Friday, November 13, 2015

Hotel Review : Lexis, Port Dickson


Wahhh... Inilah entry yang dinanti2. Sebenarnya aku sendiri excited nak tulis pasal entry ni. Sebab ni antara hotel termahal yang kami sekeluarga pernah pergi >>> LEXIS, PORT DICKSON. Hotel ni antara salah satu hotel yang menawarkan chalet atas air di PD selain Grand Lexis, Lexis Hibiscus dan Avilion. Lexis, Grand Lexis dan Lexis Hibiscus ni semuanya bawah satu syarikat. Bezanya, Lexis tak de private pool macam Grand Lexis dan Lexis Hibiscus. Tapi Lexis still ada jacuzi so boleh berendam cuma tak boleh berenang banding kalau ada private pool sendiri. Lagi satu kalau tak salah, Lexis Hibiscus private pool tu mengadap ke laut tapi Grand Lexis tidak. 

So, lepas penat main dekat PD Ostrich Farm dan posing banyak2 dekat Muzium Tentera, Lukut, semua pun dah kepenatan. Kami terus ke hotel ingatkan check-in pukul 2. Rupanya pukul 4 lor.. Mak aiii... Lama lagi nak tunggu ni. Kami tunggu kat lobi, tapi alhamdulillah dalam masa setengah jam bilik kami pun siap. Dan kami terus dibawa naik buggy ke water chalet. Bilik yang kami pilih, Deluxe Water Chalet.

Ni gambar dari website Lexis. Nanti aku tunjuk gambar yang aku ambil.


Bilik kami no 095. Cuba tengok dalam map tu kedudukan bilik kami. Ha, strategik kan? Dan jauh. Kalau tak naik buggy pergi bilik memang boleh kurus.


Masuk je ke bilik, jumpa bilik air dulu. Dalam kawasan ni ada beberapa bahagian. Korang imagine korang berdiri tegak depan pintu masuk ye. On the right side of the pintu masuk ke chalet is toilet sendirian berhad. Aku suke sebab dia tak sekali dengan tempat mandi so ko boleh privacy sangat sorang2 dalam nih. 


Sebelah toilet tu plak is the jacuzi. Ruang dia tak besar sangat tapi muat la 3 beranak berendam dalam tu T_T. Yang pintu bertutup tu toilet yang dah mention tadi.


Then, yang opposite dengan pintu masuk adalah pintu masuk ke bilik. On the left side of the pintu masuk ke bilik ada cermin. Siap sekali dengan hair dryer yang aku LIKE sangat ;)



On the right side of the pintu masuk ke bilik is the shower area. Kira tempat shower ni opposite dengan jacuzi la. 


Ni ruang antara shower dengan jacuzi. 


And at the center point diletakkan panel glass ni. Aku dok pikir apehal la glass panel dalam bilik air. Ingatkan dalam bilik so boleh anak-beranak sama2 menikmati keindahan laut. Tapi tak jernih pun air masa ni. Bila malam2 tengok bawah laut rasa ngeri plak takut ternampak bende2 yang tak sepatutnya. Kuang kuang kuang.


Masuk ke bilik, this is the bed.


Setelah diduduki.


Ni gambar dari opposite pintu masuk ke bilik tadi. 


On the right side of the bed, ada macam katil bujang ke sofa ke tempat lepak2 tepi tingkap yang mengadap laut. Budak2 2 orang ni memang excited sangat sampai tempat tu memang jadi favourite spot diorang. Tapi bahaya kena dok perhati je takut tiba2 ada orang bukak tingkap tu plak.


Opposite of the bed, TV, meja, cermin. (Abaikan barang2 yang bersepah).


Paling hujung on the right side of the TV is the cupboard. Saya suke. Saya suke. Sebab dalam cupboard ni dah provide iron and iron board sekali. Tak suka tiap2 kali pergi hotel kena mintak iron. Bagus hotel ni memahami semua perempuan yang pentingkan kekemasan =) Sebab almari ni besar, ia pun jadi tempat budak2 bermain jugak.



Ni plak gambar di balkoni. Ada sediakan lazy chair dan meja untuk berehat menikmati angin sepoi2 bahasa dan melihat keindahan laut. 


Sebenarnya masa pergi ni pemandangan tak indah langsung sebab tengah jerebu. Waaaa!!!! Nah ambik kau pemandangan yang 'INDAH' le sangat, Kikikikiki.



Cukup review buat masa ni. Next entry nak tunjuk gambar kami lepak luar chalet plak.

Gambar selingan.


Biasa la budak kecik ni punya perangai. 


No comments:

Post a Comment