugak sebab esok husband cuti. Hihi.

Tapi sebelum bercuti, jom kita sama2 mulikan hari Jumaat :)

Thursday, November 7, 2013

Greatest Blessings


Ofcos.... Saya sangat bersyukur dapat suami sepertinya. Dikala saya tak balik rumah sebab oncall, dia sendiri jaga, tidokan Irfan & bangun buat susu untuk Irfan. Dikala saya penat balik kerja atau buat kerja rumah, dia akan sentiasa layan Irfan. Tak salahlah kalau Irfan lebih rapat dengannya. Dikala saya malas masak, kadangkala dia sendiri ke dapur cipta resepi sendiri untuk kami berdua makan. Dikala saya kepenatan, dia sendiri akan tolong saya basuh baju. Dikala saya mengadu dimarahi emak sebab tak kemas bilik, dia sendiri akan tolong kemaskan. 

Banyak sangat kebaikannya yang tak dapat saya kongsikan lagi di sini. Apa2 pun, saya berdua semoga hubungan kami berdua berkekalan ke akhir hayat. AMIN.

Anda bagaimana? Jangan lupa sentiasa imbau kembali segala kebaikan suami, terutama ketika hendak marah. Bila ingat balik segala benda baik yang dibuat untuk kita, mesti marah tu sedikit akan reda :)

Thursday, October 31, 2013

Rezeki Allah Itu Luas

Adakah kita sudah cukup bersyukur???
Cukup lah mengeluh dengan segala kekurangan dan cuba menerima segala apa yang kita ada seadanya.

Kerana, sesungguhnya REZEKI ALLAH ITU LUAS...


Bagi saya rezeki saya yang paling berharga adalah:
1. Tubuh badan yang sihat.
2. Suami yang memahami dan sentiasa sedia membantu.
3. Anak yang cergas, pintar & sihat.
4. Ibu yang sentiasa ada ketika saya memerlukan. Juga nenek yang baik untuk Irfan. Yang mengajar Irfan baca doa/ solat/ mengaji etc. Tiada pengasuh sebaik nenek sendiri.

Thursday, October 24, 2013

Doa2 Ketika Membasuh Anggota Wudhu

I found this is very complete and interesting as well....
It was located at one of the oldest and famous mosque in Malaysia.
Masih belum diamalkan tapi memang berhajat untuk mengamalkannya.


Bende yang baik macam ni marilah kita sebar2 kan dan amalkan bersama.
Semoga solat menjadi lebih kusyuk dan berkat. AMIN..

Thursday, October 10, 2013

Doa Pelembut Hati

Doa ni boleh digunakan untuk melembutkan hati seseorang dan juga diri sendiri.


 "Allahumma laiyinli qalbahu, laiyinta li Daudal hadid”

“Ya Allah, lembutkanlah hatinya sebagaimana Kamu melembutkan Daud (akan) besi”

Cara-cara : Baca doa di atas kemudian tiupkan ke dalam air.
 
Doa di atas boleh digunakan untuk semua orang yang keras hati, sentiasa melawan dan tidak menurut kata. Ini termasuklah untuk melembutkan hati untuk diri sendiri. Untuk kegunaan diri sendiri, letakkan tangan kanan di dada iaitu di bahagian hati dan baca doa di atas. Kemudian tarik nafas perlahan-lahan hingga habis dan lepaskan. Untuk kegunaan orang lain, ketika membaca doa, letakkan tangan kanan di dada iaitu di bahagian hati orang yang meminta pertolongan tadi. Bagi orang yang meminta doa pelembut hati melalui wakil, air diberikan untuk diminum.

p/s: sebelum lebutkan hati orang lain, baik kita lembutkan hati sendiri dulu :)

source: Belog Ana NabilaNabela

Thursday, October 3, 2013

Kenapa Rezeki Susah Nak Masuk?

Jom muhasabah diri...


Kadang2 kita selalu mengeluh kenapa kita tidak dimurahkan rezeki... Tapi pernah tak kita fikir yang skop rezeki tu sangat luas. Tapi kebanyakan orang samakan rezeki = duit. Tapi sebenarnya rezeki tu bukan setakat duit. Rezeki kebahagiaan, rezeki masa, rezeki ketenangan dll. 

Contoh yang simple saja:

1. Orang kaya harta benda tapi jiwa tak tenang sebab takut pencuri datang curi harta dia.
2. Orang miskin harta tapi jiwa tenang sebab tak pernah pikir ada pencuri nak masuk rumah dia.

Jadi, orang yang kaya tu walaupun ada rezeki harta, tapi tiada rezeki ketenangan. Orang miskin pula sebaliknya. Ada rezeki ketenangan walaupun kurang rezeki harta.

Kesimpulannya, ALLAH Maha Adil. Kita sebagai hambaNya perlu sentiasa bersyukur dengan rezeki dan nikmat yang dikurniakannya. AMIN.

Monday, September 9, 2013

Surah2 Amalan Ketika Mengandung


Dah lupa where I got this... Tapi TQ sangat pada yang share. Dan saya pun turut nk berkongsi di sini. Selain mengamalkan surah2 ni, yang lebih selalu saya buat adalah pasang headphone di perut, nak bagi baby dengar =) Rasanya tiap2 kali bagi baby dengar surah2 ni, baby mesti aktif dalam perut. Suka la tu.... Tapi bagi yang berkesempatan, baca sendiri lebih baik. 

Emm.... surah2 ni saya download dari website ini dan transfer ke HP. Selalunya masa tido la saya akan pakai kan headphone ke perut. Saya harap baby saya akan biasa mendengar bacaan ayat2 al-Quran sejak dalam perut lagi dan semoga baby besar nnt jadi seorang hamba ALLAH yang soleh/ solehah. AMIN..