Sunday, May 4, 2014

TIPS Mengatasi Bibir Kering


Saya sudah masuk 3 series..
Mahu tukar penampilan jadi matang (apakah???). Haha.
Saya jarang pakai lipstik walaupun saya suka sebab muka tak nampak pucat.
Tapi bila pakai lipstik nanti bibir saya kering, so tak suke.
Bila bibir dah kering asek nak jilat bibir nak bagi kurang kering tapi sebenarnya tu akan buat bibir lebih kering. Orang kata selalu pakai lipbalm. Ye betul. Tapi kebanyakan lipbalm akan buat hidung ku berminyak.

Apa lagi jalan yang saya ada???

Ini bukan lagi rahsia. Nak kongsi kan untuk semua kat sini :)

1. Pakai lipbalm sebelum pakai lipstik.
Saya suka selain maintain bibir tak kering, colour lipstik pun takkan jadi pekat sangat (tak suke lipstik pekat2 terutama yang merah mak ngah) dan paling best bibir nampak moist je.

2. Pakai lipbalm sebelum tidur.



Kan saya cakap lipbalm menyebabkan hidung ku berminyak. So kau pakai malam2 tak kesah lah nak berminyak banyak mana pun. Sekarang ni saya pakai lipbalm jenis mentholatum pure honey -- boleh tahan la tak berminyak sangat, dan lipbalm mentholatum organics -- lagi tak berminyak tapi kurang moist berbanding mentholatum. Kadang2 kalau nak pakai lipbalm siang2 saya pakai yang organics.

3. Pakai lipstik yang tidak mengeringkan bibir.



Kena pilih lipstik yang ada moisturiser. Lipstik yang saya paling suka Maybelline Watershine Pure, Loreal Protective Liptint SPF 15 & Avon Ultra Color Rich Mega Impact. Tengok, tak de pun pakai lipstik mahal2. Mampu milik untuk semua. Ditambah dengan pakai lipbalm sebelum pakai lipstik, memang bibir tak kering langsung.



4. Scrub bibir.
Ha??? Sape nak tau bibir pun boleh scrub. Ni skill baru ke atau saya yang baru tau? Hehe. Skill ni diajar oleh sorang kawan. Ingat ada produk untuk scrub bibir ke ape. Rupanya scrub bibir tu maksudnya ialah berus bibir guna berus gigi. Berkesan tau. Memang rasa bibir licin lepas scrub. Jangan lupa untuk scrub bibir tiap kali lepas gosok gigi ye. Jangan la guna berus gigi yang keras. Saya guna berus gigi Colgate SlimSoft. Lembut pada gigi, apalagi pada bibir mu.. ;)


Alhamdulillah.. TIPS2 ni memang berkesan untuk saya memiliki bibir yang tak kering. Buat masa ni bibir saya dah jarang berkuping2 macam dulu. Sila lah cuba ye ^_^


Gamba ni saya dapat daripada wikiHow: How to Get Great Lips. Scrub bibir tu memang orang dah lama buat la. LOL. Boleh jengah link tu sebab banyak lagi tips yang menarik.

Dan jumpe jugak satu link menarik iaitu 18 Lipbalm Recipes (DIY).

Monday, April 28, 2014

Putih Yang Berdaulat

Bila Ihsan makin membesar, projek keluarkan baju2 lama Irfan pun bermula.
Keluar lah kembali baju2 putih yang boring itu....
Bagi menghilangkan bau2 yang tak disenangi, proses membasuh pun bermula.

Semangat rajin bangat sehhh......

Time nak sidai baju, tibe2, "eh sejak bila plak beli baju pink banyak2 ni?"
Rupanya ada seluar merah luntur dan telah meng'pink'kan baju2 putih tersebut.


Ha.... tu la sebelum ni kau hina la baju putih tu boring la ape la...
Tak tau putih tu suci lagi berdaulat????
Hambek la tak nak baju putih sangat. Kini pink jadi pengganti. Huhu ~


Kasut pun pink. Habes ber'pinky'2 la anak mama nanti ;)

Wednesday, April 9, 2014

WW - too cute to resist


Comel kan?
Dulu konon2, "baby boy tak sesuai pakai comel2 gini"
Tu yang sepasang pun Irfan tak dapat.

But, can't resist anymore.
Bought 3 pairs for Ihsan. Yayyy.....


Monday, April 7, 2014

Budak Baru Short Film - Are You Ready To Become A Doctor??

For those yang nak memahami kerjaya kami...
For those yang akan bekerja bersama kami..

Please... Please... Please...
Watch this.... It helps a bit...

But believe me, my 1st day as a houseman is more worst than this.
My specialists are more sarcastic than this.
And my MOs are far far more garang than this :(

But, not all.... Some of them are nice. Dun worry.
Just please be prepared for the worse.

And not to forget, my HO colleagues are FANTASTIC.
We worked together as a team.

- SUSAH SAMA DIPIKUL, RINGAN SAMA DIJINJING -

Ofcos on the early days as a houseman, the concept of 'bullied' is always there.
It is for your own good. Everybody said it. LOL =p



This video brings back my memory as a houseman.
And this video brings back my memory when working in PKKN (where the film takes place).

TQ for the director & producer.

Thursday, April 3, 2014

Tatacara Dalam Berniaga


- TAN SRI SYED MOKHTAR AL BUKHARY -

Apa yang saya paham & dapat aplikasi kan kat sini, kalau kita berniaga tak perlu ambil untung berlebih2an. Berniagalah dengan niat untuk membantu orang lain. Betul ke ni?

Siapa ada pahaman lain?

Saya kongsikan 2 arkitel kat sini mengenai tatacara dalam berbisnes.




Semoga bermamfaat. BYE!

Potong Kuku Ikut Sunnah


Hari ni hari Jumaat, penghulu segala hari.
Cube tengok kuku2 kot ada yang tak sempat potong, boleh potong hari ni.

Potong kuku pun ada aturannya.
- ISLAM ITU SANGAT INDAH -


Senang kan nak dapat pahala dalam ISLAM ni.
Apalagi? Jom jom kejar pahala :)

Saya selalu ikut cara yang ke2 -- Pendapat IMAM GHAZALI.

   ----> mengejar PALAHA ;)

Room Make Over by Nurdani


Saya suka follow blog die.
Sebab saya suke tengok die lukis katun cumil cumil. 
Beliau ialah saudari Nurdani.

Saya tengok satu entry beliau pasal Room Make Over.
Menarik sangat.

- Hasil sketch awal -


- Lepas di warnakan -


- Selepas proses render dan buat ceiling -  


- Selepas letak efek lampu - 


Menarik kan?
Sebenarnya saya & suami pun dalam proses cari idea untuk reno reno rumah.

Hasil daripada tangan yang tak kreatip ni, ini je lah yang kami dapat buat. HUHU.


Macam langit dengan bumi.
Kalau nak jadi anak murid saudari Nurdani pun segan.
Tapi tak pe sebab saudari Nurdani ada bagi tutorial FREE.
Ikut rajin dengan tak rajin jela kan.... HEHE.