Thursday, November 14, 2013

The True Happiness


Salam pagi Jumaat semua...
Sedikit tazkirah di pagi Jumaat, penghulu sekalian hari ini.

 

Jadi, ucapkanlah ALHAMDULILLAH.

1) ALHAMDULILLAH saya masih bernyawa pada pagi ni.
2) ALHAMDULILLAH saya masih bertenaga meneruskan kerja.
3) ALHAMDULILLAH kandungan saya sihat dan sudah aktif pagi2 ni.
4) ALHAMDULILLAH saya dikurniakan keluarga yang bahagia.
5) ALHAMDULILLAH saya dikurniakan suami yang penyayang.
6) ALHAMDULILLAH saya dikurniakana anak yang sihat, aktif dan bijak.
7) ALHAMDULILLAH saya dikurniakan pekerjaan yang mulia.
8) ALHAMDULILLAH saya & keluarga masih lagi seorang Muslim.
9) ALHAMDULILLAH saya dikurniakan rakan2 kerja yang memahami san sedia membantu.
10) ALHAMDULILLAH diatas segala rezeki dan limpah dari ALLAH.

Monday, November 11, 2013

25 Rasul Pembawa Rahmat


Dah lama nak belikan buku untuk Irfan. Irfan plak selalu tengok TV al-Hijrah dengan nenek. Jadi memang Irfan dah expose dengan cerita Nabi2 ni. Irfan tau cerita Nabi Nuh dengan kapal, Nabi Yunus dengan ikan paus, dan lain2. Kadang2 Irfan tanya mama, mama sendiri yang lupa. Buat malu je. Jadi mama cari buku cerita Nabi2 untuk Irfan dan untuk mama ingatkan balik diri mama ni. Dalam banyak2 buku, mama dengan abah berkenan dengan buku ni sebab colourful, tebal, dan banyak gamba. Memang menarik perhatian kanak2 dan mama kanak2 juga. Kanak2 bukan suka buku yang tulisan banyak2 ni. Mama yang jadi tukang cerita pun boring je nanti..

Memang colourful dan tebal kan? Dan harga memang berbaloi dengan kualiti buku. rm29.90 je. Ada buku lain mama jumpa jauh lebih nipis tapi harga rm30+. Sebab tu terus grab yang ni.

Penceritaannya pun sangat simple. Tak banyak tulisan tapi lebih kepada gamba. Alhamdulillah Irfan memang sukakan buku ni. Selalu bawa kat mama dengan abah suruh bacakan untuk dia. Kalau tak baca pun dia tunjuk gamba2 dalam buku tu dan tanya macam2. Harap2 Irfan terus sukakan buku ni sampai la satu hari nanti Irfan dah pandai baca sendiri. AMIN :)

Sunday, November 10, 2013

It Is My 3rd Trimester



Means my pregnancy dah masuk 8 bulan lebih, 35 weeks to be exact. Things I realize...

1. Baby bump semakin ketara. Dulu ramai tegur, "Eh tak nampak pun perut...". Baru2 ni sorang staff nurse tegur, "Doc ni nampak dah sama dgn patient". Well.. Betul la tu coz tak lama lagi saya pun akan jadi patient di tempat kerja sendiri. Irfan plak ckp, "Perut mama dah gemuk la". Syg, dalam perut mama ni adik tau. Bukan mama gemuk ;) Dan sekarang tiap2 kali jumpa patient kat klinik, patient akan tegur, "Doc pun pregnant jugak?". Tak dapat disembunyikan lagi.

2. Badan makin berisi. I gained 12kg so far. Byk baju kurung dah kena lipat simpan dalam cupboard. Tapi masih byk jugak yang boleh pakai lg (nak jugak bgtau kan).Cewah.. Tak lama lagi kena start pakai blouse yang longgar2.

3. Semakin susah nak tukar position dari baring/duduk dan kembali berdiri. Especially time solat. Sampai dah kena solat duduk. Malu plak pada Yang Maha Esa. Kalau dulu sampai bersalin boleh solat berdiri.

4. Perut sentiasa lapar dan semakin lapar. Tapi masalahnya dah tak boleh nak makan banyak sekali hadap. Maklumlah... Space makin terhad akibat ruang untuk perut mengembang telah diambil alih oleh rahim yang mengandungi baby yang semakin sihat membesar.

5. Baby yang semakin membesar pun semakin aktif dlm perut mama. Kadang2 sampai sakit dibuatnya. Kuat betul menendang semua. Sihat anak mama. Kalau bergerak kadang2 tertekan urat saraf sampai sakit kejang kaki dibuatnya. Perut pun makin ketat. Ai... ada lagi ke space baby nak membesar dalam perut ni..

6. Tak dapat berjalan laju macam dulu. Dulu selalu cakap yang saya ni tak pandai jalan slow. So sekarang ni la nak practice jalan slow macam perempuan Melayu terakhir. Semoga berkekalan dan jadi mama yang ayu lepas ni. Hihi.

7. Toilet menjdai tempat kunjungan utama. Dah tak terkira dah... Malam je dah lebih 5x kena gie toilet. Maybe sebab before tido memang saya amek segelas susu+oat. Time biasa tak boleh cakap lah. Mau 20-30 pergi toilet sehari. Malas nak kira. Dah lost count pun. Tapi paling tak best kalau gie jalan2. Terpaksa tahan dari tak minum banyak2. Nanti susah nak carik toilet. Dan susah nak cari toilet yang bersih.... Kalau kat rumah lain la. Pergi toilet banyak kali pun takpe. Masa ni la jugak nak pastikan toilet sentiasa bersih dan kemas. Sebersih dan semekas bilik tidur...

During my 1st pregnancy, I remembered that I experienced all these only at term, 37 weeks onwards. But for this current pregnancy, nak masuk 32 weeks dah rasa macam2. Walaupun tak nak mengaku tapi terpaksa terima. It is an ageing process. Ni yang kena tambah baby awal2. Nanti umur makin meningkat nak pregnant lagi la payah...

Dalam segala kepayahan ni, saya selalu ingat ada orang bgtau, semua sakit yang seorang wanita hamil lalui adalah pahala bagi mereka. Lebih2 lagi 2 rakaat solat wanita yang hamil tu lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.  Untungnya saya... Senang dapat pahala. Terima kasih ALLAH.


Among the latest pics of mine. Dedicated for those yang before this asek tanya, "mana perut? mana perut?". Tu dia perut sudah nampak :)

Thursday, November 7, 2013

Greatest Blessings


Ofcos.... Saya sangat bersyukur dapat suami sepertinya. Dikala saya tak balik rumah sebab oncall, dia sendiri jaga, tidokan Irfan & bangun buat susu untuk Irfan. Dikala saya penat balik kerja atau buat kerja rumah, dia akan sentiasa layan Irfan. Tak salahlah kalau Irfan lebih rapat dengannya. Dikala saya malas masak, kadangkala dia sendiri ke dapur cipta resepi sendiri untuk kami berdua makan. Dikala saya kepenatan, dia sendiri akan tolong saya basuh baju. Dikala saya mengadu dimarahi emak sebab tak kemas bilik, dia sendiri akan tolong kemaskan. 

Banyak sangat kebaikannya yang tak dapat saya kongsikan lagi di sini. Apa2 pun, saya berdua semoga hubungan kami berdua berkekalan ke akhir hayat. AMIN.

Anda bagaimana? Jangan lupa sentiasa imbau kembali segala kebaikan suami, terutama ketika hendak marah. Bila ingat balik segala benda baik yang dibuat untuk kita, mesti marah tu sedikit akan reda :)

Wednesday, November 6, 2013

Love You Mr. Arrogant


Seriously citer ni sangat berhantu. Bukan saya sorang je yang layan. Suami & mak pun sama. Hehe.
Tak payah kot nak bagi sinopsis dia coz saya expected dah ramai tulis about this drama.

Things that attracted me to watch it day after day, week after week is... citer ni lawak (bagi saya la). Sebab heroin dia bawak watak lawak, cam budak2 tak matang gitu. Hero plak sombong but in the same time sebenarnya romantik tapi tak mau mengaku. Memang kelakar......... Dulu masa tengok iklan citer ni mula2, "eh, siapa heroin ni? tak kenal pun." Sekarang ternyata dah melekat je kat TV3 tiap2 Isnin-Khamis tiap2 pukul 7 sampai 8.

Bak kata seorang member, "bila citer ni nak habis?". Tak sabar nak tau ending dia. Saya kata, beli jela novel tu. Terus tau ending. Takde nak tertunggu2 lagi.

Sekali saya yang beli........... hahhahahahhahaha


Beli dari website karyaseni. Dapat diskaun rm3, tiada kos penghantaran. Saya beli dengan harga rm15 jela instead of rm18 yang kena keluar ke kedai buku (mainly yang besar2 sebab kat kedai2 kecik buku ni semua dah out of stock) dan beratur panjang nak bayar harga sebuah buku. Tapi buku masih teguh dalam plastik  ni.... Kuat betul iman. Masih menahan nafsu dari baca novel dulu sebelum drama tamat. Nasib bek arini episode last. Hehe.  Jangan lupa kita layan sama2 citer ni nanti T_T

Monday, November 4, 2013

Cuti2 Di A' Famosa Resort

Dear diary... it's family time. Soooo excited!

Plan asal nak g waterpark somewhere nearear. Ingatkan nak ke Gold Coast Morib or Hotsprings Sungkai. Tapi sebab plan di last2 minit. Kebetulan that weekend ramai orang amek cuti bersambung dari Raya Haji. So, both of that places dah fully booked.

Akhirnya kami ke sini, A' Famosa Theme Park.

Mama beli tiket pakej Animal World Safari + Water World (lunch provided). Mula2 kena masuk safari dulu. Actually ada truk berpagar yang boleh tgk animals dari jarang dekat. Tapi sorry. Pregnant women are not allowed. Mula2 mama suruh abah cover perut mama yang tak berapa nak nampak ni. Tapi abah kata mesti ada valid reason kenapa tak dibenarkan. So kami just jalan2 tengok binatang jinak la.


Memang jinak. Jalan2 datang sondol orang. Irfan pun tak takut.


Mula2 ingat ni patung batu ke apa. Real okay. Cuma semua tengah tido dalam position macam ni. Unik kan!



Mama takut nak dekat2 dengan ostrich ni. Leher panjang melepasi pagar.


Ni Irfan panggil, unta ALLAH.


Part yang Irfan paling suka. Menunggang pony. Senyum sampai ke telinga setiap masa.


Siap melambai2 lagi tu. Tak tahan...

Ni aktivit kemuncak. Mandi-manda di Water World. Memang dari kecik Irfan suka main air. So sempena hari istimewa Irfan ni mama dengan abah bawa la Irfan gie main air kat sini. Irfan dengan abah je mandi. Mama jadi photographer jer..

 Meluncur... Seronok main playground ada pancutan air.

 Ni last pic. Dah kecut2 jari Irfan. Kalau tak kena pujuk balik memang tak sah punya..



Orang dah puas bermandi-manda dah kepenatan. Yang sorang tu plak dah lapar. Satu hari tak ingat nak minum susu. Tau2 dia mintak aiskrim je.


Abah teringin nak naik tapi mahal sangat. Next time. Lagipuan kalau abah naik sorang2 nanti Irfan jeles... Tunggu la Irfan besar sikit ye.


It is time to go back... PEACE :) Perut mama dah nampak kan? Dah 8 bulan pun.


Bye2 A' Famosa Theme Park. We had fun here. Walaupun hotel agak sedikit tak best. This resort sebenarnya sangat besar. Nak sampai ke Safari & Water World punya la jauh dari main gate. Tapi Cowboy Town yang dekat je dengan pintu masuk nampak sangat happenings. Tapi that night hujan. So we just stayed in the hotel.Hope to come back here again T_T 

Friday, November 1, 2013

A Famosa Hotel Review


Dah lama tak buat hotel review. Coz since moving back to Selangor, kalau mama tak sibuk, abah plak sibuk. Begitulah sebaliknya. But recently, on Irfan's special day, we managed to spend quality of family time together. We went to A Famosa Theme Park, thus we chose to stay in A Famosa Hotel. Sebab, lepas penat2 malas nak cari hotel jauh2 dan rasa hotel ni macam best.

- A Famosa Hotel -


- The Room -

bedding
sofa

window
floor
tea & coffee set
fridge

Please focus on the price. Giloss... 
I would rather drive 5km away to find good local food with less less price :)

- The Bathroom -

sink
bath foam & shampoo
hair dryer
 

bath tub
toilet bowl
shower
 


 What I liked about this hotel are:

1) The furniture which were made from kayu-kayan ala2 kampung yang bagi saya rasa cam duduk dalam villa instead of hotel.
2) The floor yang tak licin. So tak risau Irfan jatuh lari2 lepas keluar toilet.
3) Shower yang bagi hujan lebat selebat2nya. Sungguh puas mandi.
4) Shampoo berbau herba sket2 bila pakai rambut lembut bangat.
5) Lagi2 ada hair dryer. Mudah sungguh nak keringkan rambut lepas mandi.


And what I disliked about this hotel:

1) Happy tengok bath tub. But then, kenapa bath tub ni takde penahan air? Macam mana saya nak berendam? I asked for it. They gave me penahan air yang guna kat sinki tu. Last2 masuk terus dalam lubang bath tub sebab kecik kan.. Lagi satu, bath tub ni kecik je. Saya yang tak berapa nak tinggi ni pun tak dapat berendam dengan selesa. Hmmm...

2) Takkan takde free Wifi kot? Hotel2 bajet pun sekarang banyak provide free Wifi. Memang takde. Kat lobi siap ada satu komputer table kalau nak guna internet bayar rm10/hour. Tapi kat lobi ada free Wifi rasanya.

3) Room rate excluding breakfast. Wah... naseb baik banyak gerai2 kampung nearby.


In conclusion, comparing the room price which is >rm300 and the quality of this hotel, sadly to say, we were dissapointed (except Irfan yang hanya tau gembira melompat2 atas katil hotel). Kalau harga <rm200 with this quality, saya terima kot. Maybe the price is quite high sebab it is the resort hotel. Next time, if we are coming here again, kita balik hari dah la. Sejam je pun dari Sungai Buloh pun.