Saturday, August 31, 2013

Laparoscopic Bilateral Tubal Ligation

Dear diary..

Last week I had a chance to assist my specialist in doing Laparoscopic Bilateral Tubal Ligation. Senang kata dalam bahasa kita ialah 'ikat'. Untuk orang2 umur dah lanjut, dah complete family, I might say this type of contraception is the best method for them.

Sebab...

ADVANTAGES

1. Prosedur ni sekali seumur hidup. Sekali je 'ikat'. Tak payah nak pikir apa2 dah lepas tu macam... tak payah pikir nak makan ubat hari2 atau cucuk 3 bulan sekali atau tukar IUCD 3 tahun sekali atau tukar implanon 5 tahun sekali.

2. Komplikasi yang sangat rendah. Bagi saya komplikasinya ialah --> dah tak boleh mengandung la. Cet! Tak payah pikir side effects hormon macam berat badan naik, muka naik jerawat, atau dapat kencing manis/ darah tinggi kalau guna kaedah hormon macam pil/ suntik/ susuk/ mirena. Tak payah pikir risiko jangkitan dalam rahim atau mengandung luar rahim kalau pakai IUCD.

3. Tak ganggu persetubuhan. Tak tahu la tapi ni antara soalan yang couple selalu tanya. Nanti refer gamba di bawah dan boleh buat kesimpulan sendiri yang kaedah ni tak langsung ganggu persetubuhan sebab tube yang di'ikat' tu nun jauh di atas sana.

HOW IT IS DONE

What it means by LAPAROSCOPY surgery?
















Basically, pembedahan jenis laparoscopic ni bukan macam open surgery yang main potong je. 1st of all, a small cut <1cm is made at umbilicus (pusat) dan sistem camera akan dimasukkan kat situ. Then another cut is made, also <1cm samada kat sebelah kiri atau kanan perut, ni plak untuk masukkan manipulator. Tapi kalau untuk 'ikat' ni 2nd hole biasanya dimasukkan kat sebelah kiri (surgeon's side).

BILATERAL TUBAL LIGATION



As the name implies, maknanya apa yang di 'ikat' ialah kedua2 Fallopian tube, macma gamba kat atas tu. So, mcm mana kaedah ni menghalang kehamilan adalah, 'jalan' untuk telur & spema berjumpa dah xde/ dihalang/ ditutup. Sebab telur yang dihasilkan kat ovari akan travel through fallopian tube. Sperma plak masuk ikut os -> uerus -> fallopian tube dalam usaha mencari si ovum. So bila dah kena 'ikat', xboleh la nak jumpa.Paham kan?













Gamba kat atas ni tunjuk macam mana ikatan tu dibuat.
1. Tube diikat di 2 bahagian, kemudian bahagian di tengah ikatan tu dipotong.
2. Tube diikat kuat dengan 'plastic band', eg, Fallope ring.
3. Tube 'dipateri' di tengah2.
4. Menggunakan klip untuk blok tube di tengah2.

Apa yang digunakan di hospital tempat saya bekerja ialah Fallope ring. Macam gamba kat bawah ni..




















Finally, surgery ni sangat la simple dan sekejap je boleh siap. Di tangan pakar yang berpengalaman (macam surgeon yang saya assist aritu), dalam 15min je siap. Tapi kalau sekarang nak suruh saya buat, payah la sket. Hehe.

Ok. Itu saja. Harap entri ni dapat bantu sesiapa yang berminat nak gunakan kaedah ni untuk cegah kehamilan. Tapi pikir masak2 tau sebab sekali dah buat xboleh nak reverse. Eh, mungkin boleh kat tempat lain, tapi Malaysia belum lagi.

*entri ni hanya berdasarkan pendapat penulis semata2. Dilarang sama sekali untuk dijadikan bahan rujukan terutamanya tujuan kajian dan pembelajaran.

2 comments:

  1. boleh tau, anggaran kos untuk this procedure?

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf. saya tak pasti sebab saya kerja di hospital kerajaan yang kosnya sgt minimum berbanding private

      Delete