Showing posts with label produk. Show all posts
Showing posts with label produk. Show all posts

Monday, August 3, 2015

Homemade Products By Yayah


I heard on these products in Safiyya TV9.
Syabas anak Malaysia. Syabas bangsaku.
Saya kagum with people yang berbisnes.
What can I do is supporting them.



I bought these 3 products and gonna put on my reviews on them.

1. Lip Scrub.
I dun like my lips to be dry after using wrong lipsticks. I am no longer rajin to apply lipbalm before applying any lipstick even though I knew it gonna help my lips to stay moist. Sungguh malas walaupun saya tau nak cantik perlukan kerajinan. Haha. So this is my solution. These were my 1st ever lip scrubs. I bought peach and grape flavour. I love both flavours. When using the scrubs, I could tasted the kemanisan scrub itu. Then memang my lips jadi lembut & moist. But I dun think it really works for me. Even though I use it everyday pun macam sama saje. But anyway, I really love the smell & flavour. Memang rasa nak makan je scrub tu. Hehe.

2. Face Mist.
Memang mengade je nak beli. I am not really sure what it is for or when to use it. Rasanya to keep your face moist and segar bugar gitu. I bought jasmine flavour and I love the smell so much. Now I use it to replace my toner bila malas nak sapu toner dengan face cotton. Sebab easier main spray2 gitu. Boleh ke? Kadang2 tibe2 nak spray pun boleh sebab I really love the smell. So soft. Yes, your face kalau tengah dry memang rasa segar after you use the face mist.

3. Body Scrub.
Actually I was looking for this from the beginning. Sedang mencari2 body scrub yang best dan murah. Among the flavours available I choose green tea coz I preferred bau2 natural or herba2 ni. When using it, memang I love how it rubbed onto my skin. Rasa macam kotoran & daki2 badan tu semua hilang dan kulit rasa lembut je 2-3 hari macam tu. Basically I was satisfied with this product. But one thing yang I dun like is for me it is too oily & greasy. Lepas mandi can see the bathroom floor macam kena simbah oil and sticky. I understand that the purpose of the oily material is to keep your skin stay moisture, but I just dun like it. To overcome this, I use the body scrub first followed by normal shower foam. Next I am thinking of trying the coffee body scrub. Maybe the texture is not as greasy as this body scrub. I hope so.  

 Anyone wanna try these products?
Check their IG - homemadebyyayah & FB - Homemade By Yayah.

Banyak lagi other products like lipbalm, masker face scrub, serum and all of them are naturally made.




Tuesday, January 21, 2014

FIFFY.. baju selesa untuk si manjaku

Dulu masa beli baju baby, apa y saya cari adalah baju berwarna-warni.
Sebab masa Irfan dulu asek pakai baju putih je.
Last2 mama dia y boring tgk anak sendiri. Hehe.

Untuk Ihsan ni, dlm byk2 baju y beli saya perasan baju brand Fiffy ni kain dia sgt la lembut.
Senang kata mesti selesa untuk kulit baby y sememangnya nipis dan sensitif.

Harga pun berpatutan. Takde la mahal sgt.
Walaupun tak colourful mcm y saya nak, tapi sgt puas hati okay....

Design pun kire okay la..


FIFFY.... Quality Wear Durability


For mommies out there, kalau nak beli baju make sure cari y selesa u anak kita pakai.
Bukan berdasarkan corak/ warna semata2. Hihi.
Dari baju/ seluar/ mitten & booties/ barut/ towel, sila la pilih Fiffy.

Paling saya suka kelembutannya ialah baju seluar dan barut.
Sayang Fiffy. Sayang anak mama, si baby Fiffy ku. Hihi.


Thursday, January 9, 2014

Minyak Kelapa Dara Terbaik lah!!

Pelbagai jenama minyak kelapa dara di pasaran??
Tak tahu nak pilih yang mana?

Jom saya tolong buat review.
Saya start guna minyak kelapa dara @ virgin coconut oil ni masa saya mengandung.
Then bila baca banyak kegunaannya, saya pun continue pakai after bersalin.
Selain pakai untuk saya, saya gunakan untuk sapu pada kulit baby juga.


Antara khasiat minyak kelapa dara:

Khasiat minyak kelapa dara untuk meningkatkan daya tahan tubuh antaranya

ialah:

  • Membantu fungsi system daya tahan pada tubuh, melindungi tubuh daripada kanser payudara, kanser kolon dan kanser rahim.
  • Berfungsi sebagai antioksidan dan mengurangkan radang kronis.
  • Melindungi tubuh dari radikal bebas yang meningkatkan tahap penuaan dan penyakit degeneratif.
  • Meredakan gejala gejala yang dihubungkan dengan pembesaran prostate.
  • Mengurangkan tekanan epileptis dan membantu melindungi tubuh kita dari penyakit ginjal dan infeksi pundi kencing.
  • Membantu mencegah sakit liver dan memiliki kandungan kalori yang lebih rendah berbanding lemak lemak yang lain.

Kebaikkan minyak kelapa dara dalam hubungan suami isteri

  • Menyegarkan dan merawat sel kulit menjadi lebih tegang (elastic).
  • Memperbaiki kandungan asid dalam rahim dan bertindak sebagai agen pelincir alami (natural).
  • Membunuh kulat, bakteria dan virus atau sakit kulit pada kemaluan (keputihan).
  • Amat baik bagi mengatasi masalah monopos wanita.

Kebaikan dan khasiat minyak kelapa dara untuk kesihatan dalaman.

  • Meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal dan mental.
  • Memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin vitamin dan asid amino.
  • Melancarkan sekresi insulin dan pengaliran glukosa dalam darah serta mengurangkan risiko kencing manis.
  • Mengurangkan stress pada pankeas dan sistem system enzim dalam tubuh.
  • Meningkatkan penyerapan kalsium dan magnesium untuk tulang dan gigi yang kuat serat melindungi diri daripada serangan osteoprosis.
  • Mencegah risiko sakit jantung.
  • Minyak kelapa dara juga dapat mencegah atherosclerosis dan strok serta membantu menurunkan tekanan darah tinggi.

Kebaikan dan khasiat minyak kelapa dara untuk kecantikan luaran.

  • Membantu mengurangkan berat badan dengan meningkatkan angka metabolik.
  • Menghasilkan tenaga dengan segera.
  • Jika di sapu minyak kelapa dara akan membantu membentuk hambatan kimia pada kulit. untuk mengurangkan infeksi dan mencegah garis garis halus.
  • Mengurangkan gejala psoriasis, eksim dan dermatitis.
  • Melembut dan mengurangkan kekeringan serat kekenduran pada kulit.
  • Memberi perlindungan dari sinaran ultraviolet

Kebaikan minyak kelapa dara sebagai pembunuh virus, bakteria dan kulat.

Minyak kelapa dara juga mempunyai kebaikan untuk membunuh virus yang menyebabkan :
  • Mononucleosis
  • Influenza
  • Hepatitis C
  • Cacar air
  • Herpes.
Membunuh bakteria yang menyebabkan:
  • Pneumonia
  • Sakit telinga
  • Infeksi kerongkong
  • Gigi berlubang
  • Keracunan makanan
  • Infeksi saluran kencing
  • Meningitis
  • Gonorrhea.
Membunuh kulat yang menyebabkan:
  • Candida
  • Jock itch
  • Kadas dan infeksi lain
  • Membunuh cacing pita
  • Lice
  • Giardia
  • Parasit

Saya paham banyak sangat produk berasaskan virgin coconut oil ni sekarang.
Tak tahu nak pilih brand apa?
Jom saya share pengalaman guna 2 jenis virgin coconut oil.


Tanamera Virgin Coconut Oil.

1. Lebih pekat.
2. Lebih berkesan.
3. Lebih busuk. Eh, penggunaan perkataan yang tak sesuai. Sebenarnya bau lebih kuat.
4. Lebih mahal. 

Banding dengan Treenea Virgin Coconut Oil, compare dari segi kuantiti & harga, Tanamera 1 botol 100mL rm34, Treenea 1 botol 180mL rm40. Walaupun harga sebotol Tanamera lebih murah daripada Treenea, tapi kuantitinya lagi sikit. So, technically Tanamera lebih mahal la.. Tapi still affordable kan?

Tentang kepekatan tu, ya memang Tanamera lagi pekat so lagi berkesan dan bau lagi kuat. Kalau suami memang dia kata bau minyak kelapa dara ni busuk. Ye la... kau ingat ni perfume ke nak wangi2 bagai. Tapi kalau ada orang yang suka bau minyak kelapa dara, mmg best la dapat guna Tanamera. Dan yang saya perasan Tanamera lebih pekat, saya pernah bawa minyak tu masa oncall. Oncall kat labour room tu sangat la sejuk air-con semua. Beria la saya nak konsisten pakai minyak kelapa dara tu. Tibe2 dek kerana kesejukan melampau di malam hari tiba2 minyak kelapa dara ku beku. Wah... Memang kalau minyak asli ni boleh beku kalau sejuk. Jenuh la saya jemur bagi minyak tu cair balik. Nasib baik berkesan. Hehehehehe....

So lepas ni memang saya beli Tanamera lah! Sebab dia memang yang terbaik lah!  (n_n)

Tapi ada lagi satu brand, catalyst. Ada orang dah try and nk buat review? 
Boleh kita sharing2 & caring. Heeee......