Friday, November 13, 2015

Hotel Review : Lexis, Port Dickson


Wahhh... Inilah entry yang dinanti2. Sebenarnya aku sendiri excited nak tulis pasal entry ni. Sebab ni antara hotel termahal yang kami sekeluarga pernah pergi >>> LEXIS, PORT DICKSON. Hotel ni antara salah satu hotel yang menawarkan chalet atas air di PD selain Grand Lexis, Lexis Hibiscus dan Avilion. Lexis, Grand Lexis dan Lexis Hibiscus ni semuanya bawah satu syarikat. Bezanya, Lexis tak de private pool macam Grand Lexis dan Lexis Hibiscus. Tapi Lexis still ada jacuzi so boleh berendam cuma tak boleh berenang banding kalau ada private pool sendiri. Lagi satu kalau tak salah, Lexis Hibiscus private pool tu mengadap ke laut tapi Grand Lexis tidak. 

So, lepas penat main dekat PD Ostrich Farm dan posing banyak2 dekat Muzium Tentera, Lukut, semua pun dah kepenatan. Kami terus ke hotel ingatkan check-in pukul 2. Rupanya pukul 4 lor.. Mak aiii... Lama lagi nak tunggu ni. Kami tunggu kat lobi, tapi alhamdulillah dalam masa setengah jam bilik kami pun siap. Dan kami terus dibawa naik buggy ke water chalet. Bilik yang kami pilih, Deluxe Water Chalet.

Ni gambar dari website Lexis. Nanti aku tunjuk gambar yang aku ambil.


Bilik kami no 095. Cuba tengok dalam map tu kedudukan bilik kami. Ha, strategik kan? Dan jauh. Kalau tak naik buggy pergi bilik memang boleh kurus.


Masuk je ke bilik, jumpa bilik air dulu. Dalam kawasan ni ada beberapa bahagian. Korang imagine korang berdiri tegak depan pintu masuk ye. On the right side of the pintu masuk ke chalet is toilet sendirian berhad. Aku suke sebab dia tak sekali dengan tempat mandi so ko boleh privacy sangat sorang2 dalam nih. 


Sebelah toilet tu plak is the jacuzi. Ruang dia tak besar sangat tapi muat la 3 beranak berendam dalam tu T_T. Yang pintu bertutup tu toilet yang dah mention tadi.


Then, yang opposite dengan pintu masuk adalah pintu masuk ke bilik. On the left side of the pintu masuk ke bilik ada cermin. Siap sekali dengan hair dryer yang aku LIKE sangat ;)



On the right side of the pintu masuk ke bilik is the shower area. Kira tempat shower ni opposite dengan jacuzi la. 


Ni ruang antara shower dengan jacuzi. 


And at the center point diletakkan panel glass ni. Aku dok pikir apehal la glass panel dalam bilik air. Ingatkan dalam bilik so boleh anak-beranak sama2 menikmati keindahan laut. Tapi tak jernih pun air masa ni. Bila malam2 tengok bawah laut rasa ngeri plak takut ternampak bende2 yang tak sepatutnya. Kuang kuang kuang.


Masuk ke bilik, this is the bed.


Setelah diduduki.


Ni gambar dari opposite pintu masuk ke bilik tadi. 


On the right side of the bed, ada macam katil bujang ke sofa ke tempat lepak2 tepi tingkap yang mengadap laut. Budak2 2 orang ni memang excited sangat sampai tempat tu memang jadi favourite spot diorang. Tapi bahaya kena dok perhati je takut tiba2 ada orang bukak tingkap tu plak.


Opposite of the bed, TV, meja, cermin. (Abaikan barang2 yang bersepah).


Paling hujung on the right side of the TV is the cupboard. Saya suke. Saya suke. Sebab dalam cupboard ni dah provide iron and iron board sekali. Tak suka tiap2 kali pergi hotel kena mintak iron. Bagus hotel ni memahami semua perempuan yang pentingkan kekemasan =) Sebab almari ni besar, ia pun jadi tempat budak2 bermain jugak.



Ni plak gambar di balkoni. Ada sediakan lazy chair dan meja untuk berehat menikmati angin sepoi2 bahasa dan melihat keindahan laut. 


Sebenarnya masa pergi ni pemandangan tak indah langsung sebab tengah jerebu. Waaaa!!!! Nah ambik kau pemandangan yang 'INDAH' le sangat, Kikikikiki.



Cukup review buat masa ni. Next entry nak tunjuk gambar kami lepak luar chalet plak.

Gambar selingan.


Biasa la budak kecik ni punya perangai. 


Sunday, November 8, 2015

Family Holiday : Muzium Tentera, Lukut, Port Dickson


Sambungan family holiday ke Port Dickson. Lepas pergi Ostrich Farm, tempat wajib tuju is Muzium Tentera yang terletak di Lukut. Wajib pergi sebab suami memang minat dengan barang2 tentera ni. Masuk muzium ni free je. Kami memang hepi seronok dapat explore kenderaan2 tentera ni sambil amek gambar. Siapa yang minat dengan peralatan tentera dan minat amek gambar, rigu rasanya kalau tak singgah ke muzium ni. Satu dalam Malaysia. Tempat lain takde k.

Layankan saje gambar2 kami.


Kereta meriam.


Keretapi lama. Antik gitu.


Jom kita ke Alor Gajah.


Sebuah arca yang saya minat sangat. Macam terminator.


Si budak botak.


Kereta kebal tentera.



Kereta tentera.


Seronok budak2 ni main dalam ni. Gaya beria macam pandai je nak bawa kereta.


Awak layan blues ke Irfan?



Irfan nak jadi askar.


Tugu.


Helikopter tentera.



Jet pejuang tentera.



Cuma masa kami sampai dah dekat tengahari. Matahari dah panas terik. Budak kecik tu pun sebenarnya dah kepenatan. Jadi bila dia tak dapat apa yang dia nak, mula la merengek. Kesimpulan, kami memang gembira dan tak puas ke sini. Nanti Ihsan dah besar maybe boleh datang lagi amek gambar sampai puas.

Monday, October 26, 2015

Family Holiday : PD Ostrich Farm


Our so long waited holiday. FINALLY. It is the day. So, that morning we arrived in PD around 11am. Perfect timing. On the way to PD, we got an unforgettable incident, which I will write about it later. Our 1st destination is PD Ostrich Farm. OK fine. Lupa amek gamba signboard kat entrance. Huhu.

Alamak. Another thing. Lupa plak fee nak masuk. Hihi. But it is not very expensive. We also bought the food to feed the animals inside the farm. The main attraction for us here is the OSTRICH. Sebenarnya kat PD ni tak banyak sangat tempat nak dituju pun. 

Near the entrance, ada la 2 ekor kambing jinak yang berlari to us. Both of my kids were very excited and happy. Look at them. Ihsan ni memang tak pernah takut apa2 pun. Bagi la kambing ke apa ke. 



Now is the ostrich. Irfan excited bagi ostrich makan. Tapi bila ostrich tu patuk amek makanan kat tangan Irfan, terkejut dia. Terus cakap, "Ei, sakit la tangan Irfan". Lepas tu Irfan bagi makanan dari jauh je.


Ni ada satu ostrich yang jinak. Memang ada orang jaga, then orang tu ajak kita amek gambar dengan ostrich tu. Dapat la kami sekeluarga bergambar dengan ostrich. Orang tu siap offer ambilkan gambar dan suruh pegang ostrich tu lagi.


:: FAMILY PICTURE ::


Irfan memang awal2 lagi dah bgtau. "Irfan nak naik kuda". Nampak je kuda ni terus bawa Irfan naik. rm5 je pun. Owh si budak kecik botak pun nak ikut. Menjerit tengok abang dia naik kuda tinggalkan dia. 



Selama bermain dalam farm ni, nampak Ihsan lebih suka tengok ayam. Berkejar2an dengan ayam tu. Siap duduk bersila bertapa depan ayam. Sembang2 petang dengan ayam.



Ni abah yang excited jumpa ayam serama.


Ni komfem mama geli. Tapi boleh jugak dekat2, walau pun tak sedekat macam budak2 ni. Macam nak cium iguana tu. Tak sangka iguana makan kangkung. Rupa je macho rupanya makan sayur. Hihi. Bak kata penjaga iguana ni, rupa dia yang ganas tu just untuk protection diri. Iguana tak ganas sebenarnya.


Irfan Si Pengembala Kambing.



:: BIRTHDAY BOY ::


Kesimpulannya, both of my kids have a great time here. Walaupun farm ni tak besar mana, tapi OK lah aku rasa. Takde la penat sangat buat pusingan dalam ni. Anak2 seronok dapat tengok dan pegang binatang2 yang jinak dalam farmni. Sebenarnya pernah terbaca pasal dinasour as a new attraction dalam ostrich farm ni. Tapi tak nampak pun masa pegi that day. Tengah renovation kot. Apa yang ada OK la. So untuk family yang dah penat main air kat pantai, boleh bawa anak2 main animal kat farm ni. Tak jauh dari Teluk Kemang.

Next entry nanti aku story pasal Muzium Tentera plak.


Thursday, October 15, 2015

Up & Down : Rezeki Datang Dan Pergi



Dunia ni macam roda. Macam tu la sekejap kat atas sekejap kat bawah. (Saje nak tunjuk roda mahal. Tak boleh blah sungguh)

Baru2 ni bawa Irfan tengok wayang. Tengah makan sebelum tengok wayang tu, tersedar yang tiket parking hilang. 2-3x jalan balik tempat yang sama kot2 tercicir. Tapi tak jumpa jugak. Habis la kena bayar dende rm30 sebab hilang tiket parking. Last tempat nak cari dekat parking lot. Lepas habis tengok wayang tu, intai bawah kereta. Tapi HAMPA. Dah redha nak ke kaunter, tibe2... jumpa. Ada orang baik hati letakkan tiket parking kat tiang tu. Mesti jatuh atas jalan.


Nampaknya rezeki masih ada. TQ pada yang letakkan tiket parking kat situ.

Semalam dalam sejarah....


Keluar dari klinik gigi cari2 kereta tak jumpa. Kereta kena curi ke? OMG. Betul ke ni kena curi? Dalam kepala pikir, macam mana nak gie holiday ni kalau kereta kena curi??? Waaaa!!!!! Sekali tanya budak yang menjual kat situ baru la tau sebenarnya kereta kena towing sebab parking tempat tak sepatutnya. 


Actually tempat tu memang dah jadi tempat parking tak official sebab semua orang pun rata2 parking kat situ. Dipendekkan cerita, dengan hati yang tengah berapi, aku jalan kaki dari tempat parking asal ke pejabat towing. Agak jauh jugak la dalam 1km. Tapi sebab tengah marah tu jalan laju je, cepat la sampai. Aku terus cakap nak ambil kereta, dia minta IC dan tulis resit.


Dapat diskaun apa plak ni? Ingatkan kena rm270 tadi. Diskaun sebab tak memaki hamun kot. HUHU. Penat la aku jalan kaki cari ATM sampai ke The Store. Dapat kereta, aku pun cabut. Eh, aku ada bgtau dia kat tempat aku parking tadi banyak lagi kereta parking. Aku suruh diorang gie towing lagi. HEHE. 

Kesimpulannya, dulu duit aku selamat. Semalam tak berapa selamat sebab kena bayar denda. Tapi masih selamat. At least 1- Kereta aku bukan kena curi. Kalau tak, mesti lagi kopak dan banyak prosedur. Kena gie balai bla bla bla. 2- Dapat diskaun bayar denda. Daripada kena bayar rm270, save la rm120. Cuma jadi pengajaran kat aku jela. Semalam pun last appt kat dentist. Hopefully tak perlu pegi area tu lagi. KENANGAN PAHIT SEPAHIT PERIA KATAK SIUTTTT!


Monday, October 12, 2015

Home Deco : Tepi Tangga


Ruang tepi tangga ni penting untuk dipenuhkan. Sebab bila kosong, ia nampak kosong. Tak berseri. Lagi satu masalah, nanti tepi tangga jadi tempat permainan anak2 tersayang. 

Saksikan kebenarannya.


Dan pernah sekali aku tengah leka tengok TV, si kecik tu panjat sampai atas ikut bahagian tepi tangga tu je. Dasar budak tak tahu erti BAHAYA. Tak guna mamanya pasang pagar. 


Ni pernah jadi salah satu idea yang aku pernah cuba. Aku gabungkan 3 rak ikea kat situ. (Abaikan laundry basket dan storage basket on both side of the cabinet). Aku selang seli rak putih dengan hitam (konon kretip la sangat). Hasilnya, semak?? Yes, you are right. Atas tu pulak aku penuhkan dengan barang2 yang dah lama bersemadi dalam kotak. Ingatkan jadi cantek. Sekali, makin sakit mata dibuatnya. Hati pun sakit jugak. Sebab duit dah habis beli rak. Bila ada idea kau beli apa barang kau nak. Sekali test idea kau tak hebat rupanya. Malah HUDUH (malu nak mengaku).

Sampai satu hari ternampak gambar ni dari insta ikeausa. SMART & RINGKAS. I LIKE. Yang tak like nya, sebab, tak kan nak beli rak tu pulak. Rak lama kau nak buang mana? Nanti kalau tak sesuai pulak, mana pulak nak letak rak yang baru? Pikir punya pikir, bila compare saiz rak dalam gambar ni dengan rak sedia ada, tak jauh beza. Malah kecik sikit. Dulu aku ingatkan sebab rak yang aku letak tu besar lah, jadi semak. Tapi sebenarnya aku yang tak pandai susun. Haha.


Setelah buat beberapa adjustment, tada.... 


Sama tak? OK. Tau. Memang tak sama langsung. Tapi aku puas hati. Sebab, 1- Tak payah beli rak baru. 2- Nampak kemas sebab aku dah minimize kan barang. Kalau dulu semua aku nak letak. 3- Aku berjaya letak beberapa barang yang berwarna ceria nak bagi kontra dengan rak yang putih. 

Tapi ni belum finalize. Ada beberapa bende yang aku nak adjust. 1- Insert ikea merah tu nak tukar dengan hitam untuk seraga,. Ni aku guna mana yang ada dulu. 2. Frame nak cari yang baru ala2 dalam gamba insta ikeausa tuu.... Tapi buat masa ni cukup la apa yang ada. Bajet pun kena pikir jugak.

Ok. Nanti kita tunjuk projek deko bahagian lain plak. Ada orang tanya tak, mana lagi 1 rak ikea hitam tu? Nanti aku story mana aku letak. K. Babai.


Wednesday, October 7, 2015

I Need A Vacation


I need a VACATION, STAT.

Dah lama sangat since our last family vacation. Our last family holiday was about 2 years ago. Time tu tengah pregnant Ihsan 8 bulan. Follow husband punya family day kat Tiara Beach Resort yang sekarang known as Best Western Resort, Port Dickson. Tak beringat pregnant 8 bulan. Siap join Irfan main slide (yang pendek je pun).

Dah lama tak dapat berjalan sebab Ihsan ni tidur berbuai dan tak suka jalan. Trust me. I know my son very well. Bawak jalan2 dia mengamuk sakan. Sampai kuarters dia stop menangis. Macam tau2 je. So, we decided to wait till Ihsan 'besar sikit' and dah senang bawa jalan then we go for a holiday.

We need time to relax our mind,

and

We need time to rest our body.


And we think it is the time now. Ihsan pun dah dekat 2 tahun.

Actually nak celebrate birthday Irfan yang ke 5 on the 19th Oct. Bawa both of them tido hotel yang ada waterpark. But because of the bad haze yang sedang melanda our country, plan has to be changed. Mom need to get a better plan.

Dah found one place. Owh wallah.... mata dah bling bling. Can't wait =)

Thursday, October 1, 2015

Jom Wayang : Polis EVO


Semalam baru lepas tengok wayang tengok filem ni. Bukan senang nak tengok filem Melayu kat wayang. Tapi pergi tengok sebab (1) Nak bawa Irfan yang minat tengok Zizan. Rata2 masa beratur beli tiket, yang bawa anak2 semua sebut nama Zizan. Ramai betul peminat cilik Zizan ni ye. (2) Dengar kata filem ni best. Sambutan luar jangkaan. Sorang member yang dah tengok pun bgtau filem ni kelakar. OK. Jom nilai sendiri.


Ada kawan yang Tanya, Nem, filem tu...
Best ke?
Best, best..
Best giler..
or,
Ok la...
For me, it is best, best.
Nak kata best giler tu takde la. Tapi memang tak mengecewakan.
Jalan cerita - OK. Boleh diterima. Suka sebab lokasi penggambaran kat Terengganu.
Aksi - please dun expect much. Kita tau bajet pembikin filem kita kalau banding dengan filem oversea. Tapi still tidak mengecewakan. Bukan la aksi cikai.
Tapi apa yang buat best, ramai kata kelakar. Betul, memang banyak part kelakar yang boleh buat orang gelak. Apa yang aku suka sangat pasal filem ni is gandingan Sam dengan Zizan tu macam kena sangat. Zizan memang biasa dengan lawaknya. Sam buat macho, berlawak sambil berlagak cool. Cool sangat. Aku yang minat sikit kat Sam ni terus makin minat. Dalam banyak2 scene, aku suka scene Sam dating rumah Zizan lepas tu malu2 bila jumpa Nora Danish yang berlakon as adik Zizan, dengan scene last masa Sam dan Zizan sembang tepi pantai. Nanti korang tengok sendiri scene yang aku suka tu.

Irfan posing nak jadi polis EVO.


So, untuk yang belum lagi tonton filem ni, apa tunggu lagi. Jangan sampai menangis kalau tayangan dah habis nanti. Tak sabar nak tunggu keluar astro first plak =)
p/s sangat berharap lepas ni ada Polis EVO 2, 3 dan seterusnya.
SYABAS anak Malaysia!!