Showing posts with label buku. Show all posts
Showing posts with label buku. Show all posts

Thursday, November 21, 2013

VALENTINE Datang Lagi Dan Pergi by Ahadiat Akashah

 

Saya adalah die hard fan of Ahadiat Akashah. Zaman remaja saya dipenuhi dengan membaca karya2 tulisan beliau diselangi dengan buku2 rujukan sekolah (konon!). Ingat lagi tiap kali ke Puduraya samada nak balik ke Sabak Bernam atau balik semula ke sekolah di Kajang, wajib singgah kedai India yang banyak jual kat situ. Masa tu novel Ahadiat Akashah antara yang paling top dan tak banyak pun penulis novel rasanya berbanding sekarang. Tapi masa tu kalau novel Lagenda Budak Setan atau Hikayat Cindarella, mampu tengok jela. Ataupun dah usha berbulan2 lepas berjaya kumpul duit baru dapat beli.

Tak ingat bila, tapi lepas tu Ahadiat Akashah menyepi dan tak keluarkan novel2 baru lagi. Rupanya dia ada kes. Sampai la baru2 ni sangat excited bila nampak novel baru tulisannya. Bukan baru sangat pun. Novel tahun lepas. Dah lama nak beli tapi tak terbeli2. Aritu gie Popular ada harga runtuh untuk kebanyakan novel Ahadiat Akashah. Tak laku ke? Saya je suka baca tulisan beliau kot :)

Untuk novel ni what can I say is, Ahadiat Akashah never disappoint me. Sayay habiskan novel ni tak sampai setengah hari pun. Sampai boleh tinggalkan HP. Takde la nak ber FB/ whatsapp/ candy crush sepanjang masa. Tapi bernovel sepanjang masa la. Hehe.

Apa yang buat saya paling suka baca novel Ahadiat Akashah sebab I can never predict the storyline. That will haunting me to keep on reading till the last page. Tak macam typical novel/ drama yang kita boleh predict apa nak jadi tapi still baca or tengok sebab nak tau ending je. Walaupun kadang2 beliau suka buat sad ending (macam cerita Hikayat Cindarella), tapi novel ni happy ending.

Ada orang tak suka gaya penulisan Ahadiat Akashah yang lebih santai. Tapi saya suke! Ayatnya tak terlampau berbunga atau dalam erti kata lain, jiwang karat. Lain orang lain selera. LAgi satu, Ahadiat Akashah suka tampilkan hero yang sangat good looking/ kaya/ baik, pendek kata, complete pakage, yang akan buat pembaca terbuai, "seronoknya kalau dapat mamat macam ni..". Tapi yang tak bestnya plak, heroin mesti jelita ya amat dan jadi kegilaan ramai. Lepas tu si pembaca yang tak berapa nak jelita ni pun frust menonggeng. "Wa... patut la heroin dapat hero tu". Huhu.

 

Akhir kata, terima kasih Ahadiat Akashah. Cepat la keluarkan novel lagi. Saya antara pembaca setia novel anda. Nanti dekat rumah saya akan adakan bookshelf khas untuk letak koleksi novel Ahadiat Akashah yang saya ada :)



Monday, November 11, 2013

25 Rasul Pembawa Rahmat


Dah lama nak belikan buku untuk Irfan. Irfan plak selalu tengok TV al-Hijrah dengan nenek. Jadi memang Irfan dah expose dengan cerita Nabi2 ni. Irfan tau cerita Nabi Nuh dengan kapal, Nabi Yunus dengan ikan paus, dan lain2. Kadang2 Irfan tanya mama, mama sendiri yang lupa. Buat malu je. Jadi mama cari buku cerita Nabi2 untuk Irfan dan untuk mama ingatkan balik diri mama ni. Dalam banyak2 buku, mama dengan abah berkenan dengan buku ni sebab colourful, tebal, dan banyak gamba. Memang menarik perhatian kanak2 dan mama kanak2 juga. Kanak2 bukan suka buku yang tulisan banyak2 ni. Mama yang jadi tukang cerita pun boring je nanti..

Memang colourful dan tebal kan? Dan harga memang berbaloi dengan kualiti buku. rm29.90 je. Ada buku lain mama jumpa jauh lebih nipis tapi harga rm30+. Sebab tu terus grab yang ni.

Penceritaannya pun sangat simple. Tak banyak tulisan tapi lebih kepada gamba. Alhamdulillah Irfan memang sukakan buku ni. Selalu bawa kat mama dengan abah suruh bacakan untuk dia. Kalau tak baca pun dia tunjuk gamba2 dalam buku tu dan tanya macam2. Harap2 Irfan terus sukakan buku ni sampai la satu hari nanti Irfan dah pandai baca sendiri. AMIN :)