Sunday, May 4, 2014

TIPS Mengatasi Bibir Kering


Saya sudah masuk 3 series..
Mahu tukar penampilan jadi matang (apakah???). Haha.
Saya jarang pakai lipstik walaupun saya suka sebab muka tak nampak pucat.
Tapi bila pakai lipstik nanti bibir saya kering, so tak suke.
Bila bibir dah kering asek nak jilat bibir nak bagi kurang kering tapi sebenarnya tu akan buat bibir lebih kering. Orang kata selalu pakai lipbalm. Ye betul. Tapi kebanyakan lipbalm akan buat hidung ku berminyak.

Apa lagi jalan yang saya ada???

Ini bukan lagi rahsia. Nak kongsi kan untuk semua kat sini :)

1. Pakai lipbalm sebelum pakai lipstik.
Saya suka selain maintain bibir tak kering, colour lipstik pun takkan jadi pekat sangat (tak suke lipstik pekat2 terutama yang merah mak ngah) dan paling best bibir nampak moist je.

2. Pakai lipbalm sebelum tidur.



Kan saya cakap lipbalm menyebabkan hidung ku berminyak. So kau pakai malam2 tak kesah lah nak berminyak banyak mana pun. Sekarang ni saya pakai lipbalm jenis mentholatum pure honey -- boleh tahan la tak berminyak sangat, dan lipbalm mentholatum organics -- lagi tak berminyak tapi kurang moist berbanding mentholatum. Kadang2 kalau nak pakai lipbalm siang2 saya pakai yang organics.

3. Pakai lipstik yang tidak mengeringkan bibir.



Kena pilih lipstik yang ada moisturiser. Lipstik yang saya paling suka Maybelline Watershine Pure, Loreal Protective Liptint SPF 15 & Avon Ultra Color Rich Mega Impact. Tengok, tak de pun pakai lipstik mahal2. Mampu milik untuk semua. Ditambah dengan pakai lipbalm sebelum pakai lipstik, memang bibir tak kering langsung.



4. Scrub bibir.
Ha??? Sape nak tau bibir pun boleh scrub. Ni skill baru ke atau saya yang baru tau? Hehe. Skill ni diajar oleh sorang kawan. Ingat ada produk untuk scrub bibir ke ape. Rupanya scrub bibir tu maksudnya ialah berus bibir guna berus gigi. Berkesan tau. Memang rasa bibir licin lepas scrub. Jangan lupa untuk scrub bibir tiap kali lepas gosok gigi ye. Jangan la guna berus gigi yang keras. Saya guna berus gigi Colgate SlimSoft. Lembut pada gigi, apalagi pada bibir mu.. ;)


Alhamdulillah.. TIPS2 ni memang berkesan untuk saya memiliki bibir yang tak kering. Buat masa ni bibir saya dah jarang berkuping2 macam dulu. Sila lah cuba ye ^_^


Gamba ni saya dapat daripada wikiHow: How to Get Great Lips. Scrub bibir tu memang orang dah lama buat la. LOL. Boleh jengah link tu sebab banyak lagi tips yang menarik.

Dan jumpe jugak satu link menarik iaitu 18 Lipbalm Recipes (DIY).

1 comment:

  1. Hihi maxilip je sesuai dengan saya, lipstik semua x sesuai..setakat yg saya cuba la...tp baru brapa jenis baru cuba.

    ReplyDelete