Wednesday, November 26, 2014

Teaser...


This is for Irfan's birthday projek.


Happy Birthday my boy.
Mama loves you.
Muah.. Muah.. 

Tuesday, November 25, 2014

Dapat Kunci Rumah


Akhirnya after puas menunggu, in Dec 2013 kami pun dapat kunci kediaman kami. Masa tu memang excited. Tapi tak berapa nak excited sebab tengah pantang. Sabo jela kan... Jadi suami yang pergi tengok rumah dulu. Tak adil betul.

So, this is it....

- Bahagian luar rumah - 




- The hall (living + dining) -

Dari sini nampak pintu stor bawah tangga on left side. On the right side is dry kitchen yang asal dengan sinki kat situ. Pintu tu untuk keluar ke wet kitchen. Kiri kanan pintu half dinding batu dengan tingkap kat atas untuk divide dry kitchen dengan wet kitchen. Sebelah sinki tu ada toilet dan sebelah toilet tu ada bilik.


- Wet kitchen (belum siap) -


- Wet kitchen (dah siap) -

Kat wet kitchen ni ada bilik kecil yang asalnya dilabel as maid's room. Tapi macam nak masuk katil pun tak muat. Ni nak mendera maid ke ape. Saya rasa sesuai buat stor dapur je kot. 

Yang paling tak berkenan is the gril ni. Dinding belakang wet kitchen ni divided to 2. Half semua gril and another half is separuh batu dan atas gril. Why I did not like it? 1. Kena pakai tudung full attire kalau nak masak kat luar ni. Bukan la bermaksud kita masak tak pakai baju kan... Tapi kesimpulannya is TAK BEST. 2. Nanti masuk sekali tikus atau binatang2 yang tak berkenaan ke kawasan ni. Kau bukak kabinet cari periuk sekali jumpa bende lain. Oh my.... So, cannot OK. We need to do something about this.


Belakang rumah ada tanah dalam 2-3 feet macam tu dan kawasan rumah ditutup dengan pagar dawai.



- Tangga -


Rumah ni tak ada hall. Sila REDHA. Ni gamba dari dalam master bedroom. Depan tu another room. On the right side pun another room. On the left side tu tangga.


- Toilet master bedroom -


- Toilet 2nd & 3rd bedrooms -


OK. Start la kerja untuk merenovate rumah after ni.

Tuesday, November 18, 2014

Construction In Progress

Bila dah beli rumah, of course tak sabar2 tunggu rumah siap. Jadi selalu la paksa husband intai2 construction site sebab masa tu I was working in Perak. One more thing, takut sangat kalau2 jadi projek yang terbengkalai. Nauzubillah. Minta dijauhkan.

Alhamdulillah.... nampaknya proses pembinaan berjalan sangat lancar. Good job mahumas.

Rangka perumahan.


Dah simen.


Dah letak warna, gate dan tiles depan rumah.




Sekarang untuk pembinaan jalan. 


Tiang letrik siap tercacak. Jalan pun dah diratakan.


Jalan siap ditar.


Jalan yang sudah ditar & dilukis pembahagi jalan (punya la skema ayat).



Wahhhh...... Tak sabar sangat nak masuk rumah.

Monday, November 3, 2014

Aveda 6 - The Show Unit

One day, we went to the show unit which is located in phase 4, Taman Desa Mas. 
Our house will be at phase 6.

Design - same.
Size - slightly bigger.


Phase 6 will be in grey colour. But this colour also quite nice.


Living hall with built in TV cabinet & side cabinet.



Dining hall. I love the wooden panel so much.



The dry kitchen with kitchen cabinet. And the wet kitchen outside.


Small room beside the dry kitchen.


Master bedroom which is so roomy. Actually can accommodate 2 queen beds.



Room 2.



Room 3.




Both rooms 2&3 are of same size and have their own bathrooms. 
The master bedroom also have its own bathroom as usual.

There was also a very small room (shud I called it a room or a store) beside the wet kitchen and a store beneath the stairs.

So in total this house got :
- 1 living hall
- 1 dining hall
- 1 dry kitchen
- 1 wet kitchen
- 4+1 rooms
- 4 bathrooms

Can wait to decorate my house like this :)

Monday, October 20, 2014

DIY Make-up Box Organizer

Dah lama x buat kerja gunting menggunting dan tampal menampal. Rindu zaman berkreatif.... Cewah.

Dapat inspirasi buat make-up box ni dari blog arni yusnita ahmad. So, I follow..


1. Bahan2nya (macam buat kek la pulak). Kotak terpakai/ wrapping paper.


2. Bahagian penutup kotak tu saya jadikan divider.


3. Dah siap divider dipasang bahagian dalam.


4. Tadaaa.... Dah siap barang2 make-up saya tersusun dalam box ni walaupun saya rasa sebenarnya saya perlukan kotak yang lebih besar :) Senang semua barang kat sini, tinggal amek je. 


Gamba selingan. Tak sangka banyak betul koleksi lipstikku. Hihi.


Journey To Own A House

Semua orang nak rumah sendiri. Lagi2 bila bayar sewa rm550/ month dan dapat rumah kecik. Kalau rm550 tu bayar rumah sendiri alangkah baiknya. As a goverment servant, initially I planned to use the government's loan to buy a house. Murah la sikit interest. But, thanks a lot to PT yang sangat rajin, 2 years plus in service pun x sah2 jawatan lagi. So, end of 2012, before transferred to Perak I decided to buy a house. By hook or by crook. 

House hunting pun bermula. Start cari area Sungai Buloh. Sebab dah selesa duduk area ni. Nak balik kampung pun senang dua2 menghala ke utara. Tapi xde pulak projek baru. Ada jumpa semi-d kat Taman Villa Putra. Tapi over bajet. Masa tu dalam rm600k plus. Sekaang dah 1million. Waa...

Next destination kami jalan2 di Damansara Damai. Tapi banyak rumah flat. Dah serik naik tangga dan rumah xde tanah. Boring bangat. Next next.... Rawang. Ternyata rezeki kat situ.

Projek ni fasa 6 oleh Desa Mahumas. Takut jugak beli rumah x siap. Maklumlah banyak jugak dengar cerita projek rumah terbengkalai. Tapi bila tengok dari fasa 1 ke fasa 5 progress OK je, ada sedikit keyakinan di situ. Harga rm298k. 20'x65'. Kira murah la yang kami dapat pada masa tu.
Sebenarnya masa survey tu, selain projek ni, Glomac pun ada projek baru nak launch kat Saujana Rawang. Dekat je dengan Taman Desa Mas. 22'x70'. Lagi besar. Wowww. Finishing memang lagi cantek. Wowww. Tapi ofcos lagi mahal. Rm398k. Memang la mampu. Tapi nanti xde duit pulak nak shopping. Kuang kuang kuang... . Cancel habis. Hihi.

Finally, this is it.... AVEDA 6. Taman Desa Mas, Rawang.



Sunday, May 4, 2014

TIPS Mengatasi Bibir Kering


Saya sudah masuk 3 series..
Mahu tukar penampilan jadi matang (apakah???). Haha.
Saya jarang pakai lipstik walaupun saya suka sebab muka tak nampak pucat.
Tapi bila pakai lipstik nanti bibir saya kering, so tak suke.
Bila bibir dah kering asek nak jilat bibir nak bagi kurang kering tapi sebenarnya tu akan buat bibir lebih kering. Orang kata selalu pakai lipbalm. Ye betul. Tapi kebanyakan lipbalm akan buat hidung ku berminyak.

Apa lagi jalan yang saya ada???

Ini bukan lagi rahsia. Nak kongsi kan untuk semua kat sini :)

1. Pakai lipbalm sebelum pakai lipstik.
Saya suka selain maintain bibir tak kering, colour lipstik pun takkan jadi pekat sangat (tak suke lipstik pekat2 terutama yang merah mak ngah) dan paling best bibir nampak moist je.

2. Pakai lipbalm sebelum tidur.



Kan saya cakap lipbalm menyebabkan hidung ku berminyak. So kau pakai malam2 tak kesah lah nak berminyak banyak mana pun. Sekarang ni saya pakai lipbalm jenis mentholatum pure honey -- boleh tahan la tak berminyak sangat, dan lipbalm mentholatum organics -- lagi tak berminyak tapi kurang moist berbanding mentholatum. Kadang2 kalau nak pakai lipbalm siang2 saya pakai yang organics.

3. Pakai lipstik yang tidak mengeringkan bibir.



Kena pilih lipstik yang ada moisturiser. Lipstik yang saya paling suka Maybelline Watershine Pure, Loreal Protective Liptint SPF 15 & Avon Ultra Color Rich Mega Impact. Tengok, tak de pun pakai lipstik mahal2. Mampu milik untuk semua. Ditambah dengan pakai lipbalm sebelum pakai lipstik, memang bibir tak kering langsung.



4. Scrub bibir.
Ha??? Sape nak tau bibir pun boleh scrub. Ni skill baru ke atau saya yang baru tau? Hehe. Skill ni diajar oleh sorang kawan. Ingat ada produk untuk scrub bibir ke ape. Rupanya scrub bibir tu maksudnya ialah berus bibir guna berus gigi. Berkesan tau. Memang rasa bibir licin lepas scrub. Jangan lupa untuk scrub bibir tiap kali lepas gosok gigi ye. Jangan la guna berus gigi yang keras. Saya guna berus gigi Colgate SlimSoft. Lembut pada gigi, apalagi pada bibir mu.. ;)


Alhamdulillah.. TIPS2 ni memang berkesan untuk saya memiliki bibir yang tak kering. Buat masa ni bibir saya dah jarang berkuping2 macam dulu. Sila lah cuba ye ^_^


Gamba ni saya dapat daripada wikiHow: How to Get Great Lips. Scrub bibir tu memang orang dah lama buat la. LOL. Boleh jengah link tu sebab banyak lagi tips yang menarik.

Dan jumpe jugak satu link menarik iaitu 18 Lipbalm Recipes (DIY).